Pertembungan Chelsea-Manchester United dinanti
- Friday, November 6, 2009, 18:50
- Chelsea, Liga Perdana Inggeris, Manchester United
- 176 views
- Add a comment
SAINGAN Liga Perdana Inggeris hujung minggu ini tentunya menjadi tumpuan peminat-peminat bola sepak apabila dua pasukan teratas Liga Perdana Inggeris bertembung dan pemenang pastinya akan menguasai takhta liga yang kini dikuasai skuad kendalian Carlo Ancelotti.
Juara bertahan, Manchester United hanya berada dua mata di belakang Chelsea dalam liga tetapi ketika mereka bersiap untuk melawat Stamford Bridge, Ahad ini, ada perasaan tidak kena dengan juara Liga Perdana Inggeris itu.
Kekalahan 2-0 kepada Liverpool bulan lalu adalah pengalaman perit buat Alex Ferguson dan ada bukti kukuh bahawa kehilangan Cristiano Ronaldo kepada Real Madrid dan Carlos Tevez ke Manchester City, menumpulkan jentera serangan pasukannya.
Terdapat juga kebimbangan di bahagian belakang dengan Rio Ferdinand jelas bergelut dengan kecederaan belakang dan Nemanja Vidic, yang dibuang padang Liverpool, menimbulkan kegelisahan.
Dengan kekalahan di Stamford Bridge bukan satu bencana, Ferguson tahu ulangan kepada kegagalan Anfield di Chelsea, akan meletakkan Carlo Ancelotti pada kedudukan selesa dalam saingan kejuaraan tatkala musim sejuk berada di ambang.
“Ia sememangnya permainan sukar di Chelsea, tetapi kami akan menanganinya dengan lebih baik berbanding yang kami lakukan di Anfield. Saya pasti mengenainya,” kata Ferguson kepada majalah United, kelmarin.
“Chelsea sekarang ini mula menjadi pencabar utama. Ia tampak mereka yang akan berada di depan.”
United kurang tajam dalam perlawanan liga terakhirnya, kemenangan 2-0 di tempat sendiri menentang Blackburn Rovers, manakala ketika berdepan CSKA Moscow pada Liga Juara-Juara di Old Trafford Selasa lalu, pertahanan mereka, tanpa kelibat Ferdinand dan Vidic, begitu rapuh.
Dua gol dalam lima minit terakhir dirangsang melalui pemain gantian Wayne Rooney memberikan United keputusan seri 3-3 untuk memastikan tempat mereka dalam pusingan kalah mati tetapi ia persembahan yang menghadirkan banyak galakan kepada Chelsea.
Formasi berlian bahagian tengah Ancelotti tampak mula menyinar, memberikan Blues keselesaan di bahagian belakang dan ketajaman serangan di mana Didier Drogba kelihatan kembali ke tahap terbaiknya selepas dua gol dalam keputusan seri 2-2 di Atletico Madrid dalam aksi pertamanya sesudah penggantungan.
About the Author
Write a Comment
Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!


