Akmal tekad bawa KM Naza lebih jauh

Negeri Sembilan lwn KM Naza (Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi)

UMPAMA mimpi indah, penyerang, Akmal Rizal Rakhli tidak mahukan perjalanan dalam kempen Piala Malaysia buat dirinya dan rakan sepasukan di Kuala Muda Naza berakhir di tangan Negeri Sembilan pada peringkat suku akhir.

Akmal Rizal Ahmad RakhliSelepas menjaringkan gol kemenangan pada detik-detik terakhir untuk melayakkan diri ke suku akhir menerusi kejayaan dramatik 3-2 ke atas bekas pasukannya, Selangor pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan, bekas peledak kebangsaan mahu meneruskan persembahan menakjubkan itu ke atas Negeri Sembilan.

“Kalau mengikut pengurusan, pasukan ini sudah melepasi sasaran, tetapi kami (pemain) mahu pergi lebih jauh.

“Melihatkan reputasi Negeri Sembilan yang memenangi semua perlawanan mereka untuk muncul juara kumpulan, sememangnya mereka adalah pilihan, tetapi kami akan berusaha habis-habisan berdepan mereka,” katanya.

Sungguhpun dianggap sudah melepasi tarikh luputnya, Akmal dilihat seperti mahu membuktikan sesuatu kepada mereka yang menafikan kelibatnya yang pernah mewarnai pentas antarabangsa suatu ketika dulu.

“Sudah tentu saya masih menyimpan cita-cita menyarung jersi kebangsaan, tetapi ia semua bergantung kepada jurulatih. Jurulatih sudah tentu mempunyai pilihannya sendiri. Apa yang saya mampu lakukan adalah untuk terus kekal cergas dan menampilkan persembahan terbaik di atas padang,” katanya yang menjaringkan tiga gol setakat ini dalam kempen Piala Malaysia.

Berita Harian

About the Author

has written 157 stories on this site.

Write a Comment

Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!

Copyright © 2012 Berita Bola Terkini. All rights reserved. Powered by Sokernet Team: Sokernet.com | Liga Malaysia | Berita EPL and Piala Dunia 2010.