Tandukan John Terry kecewakan United

JUARA bertahan, Manchester United kini ketinggalan lima mata di belakang Chelsea selepas tewas 0-1 di tangan skuad bimbingan Carlo Ancelotti itu dalam aksi Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.

Ketua pasukan The Blues, John Terry menanduk masuk untuk gol tunggal perlawanan selepas menerima bola sepakan percuma Frank Lampard pada minit ke-76, memastikan kemenangan berharga ke atas musuh ketat itu yang kini jatuh ke tangga ketiga selepas disaingi Arsenal ekoran kemenangan besar 4-1 mengatasi Wolverhampton dalam aksi sehari lebih awal.

Jaringan tersebut bermula apabila Darren Fletcher melakukan kekasaran ke atas Ashley Cole. Frank Lampard melakukan sepakan bebas tepat ke arah Terry yang tidak dikawal lalu menanduk bola tanpa dapat diselamatkan oleh Edwin van der Sar.

Begitupun, gol tersebut mendapat bantahan daripada pemain United yang mendakwa Didier Drogba yang cuba membuat percubaan susulan telah berada dalam posisi ofsaid. Tersentak dengan jaringan itu, United memasukkan Michael Owen dan Gabriel Obertan untuk mencari gol penyamaan, namun pertahanan The Blues kental mengekang setiap asakan pasukan pelawat.

Chelsea kemudiannya terselamat daripada asakan bertubi-tubi Manchester United pada babak akhir perlawanan untuk memungut tiga mata penuh sekali gus terus kukuh di tangga teratas dengan 30 mata daripada 12 perlawanan, lima mata mengatasi Arsenal, yang menang 4-1 di Wolverhampton Wanderers kelmarin, diikuti United juga mengumpul mata sama dengan Arsenal namun gagal menyaingi skuad Arsene Wenger dari segi kelebihan jaringan. (lihat carta liga)

Kemenangan tersebut bermakna skuad bimbingan Carlo Ancelotti itu menyamai rekod kelab dengan 11 kemenangan berturut-turut pada aksi di tempat sendiri. United, yang mengalami kekalahan ketiga setakat ini, dinafikan rayuan untuk sepakan penalti pada babak pertama apabila Terry menarik baju Antonio Valencia.

Sementara itu, pada perlawanan awal, Hull City mengalahkan Stoke City 2-1, Everton menang 2-1 di West Ham United, manakala Wigan Athletic dan Fulham seri 1-1.

About the Author

has written 157 stories on this site.

Write a Comment

Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!

Copyright © 2012 Berita Bola Terkini. All rights reserved. Powered by Sokernet Team: Sokernet.com | Liga Malaysia | Berita EPL and Piala Dunia 2010.