Real Madrid nyaris hilang mata penuh
- Sunday, November 8, 2009, 23:40
- Atletico Madrid, Liga Primera Sepanyol, Real Madrid
- 86 views
- Add a comment
BEKAS pemain terbaik dunia, Kaka meledak gol menarik buat Real Madrid dalam pertemuan Derby Liga Primera Sepanyol menentang Atletico Madrid di Stadium Vicente Calderon, awal pagi tadi.
Real Madrid dilihat bakal menang mudah apabila mendahului Atletico 3-0, namun permainan Real mula goyah sebaik Sergio Ramos dilayang kad merah pada minit ke-66 dan membenarkan lawan menjaringkan dua gol dalam tempoh dua minit selepas itu, namun akhirnya lega apabila tuan rumah gagal mencari gol ketiga untuk mengikat kedudukan.
Keputusan itu bermakna Real mengekalkan rekod tanpa kalah dalam perlawanan liga di Calderon sekak musim 1998/99. Jaringan Kaka dan Marcelo membolehkan Real mendahului 2-0 pada babak pertama sebelum Gonzalo Higuain menyumbat gol ketiga pada minit ke-64.
Dua minit selepas itu segalanya berubah buat Real apabila Sergio Ramos dilayang kad merah kerana rempuhan kasar ke atas Sergio Aguero.
Peluang itu dimaanfaatkan sebaiknya oleh Atletico dan hasilnya tuan rumah berjaya menambah dua gol berturut-turut pada minit ke-79 dan 81 menerusi Diego Forlan Aguero.
Ketangkasan Iker Casillas turut menyelamatkan Real daripada keciciran mata selepas berjaya menangkis serangan Aguero pada penghujung perlawanan.
kemenangan tipis itu membolehkan Real terus menyaingi pendahulu liga, Barcelona dengan perbezaan satu mata di belakang. Barcelona mengumpul 26 selepas 10 perlawanan manakala Real kurang satu mata untuk kekal di tangga kedua La Liga.
Manakala kekalahan meletakkan kedudukan Atletico terus terumbang ambing dan di zon penyingkiran bersama Malaga dan Xerez.
About the Author
Write a Comment
Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!
