Berita Bola Terkini

Kelantan mula tunjuk taring
SELEPAS hanya menang sekali dalam empat perlawanan awal, Kelantan mula menunjukkan taring sebenar pasukan itu apabila membelasah Johor FC 4-1 dalam aksi menghiburkan di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, malam semalam.

Anak buah B Sathianathan bagaikan melepaskan geram selepas tewas buat pertama kali musim ini kepada Kedah Selasa lalu sekali gus kembali menarik kepercayaan peminat setia The Red Warriors.

Empat gol sumbangan Norshahrul Idhan Talaha, Aziz Mat Rose, Indra Putra Mahayuddin dan Norfarhan Mohammad cukup untuk membuatkan pasukan bimbingan Ramlan Rashid pulang hampa.

Bagaimana pun tekanan masih jelas kelihatan di bahu para pemain khususnya pada babak pertama. Hanya jaringan pembukaan menerusi Norshahrul pada minit ke-18 meredakan sedikit tekanan berkenaan.

Namun begitu kegembiraan penyokong Kelantan hanya bertahan selama tiga minit sahaja apabila tonggak Johor FC, Mohd Riduwan Moin merembat kencang melepasi jangkauan Halim Napi untuk gol penyamaan pelawat.

The Red Warriors kemudiannya tidak menoleh ke belakang lagi apabila mendominasi sepenuhnya permainan babak kedua dengan menambah tiga lagi gol menerusi Azizi (m-46), Indra Putra (m-50) dan Norfarhan.

Sejurus tamat perlawanan, Sathianathan jelas lega dengan persembahan anak buahnya dan berharap para pemain dapat terus memberikan komitmen berterusan dalam perlawanan menentang Perak malam esok.

Kejayaan tumpaskan Selangor permainan terbaik Terengganu
SELANGOR yang dianggap kebal selepas menang semua perlawanan sebelum ini tersungkur di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu kelmarin angkara anak buah Irfan Bakti yang menunjukkan kesungguhan mereka untuk menghukum pasukan pelawat itu.

Skuad Penyu berjaya mengotakan janji mereka kepada peminat mereka yang sentiasa memenuhi stadium dalam setiap perlawanan membabitkan pasukan kesayangan mereka itu.

Bagi Irfan, kemenangan besar ke atas Selangor di tempat sendiri malam kelmarin adalah sesuatu yang manis dan ia adalah hasil kerja keras pemain sendiri yang menunjukkan aksi cemerlang dengan menggunakan setiap peluang terbaik menghasilkan gol.

“Saya mengucapkan taniah kepada semua pemain yang mempamerkan mutu persembahan hebat sehingga lawan terpaksa berputih mata kerana gagal mencuri sebarang mata,” katanya.

katanya, beliau sedikit pun tidak menduga anak buahnya mampu menjaringkan empat gol kerana pasukan lawan mempunyai ramai pemain berpengalaman dan pernah mewakili negara.

Katanya, penyerang yang diketuai Manaf Mamat bertindak bijak dengan menjaringkan gol pertama pada minit ke-10 untuk menaikkan semangat jurang rakan sepasukan.

“Gol kedua jaringan Ashaari Shamsuddin melalui sepakan penalti menyebabkan lawan hilang punca dan barisan pertahanan Selangor mula goyah,” katanya.

– Metro

Devan berang Selangor bolos 4 gol
KEKALAHAN pertama Selangor dalam kempen Liga Super musim ini jelas membuatkan ketua pengendali, K Devan berang dan buat pertama kalinya, beliau langsung enggan bercakap kepada semua pemain sejurus selepas pertemuan dengan Terengganu tamat, malam kelmarin.

Devan yang juga pengurus skuad Gergasi Merah itu tidak mahu menanyakan sebab mengapa mereka boleh tewas dan semua post-mortem pertemuan yang menyaksikan pendahulu Liga Super itu dimalukan 4-0 akan hanya dibuat hari ini.

“Saya tidak mahu bertanyakan mengapa kami boleh kalah kepada Terengganu. Saya kecewa dengan keputusan perlawanan dan saya yakin tidak ada gunanya saya bertanya kepada pemain mengenai punca kekalahan malam itu.

“Biarlah semuanya (post-mortem) dibuat ketika sesi latihan pertama nanti iaitu petang esok (ini). Berdasarkan pemerhatian, saya sudah membuat beberapa rumusan mengenai punca kekalahan kami di tangan Terengganu.

“Saya tidak kisah dengan kekalahan itu tetapi saya langsung tidak boleh terima jumlah gol yang boleh dijaringkan oleh Terengganu. Dengan kualiti pemain yang kita ada, jumlah gol yang dihasilkan Terengganu itu benar-benar sesuatu yang tidak boleh saya terima.

