K Devan pendekkan cuti Deepavali, fokus hadapi Terengganu
- Monday, October 19, 2009, 12:27
- Piala Malaysia
- 199 views
- Add a comment
IA adalah sambutan Deepavali yang cukup bermakna buat K Devan sungguhpun terpaksa memendekkan cutinya untuk memberikan fokus kepada aksi suku akhir Piala Malaysia menentang Terengganu esok.
Devan yang pulang ke kampungnya di Bahau dan Seremban di Negeri Sembilan bagi meraikan perayaan Pesta Cahaya itu kelmarin, mempunyai banyak perkara untuk dikongsikan bersama keluarga dan sanak saudaranya selepas kejayaan meraih tiga piala sehingga kini.
Dan, Devan yang pulang ke Selangor semalam, sudah mengalihkan perhatian kepada misi untuk merangkul mahkota keempat, Piala Malaysia pada pertemuan lapan terakhir menentang Terengganu di Stadium Shah Alam.
“Kami sudah memulakan latihan hari ini (semalam). Kami hanya cuti sehari dengan pemain berbangsa India sudah kembali berlatih.
“Terengganu adalah lawan yang sukar buat kami dalam kempen Piala Malaysia setakat ini.
“Sungguhpun mereka tewas dua kali kepada Negeri Sembilan dalam peringkat kumpulan, kami tetap menghormati mereka sebagai lawan yang kuat,” katanya.
Devan melihat pasukan itu sebagai pasukan yang harus diberi perhatian terutamanya gandingan serangan berbisa mereka, Muhd Ashaari Shamsuddin dan Abdul Manaf Mamat yang sudah menjaringkan tujuh gol sesama mereka.
Namun ia bukan kayu pengukur sebenar prestasi Terengganu dengan kebanyakannya hadir dalam kemenangan besar ke atas pasukan belasahan, Sarawak dalam peringkat kumpulan.
Menurut Devan, kesempatan beraksi di tempat sendiri bagi pertemuan timbal balik pertama akan dimanfaatkan oleh Merah Kuning untuk mencari kemenangan besar sebelum bertandang ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu bagi perlawanan kedua, Sabtu ini.
About the Author
Write a Comment
Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!


