AC Milan lonjak tangga ketiga Serie A
- Sunday, November 8, 2009, 23:59
- AC Milan, Liga Serie A Itali
- 122 views
- Add a comment
AC Milan mencatat kemenangan 2-1 ke atas Lazio di gelanggang lawan dalam aksi Liga Serie A Itali malam ini menerusi jaringan Thiago pada minit ke-21 dan Alexandre Pato (m-35). Gol tunggal Lazio pula diperoleh menerusi jaringan sendiri Thiago pada minit ke-64.
Kemenangan meletakkan Milan di tangga ketiga Serie A, memintas kedudukan Sampdoria yang tunduk 0-2 kepada Cagliari dalam satu lagi aksi berlangsung malam ini. (lihat carta Liga Serie A)
Dalam perlawanan sehari lebih awal semalam, Juventus mengukuhkan kedudukan di tangga kedua liga selepas membelasah Atalanta 5-2.
Mauro Camoranesi menyumbat dua gol pada minit ke-36 dan 37. Tiga lagi gol Juve dihasilkan menerusi Felipe Melo(m-55) Diego (m-84) dan David Trezeguet (m-87). Manakala gol tuan rumah diperoleh menerusi Valdes (m-51) dan Fabio Ceravolo (m-71).
About the Author
Write a Comment
Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!