“Dua penalti dan dua gol padang. Apa lagi yang boleh saya katakan? Kekalahan kepada Terengganu ini sepatutnya menjadi pengajaran paling berguna buat pemain Selangor,” katanya.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam kelmarin, anak buah Devan dibelasah 4-0 oleh tuan rumah dan kekalahan itu sekali gus meleburkan rekod tanpa kalah Selangor setakat ini.

Bagi Devan, pemain Selangor seolah-olah enggan bermain dan lebih berminat untuk menjadi penonton dan bagi beliau, keadaan itulah yang menjadi punca sebenar kepada kekalahan memalukan itu.

“Pertahanan membuat banyak kesilapan mudah, manakala barisan depan pula gagal menyempurnakan peluang untuk menjaringkan gol. Mana-mana pasukan sekali pun akan tewas jika dua keadaan itu berlaku.”

Bagaimanapun, Devan berkata, mujur kekalahan itu berlaku di peringkat awal musim sekali gus diharapkan mampu membuka mata semua pemain Selangor dan tidak lagi merasa terlalu selesa dengan status selaku pendahulu Liga Super.

“Saya yakin pemain saya akan bangkit selepas ini. Saya harap mereka tidak akan lagi leka. Mereka perlu melupakan kekalahan itu tetapi setiap pengajaran atas kekalahan itu perlu dijadikan iktibar,” katanya.

– Metro

Selangor kekal rekod 100 peratus, belasah Pahang 4-0
SELANGOR mengukuhkan kedudukan di tangga teratas Liga Super selepas membenam Pahang 4-0 di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Dua daripada gol Selangor dijaringkan oleh R Surendren pada minit ke-77 dan 83, menjadikan empat gol dijaringkan pemain itu setakat ini bersama penyerang Kedah, Azlan Ismail untuk mendahului senarai penjaring terbanyak liga.

Dua lagi gol Selangor masing-masing sumbangan Safee Sali pada minit ke-35 dan Syafiq Rahim minit 55.

Selepas empat perlawanan, Selangor selesa mendahului carta Liga Super dengan 12 mata, empat mata di depan pencabar terdekat, Terengganu yang diikat dengan keputusan seri 1-1 oleh pasukan T-Team di Kuala Terengganu.

Rekod tanpa kalah Kelantan lebur di Kota Bharu
KELANTAN gagal mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Super apabila tewas 0-1 di gelanggang sendiri kepada Kedah, malam tadi.

Gol tunggal Kedah dijaringkan oleh penjaring terbanyak Liga Super, Azlan Ismail di hujung babak pertama hasil kesilapan mudah penjaga gawang tuan rumah, Syed Adney Syed Hussein.

Kekalahan ini menyebabkan Kelantan jatuh ke tangga ketujuh liga, manakala Kedah mengambil alih tempat Kelantan di tangga kelima.

pada perlawanan lain, Selangor meneruskan aksi cemerlang mereka apabila membelasah Pahang 4-0 di Stadium Shah Alam.

Selangor yang belum mencicirkan sebarang mata dalam empat perlawanan liga semakin kukuh di tangga teratas berikutan keputusan seri dialami pasukan tangga kedua, Terengganu yang diikat T-Team 1-1 di Kuala Terengganu.

Selangor terus selesa, Perlis ikat Kelantan
SELANGOR terus selesa mendahului tangga teratas Liga SUper apabila mencatat kemenangan ketiga berturut-turut, sekali pun sekadar menang tipis 1-0 ke atas KL Plus, manakala Kelantan pula tercicir dua mata selepas diikat dengan keputusan seri tanpa jaringan di Kangar.

Terengganu merampas kedudukan Kelantan selepas menewaskan Pulau Pinang 4-0 di gelanggang sendiri, manakala Johor terus berputih mata apabila melepaskan dua gol pada masa tambahan untuk membolehkan lawannya, Perak menang 2-0 di Larkin.

Perlis vs Kelantan: Kekebalan benteng sandaran Red Warriors
KELANTAN hanya menumpukan untuk membawa pulang tiga mata penuh dari Kangar pada aksi menentang Perlis malam ini.

Bagaimanapun, pengendali Kelantan, B Sathianathan tetap berhati-hati kerana Perlis kini sudah mendapat semangat baru selepas menewaskan Kedah di Alor Setar, Selasa lalu.

Tanpa berselindung, bekas jurulatih kebangsaan ini percaya perlawanan malam ini pastinya sengit dan Kelantan tidak berdepan laluan mudah untuk menundukkan Singa Utara itu.

“Mungkin kita pernah menewaskan mereka pada separuh akhir Piala Malaysia lalu tetapi seperti juga kita, mereka juga menjadi sebuah pasukan yang berbeza untuk musim baru ini.

