Alex Ferguson tak serik kecam pengadil
- Monday, January 11, 2010, 12:40
- Liga Perdana Inggeris, Manchester United
- 88 views
- Add a comment
GELAGAT Sir Alex Ferguson, kelmarin sekadar memberi gambaran betapa dia mungkin terjebak sekali lagi dalam masalah dengan Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) selepas kecaman terbarunya ke atas pengadil.
Pengurus Manchester United itu berang dengan keputusan Mark Clattenburg menyingkirkan pemain tengah Scotland, Darren Fletcher pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berkesudahan seri 1-1 ketika menentang Birmingham City di gelanggang lawan, kelmarin.
Ferguson baru-baru ini menjalani penggantungan dua perlawanan tepi garisan kerana membidas kecergasan pengadil, Alan Wiley, awal bulan ini dan dia mempunyai hukuman tertangguh dua perlawanan ke atas dirinya daripada FA.
Tetapi ia tidak menghalangnya daripada terbabit dalam satu lagi kritikan terhadap pengadil terbaru dalam senarainya di St Andrews. Kemenangan dalam perlawanan itu harus membolehkan United menggantikan Chelsea di tangga teratas carta liga.
Fletcher disingkirkan kerana dua kad kuning, yang kedua bagi kekasaran ke atas penjaring gol Birmingham, Cameron Jerome tiga minit sebelum tamat selepas satu lagi aksi kurang bermaya anak buah Ferguson, hanya beberapa minggu selepas diaibkan dalam Piala FA apabila kecundang 0-1 kepada kelab tangga kedua, Leeds United.
Daripada menumpukan kepada kekurangan pemainnya, Ferguson memfokuskan serangan ke atas Clattenburg, dengan berkata: “Saya melihat dia mengadili perlawanan Arsenal menentang Spurs baru-baru ini dan seseorang diperlukan disingkirkan, dan dia melakukannya. Ia begitu lembut.
“Saya tidak melihat penyingkiran yang lebih lembut daripada itu sejak sekian lama, begitu karut. Ada beberapa keputusan aneh dan menarik di luar sana. Penjaga garisan memberi ofsaid untuk gol kami dan ia gol sendiri (yang membatalkan ofsaid). Dan dia masih memberikan kesalahan ofsaid.”
About the Author
Write a Comment
Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!
