Real Madrid belasah Zaragoza 6-0

REAL Madrid terus memberi tekanan kepada pendahulu, Barcelona selepas membelasah Real Zaragoza 6-0 dalam aksi Liga Primera Sepanyol di Santiago Bernabeu, awal pagi tadi.

Gonzalo Higuain dan Rafael Van der Vaart masing-masing menjaringkan dua gol manakala Cristiano Ronaldo dan Karim Benzema menambah dua lagi gol tuan rumah.

Kemenangan itu memastikan Real Madrid kekal berada dua mata di belakang Barcelona dengan 37 mata selepas 15 perlawanan.

Bagaimanapun pasukan tangga ketiga, Sevilla mengalami kekalahan mengejut 1-2 di tempat sendiri kepada Getafe dengan kedua-dua gol pelawat dijaringkan oleh Soldado pada minit ke-12 dan 33. Gol tunggal tuan rumah dijaringkan oleh Negredo pada minit ke-51.

About the Author

Sokernet has written 145 stories on this site.

Write a Comment

Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!

Copyright © 2010 Berita Bola Terkini. All rights reserved. Powered by Sokernet Team: Sokernet.com | Liga Malaysia | Berita EPL and Piala Dunia 2010.