Berita Bola Terkini » Bintang

Drogba dinobat penjaring terbanyak EPL
PENYERANG Ivory Coast, Didier Drogba menjaringkan hatrik ketika membantu Chelsea mengalahkan Wigan 8-0, sekali gus muncul penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris dengan 29 gol.

Nyata skuad bimbingan Carlo Ancelotti menepati ramalan awal mampu merebut tahta liga daripada juara bertahan Manchester United, yang menewaskan Stoke City 4-0 juga pada perlawanan terakhir mereka, malam tadi.

Kemenangan United itu tidak bermakna kerana mereka mengkehendaki Chelsea tewas atau sekurang-kurangnya seri dengan Wigan.

Nicolas Anelka pula memperoleh dua gol manakala Frank Lampard, Salomon Kalou dan Ashley Cole masing-masing menyumbat satu gol perlawanan berat sebelah apabila Wigan terpaksa bermain dengan 10 pemain.

Chelsea berjaya menyekat United untuk mencatat rekod kemenangan kejuaraan liga untuk kali ke-19.

Chelsea juga bakal mengondol satu lagi trofi apabila beraksi pada perlawanan final Piala FA bertemu Portsmouth, minggu depan.

“Ia sesuatu yang amat berat untuk melihat United menang kejuaraan liga setiap musim,” kata kapten Chelsea, John Terry.

“Kini tiba giliran kami pula untuk mereka melihat kejayaan kami,” katanya.

Arjen Robben wira Bayern singkir MU
PENGURUS Bayern Munich, Louis van Gaal memuji Arjen Robben berikutan memperoleh gol berharga bagi kelab itu menyingkirkan Manchester United dan layak ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi.

Bagaimanapun, rakan sejawatnya, Alex Ferguson berang tindakan pengadil melayangkan kad merah kepada Rafael sehingga membawa punca kekalahan pasukannya dengan agregat 4-4 menerusi kelebihan gol Bayern di tempat lawan.

Gol sepakan “roket” Robben pada separuh masa kedua menjadikan kedudukan 3-2 kepada United dan itu sudah mencukupi bagi meletak Bayern melangkah ke separuh akhir bersama Inter Milan, Barcelona dan Lyon.

“Gol Robben itu amat mengagumkan,” kata van Gaal.

“Tidak mudah bermain dengan 10 orang kerana kami berdepan pasukan yang hebat,” kata Ferguson.

Ferguson juga menyalahi Bayern kerana menjadikan pemain pertahanan, Rafael sebagai ‘mangsa’ sehingga United terpaksa bermain 10 pemain.

“Kalau tidak kerana kad merah itu, Bayern tidak mampu ke separuh akhir,” katanya.

‘Magic’ Messi buat Arsenal putih mata
PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger menyifatkan empat gol yang dijaringkan oleh Lionel Messi, ketika Barcelona meleburkan harapan pasukannya ke separuh akhir Liga Juara-Juara, sesuatu yang hanya berlaku dalam permainan komputer.

Selepas seri 2-2 di Emirates, Nicklas Bendtner meletakan Gunners mendahului secara agregat, sebelum gerakan solo ajaib Messi, yang pertama kali menjaringkan empat gol – pemain keenam dalam sejarah Liga Juara-Juara, namun yang pertama selepas Andrei Shevchenko lima tahun lalu – ketika Barca menang 4-1 untuk mara dengan agregat 6-3.

“Tahniah buat Barcelona, mereka memang layak menang perlawanan kedua ini. Mereka pasukan yang bagus dan Messi memberi kelainan kerana dia boleh memenangi perlawanan walau dalam keadaan mana sekali pun.

”Dia ibarat pemain di dalam permainan Playstation, dia mampu mengambil kesempatan dalam setiap peluang.

“Kami melakukan terlalu banyak kesilapan di bahagian pertahanan ketika mengawal bola, dan inilah padahnya.

”Skuad ini masih muda dan mampu meningkat.

“Masa depan kami sangat positif, kami kurang matang pada perlawanan ini.

“Selepas kami menjaringkan gol pertama, kami mempunyai peluang baik untuk menjaringkan gol lagi, cuma kami membuat keputusan buruk ketika cuba melakukan penyudah.

“Saya tidak tahu sama Barcelona bakal memenangi Liga Juara-Juara, bamun mereka berpeluang.

“Mereka pasukan yang lebih baik ketika ini, namun kami mampu memberi kesukaran kepada mereka,” katanya.

Arsenal mampu melegakan kekecewaan mereka dengan menumpukan perhatian kejuaraan Liga Perdana England, dengan perlawanan berikutnya menentang Tottenham Hotspur.

