Mark Hughes dipecat, Roberto Mancini pengurus baru Manchester City
- Sunday, December 20, 2009, 12:35
- Liga Perdana Inggeris, Manchester City
- 177 views
- Add a comment
MARK Hughes dipecat sebagai Pengurus Manchester City semalam dan tempatnya diganti bekas jurulatih Inter Milan, Roberto Mancini, menurut pengumuman yang dibuat kelab itu awal pagi tadi.
Walaupun Manchester City hanya tewas dua kali sepanjang musim yang masih berlangsung ketika ini dan menang 4-3 dalam perlawanan menentang Sunderland pagi tadi, pemilik kelab daripada Abu Dhabi, Sheikh Mansour masih tidak berpuas hati dengan pencapaian Hughes.
Usaha Hughes untuk menjulang Manchester City tahun ini dlihat lebih sukar selepas tewas 3-0 kepada Tottenham Hotspurs Rabu lalu, di sebalik pelaburan melebihi 200 juta pound bagi membawa masuk beberapa pemain baru.
Pengerusi kelab itu, Khaldoon Al Mubarak, dalam kenyataannya berkata, keputusan melepaskan Hughes dibuat selepas hanya dua kemenangan dicatatkan daripada 11 perlawanan liga dan ia jelas tidak menepati sasaran yang sudah dipersetujui dan ditetapkan.
“Sheikh Mansour dan ahli lembaga pengarah merasakan tiada bukti jelas situasi itu akan berubah. Ia adalah satu pengumuman yang sukar memandangkan pelaburan peribadi yang dibuat sepanjang 15 bulan lalu. Kami hendak merakamkan penghargaan kepada Mark Hughes dan semoga beliau berjaya di masa depan,” katanya.
About the Author
Write a Comment
Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!



