N Sembilan mahu bekalan selesa

Negeri Sembilan lwn KM Naza (Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi)

AYAM tambatan Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak (gambar), bukan sekadar mahu membantu pasukannya menang tapi mahukan kelebihan jaringan selesa dalam saingan suku akhir pertama Piala Malaysia menentang Kuala Muda Naza, di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam ini.

Menurutnya, usaha mendapat bekalan yang selesa amat penting dalam memastikan misi mara ke saingan separuh akhir tidak terjejas.

Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak“Dengan kelebihan bermain di halaman sendiri, misi kami bukan saja perlu menang tetapi perlu mendapatkan bekalan gol yang selesa kerana saingan suku akhir kedua pasti sukar apabila bermain di halaman lawan.

“Apa lagi kami pernah tewas kepada pasukan itu dalam aksi di Stadium Darul Aman pada saingan Liga Super sebelum ini,” katanya.

Tonggak barisan depan Negeri Sembilan itu berazam untuk menjadi penyumbang utama bagi skuadnya mendapatkan kelebihan gol selepas dia tidak dapat melakukan jaringan dalam dua aksi terakhir peringkat kumpulan iaitu menentang Sarawak dan Terengganu.

Mohd Zaquan yang kini mengumpul enam gol, berharap persembahannya malam ini menjadi kerana sedar harapan yang disandarkan ke bahunya.

“Memang rasa terkilan tidak dapat menjaringkan gol dalam dua perlawanan terakhir kumpulan dan sebab itu saya berazam tidak akan mensesiakan peluang untuk menjaringkan gol,” katanya.

Dia turut berharap rakan sepasukannya dapat meneruskan rentak persembahan terbaik bagi menjamin kemenangan yang diharapkan.

Berita Harian

About the Author

has written 157 stories on this site.

Write a Comment

Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!

Copyright © 2012 Berita Bola Terkini. All rights reserved. Powered by Sokernet Team: Sokernet.com | Liga Malaysia | Berita EPL and Piala Dunia 2010.