“Kami harus fokus pada Liga Perdana dan kami akan ke White Hart Lane, venue di mana kami mencatat prestasi baik sebelum ini.

“Kami harus fokus dan ia bakal menjadi pertembungan terbaik pada perlawanan derby,” kata Wenger.

Sementara itu, rakan sejawatnya, Barcelona, Pep Guardiola menekankan bahawa kejayaan tersebut adalah kemenangan kelab, tanpa menuding kepada mana-mana pemain tertentu.

“Tahniah kepada pasukan ini kerana kami mara ke separuh akhir sejak tiga tahun lalu.

“Ia perlawanan melibatkan dua pasukan handal, namun kami lebih menguasai bola di babak pertama dan itulah yang memberi kelainan.

“Kami amat gembira layak ke separuh akhir dan berjaya mencapai semua ini tanpa menjejaskan gaya permainan kami.

”Kami berusaha keras selepas 70 atau 80 minit perlawanan, inilah yang menjadi penentu perlawanan. “Messi berhak untuk semua pujian setelah apa yang diberikan di atas padang, dia contoh sempurna kepada pemain muda, walaupun mustahil untuk mereka meniru gaya permainannya.

“Menyifatkan Messi umpama pemain dalam permainan Playstation, ia satu perbandingan yang hebat, cuma saya tidak tahu dia berada pada tahap berapa.

“Kemenangan ini adalah prestasi pasukan, kami semua beraksi dengan sikap yang sama, iaitu menyerang,” katanya.

Dia meramalkan pertembungan separuh akhir sukar menentang Inter Milan, yang terlebih dahulu mengesahkan kemaraan selepas mengalahkan kelab Rusia, CSKA Moscow 1-0 di Moscow, untuk agregat 2-0.

Barcelona terlalu handal buat Arsenal
LIONEL Messi mempamerkan satu lagi fenomena luar biasa untuk mengukuhkan namanya sebagai pemain terbaik, malah dalam laluan yang betul untuk bergelar pemain terhebat sepanjang zaman.

Penyerang Argentina itu menjaringkan semua empat gol Barcelona ketika membelasah Arsenal 4-1, kelmarin mendorong juara bertahan itu ke separuh akhir Liga Juara-Juara buat kali ketiga berturut-turut.

Messi muncul pemain pertama yang menjaringkan empat gol pertandingan ini, menyamai Rivaldo sebagai penjaring utama kelab Catalan itu dengan 25 gol.

“Sudah tentu saya berharap mampu menambah gol lagi. Saya amat puas, amat gembira dengan kemenangan ini,” kata Messi.

Penyerang Arsenal, Nicklas Bendtner merumuskan prestasi Messi ‘luar biasa’ manakala Theo Walcott berkata, kadang kala anda hanya mahu duduk menonton Messi bermain.

“Seorang pemain seperti ini hanya menjelma setiap 25-30 tahun,” kata rakan sepasukan Xavi Hernandez.

Jurulatih Pep Guardiola percaya pemain berusia 22 tahun itu bakal pemain terhebat kelab Catalan.

“Perkara seperti ini anda tidak boleh jelaskan dengan kata-kata. Persembahan sebegini anda perlu saksikan,” kata Guardiola.

Bakat luar biasa Messi menyinar menerusi setiap gol yang dijaringkannya di Camp Nou.

Dia menjaringkan gol pertama menerusi sepakan lengkung, gol kedua dengan kaki kanan, melambungkan bola melepasi jangkauan penjaga gol Manuel Almunia bagi yang ketiga.

Untuk gol terakhir, Messi merembat rendah dan bola melepasi kaki penjaga gol itu sehingga pengurus Arsenal, Arsene Wenger berkata, hanya segelintir pemain yang mampu menjaringkan gol seperti itu.

“Yang terpenting ialah menjaringkan gol,” kata Messi.

Messi sudah pun memperbaiki jumlah jaringan golnya berbanding musim lalu apabila menjaringkan gol kelapan pada musim ini, untuk 39 gol keseluruhan.

Dia mendahului senarai penjaring Liga Sepanyol dengan 26 gol daripada 27 perlawanan.

Dia meraikan jaringan terakhir dengan penjaga gol simpanan, Jose Pinto, apabila satu gol mengatasi jumlah jaringan yang dilakukannya musim lalu.

