Akmal Rizal bantu KM Naza mara suku akhir

(14 Okt 2009) – AKMAL Rizal Ahmad Rakhli menjadi wira Kuala Muda Naza apabila jaringan penaltinya enam minit sebelum tamat perlawanan membolehkan mereka mengatasi Selangor 3-2 di Stadium Darul Aman, malam tadi, sekali gus mengesahkan tempat di suku akhir Piala Malaysia.

Sebelum itu, Akmal menafikan pendahuluan Selangor apabila jaringannya sejurus sebelum rehat membolehkan KM Naza mengikat lawan yang mendahului pada minit ke-36 hasil jaringan S Sritharan.

Penyerang KM Naza, Akmal Rizal Rakhli (kiri) dikejar dua pertahanan Selangor pada saingan Piala Malaysia, di Stadium Darul Aman, 13 Okt 2009.Selangor sekali lagi mendahului menerusi Mohd Safee Sali selepas rehat sebelum KM Naza menyamakan kedudukan hasil tendangan kencang Helmi Ramli hinggalah Akmal menjaringkan gol kemenangan yang membolehkan pasukannya mengutip 12 mata untuk mengatasi Perak sebagai antara tiga pasukan naib juara terbaik untuk mara ke suku akhir.

Penolong jurulatih KM Naza, Mohd Zidzam Adzha Yusoff yang mengendalikan pasukan itu dengan ketiadaan ketua jurulatih Teko menyifatkan kejayaan mereka adalah berdasarkan semangat dan sifat tidak putus asa anak buahnya.

“Saya tidak menyangka kami akan dapat mengatasi Selangor yang belum tewas pada perlawanan Piala Malaysia sebelum ini dan hanya pengalaman Akmal memastikan kami mengutip tiga mata berharga.

Pujian harus diberikan kepada kesemua pemain yang beraksi malam ini (semalam) kerana beraksi bersungguh-sungguh untuk bangkit walaupun ketinggalan dua kali.

“Ketika ini saya tidak tahu siapakah yang akan kita temui, tapi saya akan mengatur strategi dan dengan barisan pemain sedia ada, saya berharap dapat melepasi peringkat seterusnya,” kata Nizam.

Katanya, kejayaan dicapai itu begitu manis kerana dilakukan tanpa khidmat penjaring terbanyak, Liew Kit Kong yang terpaksa diketepikan selepas kecederaan pada perlawanan lalu.

About the Author

has written 157 stories on this site.

Write a Comment

Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!

Copyright © 2012 Berita Bola Terkini. All rights reserved. Powered by Sokernet Team: Sokernet.com | Liga Malaysia | Berita EPL and Piala Dunia 2010.