“Menewaskan Kedah di Alor Setar bukan tugas yang mudah tetapi mereka berjaya melakukannya dan kita perlu lebih berhati- hati,” katanya.

Tambahnya, pemain The Red Warriors perlu bersedia dari segi mental terutama ketika berdepan dengan penyokong tuan rumah yang pastinya akan membanjiri stadium.

Katanya, jika memandang rendah kemampuan lawan, ia akan mengundang padah.

“Setakat ini, saya berpuas hati dengan keupayaan pemain terutama barisan pertahanan. Kita satu-satunya pasukan yang belum dibolosi dan ia perlu dikekalkan,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menamakan dua pemain Perlis, Azrul Ahmad dan Ahmad Fakri Saarani sebagai pemain yang mampu menghampakan The Red Warriors.

Jelasnya, Kelantan masih belum mendapatkan khidmat dua pemain tonggak, Norfarhan Mohamad dan Zairul Fitree Ishak yang masih dibelenggu kecederaan.

“Kedua-duanya masih belum boleh disenaraikan kerana cedera dan apa yang lebih positif adalah semua pemain berusaha untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama,” jelasnya.

Melaka gagal pertahan kedudukan, PKNS rampas takhta
FELDA United mencatat kemenangan pertama dalam saingan Liga Perdana apabila menewaskan Sarawak 4-1 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam tadi.

Pemain yang berasal dari Kelantan, Fatrurazi Rozi meledakkan dua gol awal pada minit ke-10 dan ke-20. Munir Amran dan Abdul Ghani Abdul Rahman kemudian menambah jaringan pada minit ke-37 dan 43 untuk Felda United mendahului 4-0 pada babak pertama.

Sarawak pula memperoleh gol tunggal menerusi Zamri Morsidi pada minit ke-84. Kemenangan tersebut membolehkan Felda United memanjat ke tangga kedua liga di belakang pendahulu baru, Selangor PKNS.

Sementara itu, di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, PKNS merampas takhta pendahulu daripada tangan Melaka apabila menang 2-0 ke atas Sabah.

Mohd Zamri Hassan muncul watak pemusnah Sabah apabila menyumbat kedua-dua gol tuan rumah pada minit ke-32 dan 45.

Zamri yang berjaya melepasi pertahanan Sabah tidak mempunyai masalah memperdaya benteng terakhir pasukan pelawat ketika hanya berdepan satu lawan satu dengan penjaga gol lawan.

Sebelum perlawanan babak pertama tamat, Zamri sekali lagi muncul wira apabila bijak mengawal bola ketika diasak pertahanan lawan dalam kotak penalti sebelum melepaskan rembatan ke penjuru kiri yang melepasi jangkauan penjaga gawang Sabah.

Melaka pula yang menang 3-0 ke atas Shahzan Muda pada aksi pertama, gagal mengulangi persembahan cemerlang mereka apabila tumpas 0-2 kepada pendatang baru, Pos Malaysia di Stadium Selayang.

Melayani kunjungan bekas pasukan Liga Super itu, Pos Malaysia tidak menunggu lama untuk membuka jaringan apabila Mohd Khairul Zal Azmi bertindak pantas ketika berlaku kekalutan depan pintu gol pelawat pada minit ke-13 selepas bola terlebih dahulu terkena tiang gol.

Enam minit sebelum tamat perlawanan, tuan rumah terus menambah derita pasukan pelawat apabila rembatan Mohd Hanifuddin Abdul Rahman dari luar kotak penalti berjaya menggegar gawang Melaka untuk keputusan muktamad perlawanan 2-0.

Di Stadium Hang Jebat, Melaka pula, skuad Harimau muda mencatat keputusan seri kali kedua, kali ini diikat 2-2 oleh Majlis Perbandaran Muar.

Gol Majlis Perbandaran Muar disumbangkan oleh Rosli Azizan pada minit ke-25 dan 52. Harimau Muda kemudiannya bangkit menerusi jaringan Haziq Zikri Elias minit ke-80 dan Mohd Amer Saidin tiga minit kemudian untuk mencatat keputusan seri 2-2.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi menyaksikan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) terpaksa berkongsi mata dengan pendatang baru, Universiti Sains Malaysia (USM FC) apabila kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan.

Pasukan Shahzan Muda pula mengutip mata pertama di Stadium Darul Makmur, Kuantan apabila mengikat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 1-1 malam tadi.

Tentera mendahului pada minit ke-15 menerusi penyerang baru, V Saravanan namun Shahzan menyamakan kedudukan melalui jaringan Mohd Supian Heri, enam minit sebelum rehat.

Liga Super 2010: Kelantan 3-0 Johor
Liga Super 13 Januari 2010 Matchday #2

Liga Super 2010: Kedah 0-1 Perlis
Liga Super 13 Januari 2010 Matchday #2