“Sebelum liga, Pinto bertaruh dengan saya, itu sebabnya. Saya tahu berapa banyak yang saya perlu jaringkan. Pinto beritahu, saya tidak mampu mengatasi bilangan gol yang saya jaringkan musim lalu,” dedah Messi. – Utusan Malaysia

Torres penjaring gol terhebat Liverpool
KETIKA impian Liverpool untuk mencabar kejuaraan kelihatan sudah berakhir, penyerangnya Fernando Torres memasang impian peribadi untuk memecahkan rekod di Anfield.

Pemain kelahiran Sepanyol itu sudah melakar sejarah awal di Anfield dengan kehebatannya menjaringkan gol demi gol buat pasukan Merseyside itu.

Gol kemenangan dramatik pada lewat permainan ketika kemenangan 1-0 The Reds di Aston Villa baru-baru ini menjadikannya pemain terpantas untuk menjaringkan 50 gol liga dalam sejarah kelab itu, hanya memerlukan 72 perlawanan untuk melakukannya.

Torres mengakui dia teruja untuk menyertai senarai pemain hebat Liverpool, tapi berharap dia akan mempunyai lebih banyak peluang untuk meraikan kejayaan pada masa depan.

“Ia memang menakjubkan buat saya kerana Liverpool bukannya sebuah kelab kecil, ia adalah salah satu kelab terbesar dan paling bersejarah di dunia,” kata peledak berusia 25 tahun itu.

“Semua pemain yang pernah beraksi di sini adalah pemain utama yang menjaringkan banyak gol. Mereka mempunyai rekod yang besar. Saya mengatasi mereka menerusi rekod ini dan bagi saya, ini adalah satu perkara paling penting saya lakukan dalam karier saya.

“Saya mahu terus memecahkan rekod ini jadi saya akan sering berada dalam buku rekod serta memori setiap orang.

“Saya hanya melakukan tugas saya dan saya mahu terus memecahkan rekod serta menggembirakan semua orang.” Torres sudah menjaringkan 12 gol musim ini, di sebalik mengalami kecederaan berulang, namun dia menegaskan membantu Liverpool untuk memastikan layak ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan lebih penting daripada menunaikan sasaran peribadi.

“Saya mahu menjaringkan sebanyak gol yang mungkin untuk meraih tempat keempat liga dan memenangi Piala FA,” katanya.

“Saya tidak pernah menyatakan jumlah gol tapi saya sering kali mahu menjaringkan lebih banyak gol daripada musim sebelumnya. Harapnya ia tidak sukar kerana saya hanya menjaringkan 17 gol musim lalu selepas kecederaan.”

Tugas Torres bagaimanapun kelihatan getir apabila Liverpool menerima kunjungan pasukan di tangga keempat, Tottenham Hotspur pada perlawanan tumpuan minggu ini di Stadium Anfield hujung minggu ini.

Lionel Messi Pemain Terbaik Dunia 2009
BINTANG bola sepak Barcelona dari Argentina, Lionel Messi dinamakan sebagai Pemain Terbaik Dunia 2009 oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), awal pagi ini.

Messi mengalahkan saingan terdekatnya, Cristiano Ronaldo dari Real Madrid selepas dipilih oleh kapten dan jurulatih daripada semua pasukan kebangsaan untuk anugerah paling berprestij itu.

Messi menjadi pemain tulang belakang yang paling berjaya bersama kelab gergasi Sepanyol, Barcelona, kini sudah mengumpul lima trofi, termasuk membantu Barcelona menjuarai Liga Juara-Juara Eropah dan Piala Kelab Dunia, minggu lalu.

Bakat pemain Argentina itu diangkat terutama awal bulan ini selepas dia dinamakan sebagai Ballon d’Or atau Pemain Terbaik Eropah 2009. Messi, 22, disenarai untuk anugerah tahunan FIFA itu bersama dua lagi rakan kelabnya iaitu Andres Iniesta dan Xavi, selain penyerang Brazil, Kaka yang mewakili Real Madrid yang juga pemenang anugerah sama pada 2007, selain penyandang tahun lalu, Ronaldo.

Terbaru Messi merangkul anugerah keenamnya sepanjang tahun yang paling dikenang dengan Barcelona selepas menyumbat gol kemenangan ketika mereka menang 2-1 ke atas Estudiantes dalam perlawanan akhir Piala Kelab Dunia, Sabtu lalu.

“Kami baru mengakhiri satu tahun bersejarah, satu tahun yang sempurna di mana kami memenangi setiap pertandingan yang disertai,” kata Messi yang melakukan jaringan secara mendada menarik dalam masa tambahan pada perlawanan akhir di Abu Dhabi itu.

