Penalti kontroversi selamatkan Liverpool dari diaib Birmingham

PENGURUS Liverpool, Rafael Benitez kini semakin tertekan apabila The Reds gagal menewaskan Birmingham di gelanggang sendiri dalam aksi Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.

Tuan rumah dikira sangat bernasib baik apabila mendapat penalti kontroversi pada babak kedua yang berjaya disempurnakan ketua pasukan, Steven Gerrard untuk mencatat keputusan seri 2-2 dengan Birmingham sekali pun mendahului lawan 1-0 menerusi jaringan David Ngog pada minit ke-13.

Sebaliknya pasukan  pelawat berjaya bangkit menyamakan kedudukan menerusi jaringan Cristian Benitez pada minit ke-26. Birmingham akhirnya di depan hasil rembatan kencang Cameron Jerome sebelum berakhir babak pertama.

Keputusan seri kali ini bermakna Liverpool hanya menang sekali dalam sembilan perlawanan terakhirnya yang menyukarkan The Reds untuk kembali merebut posisi empat pasukan teratas liga.

Liverpool berada di tangga ketujuh dengan mengumpul 19 mata, Manchester City satu tangga di atas dengan 20 mata namun masih berbaki satu perlawanan dalam tangan, manakala Aston Villa di tangga kelima (21 mata).

About the Author

has written 157 stories on this site.

2 Comments on “Penalti kontroversi selamatkan Liverpool dari diaib Birmingham”

  • azroy wrote on 20 November, 2009, 10:19

    knape liverpool lawan man u die mnang???
    berikan komen anda…

  • azroy wrote on 20 November, 2009, 10:21

    knape man u lawan liverFOOL,ie menang????
    lawan cap ayam die kalah…
    berikan alasan anda

Write a Comment

Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!

Copyright © 2012 Berita Bola Terkini. All rights reserved. Powered by Sokernet Team: Sokernet.com | Liga Malaysia | Berita EPL and Piala Dunia 2010.