“Kami hanya perlu mengambil langkah terakhir ini dan semuanya sudah berjalan seperti yang kami kehendaki. Ia menakjubkan. Ia sukar diucapkan. Jika anda bercakap tentang semua piala, justeru tiada pasukan lain yang telah mencapai apa yang kami buat tahun ini,” kata Messi dalam satu temu bual dengan laman web FIFA.

“Kami gembira mencipta sejarah tetapi jangan silap, kami akan keluar untuk memenangi segalanya tahun depan,” katanya.

Gandingan Real Madrid, Kaka dan Cristiano Ronaldo, penyandang anugerah itu dan pemain termahal dunia, melengkapkan senarai lima calon tetapi Messi ternyata menjadi pilihan jurulatih untuk mengatasi kedua-duanya.

Hanya satu catatan hitam pada tahun Messi ialah kesukaran yang diharungi Argentina dalam Kelayakan Piala Dunia 2010 tetapi mereka akhirnya lulus dan pertandingan di Afrika Selatan, musim panas depan akan memberikannya peluang untuk menyertai himpunan jagoan sebenar di samping jurulatih negaranya, Diego Maradona.

<object width="575" height="455"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/1fZA8U6qeCE&hl=en_US&fs=1&rel=0&color1=0x006699&color2=0x54abd6&border=1"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/1fZA8U6qeCE&hl=en_US&fs=1&rel=0&color1=0x006699&color2=0x54abd6&border=1" type="application/x-shockwave-flash" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="575" height="455"></embed></object>

Shukor Adan ‘Pemain Terbaik’ Final Piala Malaysia 2009
“SAYA ingatkan dah tua-tua macam ini, tak laku lagi untuk terima anugerah Pemain Terbaik Perlawanan Akhir. Anugerah pemain terbaik ini adalah untuk seluruh pemain dalam pasukan Negeri Sembilan.”

Shukor Adan mengakui betapa pada usia 30 tahun, pengiktirafan itu amat bermakna buatnya, tambahan pula memenanginya hasil daripada keberanian menyahut cabaran jurulatih, Wan Jamak Wan Hassan yang mengubah posisinya ke tengah-tengah benteng pertahanan.

“Jurulatih jumpa saya selepas perlawanan terakhir Liga Super dan tanya apakah saya sanggup bermain di pertahanan. Saya kata akan cuba dan jika tak menjadi, dia boleh tukarkan saya. Kalau ok, kekalkan saya.

“Alhamdulillah, semuanya berhasil. Kemenangan ini adalah hasil usaha dan kerjasama semua dalam pasukan. Saya gembira dapat memenuhi matlamat membantu Negeri Sembilan menang sekurang-kurangnya satu piala musim ini,” katanya.

Shukor juga mengakui betapa peralihan posisi itu sesuatu yang agak besar buatnya – yang memulakan kerjaya selaku penyerang sebelum beralih ke posisi selaku perencana gerak di tengah dan kini cemerlang di posisi baru selaku benteng harapan.

“Saya berterima kasih kepada pengurusan Negeri Sembilan yang memberi peluang ini kepada saya,” katanya yang digugurkan daripada skuad Selangor, penghujung musim lalu.

Messi, Ronaldo rebut Pemain Terbaik Eropah
BINTANG Real Madrid dan Portugal, Cristiano Ronaldo serta finalis tahun lalu, Lionel Messi mengetuai senarai 30 pemain yang dicalonkan bagi merebut anugerah Ballon d’Or atau pemain Terbaik Eropah 2009.

Begitu pun penyerang Argentina, Messi dilihat pilihan utama untuk meraih anugerah berprestij itu pada tahun ini apabila dia menjadi nadi penting buat Barcelona menjuarai Liga Juara-Juara Eropah musim lalu menewaskan Manchester United 2-0.

Pada aksi final itu Messi turut menjaringkan satu gol selain turut membantu negaranya layak beraksi secara automatik ke pusingan akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Selain Messi dan Ronaldo, turut dicalonkan ialah bintang Brazil, Kaka, penyerang Chelsea, Didier Drogba dan Frank Lampard serta tonggak Liverpool, Steven Gerrard dan Fernando Torres.

Lain-lain pemain yang tersenarai ialah, Zlatan Ibrahimovic (Sweden/Barcelona), Andrei Arshavin (Russia/Arsenal), Iker Cassilas (Sepanyol/Real Madrid), Ryan Giggs (Wales/Manchester United) dan Wayne Rooney (England/Manchester United).

Turut dicalonkan termasuk Thierry Henry (Perancis/Barcelona), Luis Fabiano (Brazil, Sevilla), Maicon (Brazil, Inter Milan), Julio Cesar (Brazil, Inter Milan) dan John Terry (England/Chelsea).