Archive for the ‘Bintang’ Category

Torres penjaring gol terhebat Liverpool

Torres penjaring gol terhebat Liverpool
KETIKA impian Liverpool untuk mencabar kejuaraan kelihatan sudah berakhir, penyerangnya Fernando Torres memasang impian peribadi untuk memecahkan rekod di Anfield. Pemain kelahiran Sepanyol itu sudah melakar sejarah awal di Anfield dengan kehebatannya menjaringkan gol demi gol buat pasukan Merseyside itu. Gol kemenangan dramatik pada lewat permainan ketika kemenangan 1-0 The Reds di Aston Villa baru-baru ini menjadikannya pemain terpantas untuk menjaringkan 50 gol liga dalam sejarah kelab ... Full story

Lionel Messi Pemain Terbaik Dunia 2009

Lionel Messi Pemain Terbaik Dunia 2009
BINTANG bola sepak Barcelona dari Argentina, Lionel Messi dinamakan sebagai Pemain Terbaik Dunia 2009 oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), awal pagi ini. Messi mengalahkan saingan terdekatnya, Cristiano Ronaldo dari Real Madrid selepas dipilih oleh kapten dan jurulatih daripada semua pasukan kebangsaan untuk anugerah paling berprestij itu. Messi menjadi pemain tulang belakang yang paling ... Full story

Shukor Adan ‘Pemain Terbaik’ Final Piala Malaysia 2009

Shukor Adan 'Pemain Terbaik' Final Piala Malaysia 2009
"SAYA ingatkan dah tua-tua macam ini, tak laku lagi untuk terima anugerah Pemain Terbaik Perlawanan Akhir. Anugerah pemain terbaik ini adalah untuk seluruh pemain dalam pasukan Negeri Sembilan." Shukor Adan mengakui betapa pada usia 30 tahun, pengiktirafan itu amat bermakna buatnya, tambahan pula memenanginya hasil daripada keberanian menyahut cabaran jurulatih, Wan Jamak Wan Hassan yang mengubah posisinya ke tengah-tengah benteng pertahanan. “Jurulatih jumpa saya selepas perlawanan terakhir ... Full story

Messi, Ronaldo rebut Pemain Terbaik Eropah

Messi, Ronaldo rebut Pemain Terbaik Eropah
BINTANG Real Madrid dan Portugal, Cristiano Ronaldo serta finalis tahun lalu, Lionel Messi mengetuai senarai 30 pemain yang dicalonkan bagi merebut anugerah Ballon d'Or atau pemain Terbaik Eropah 2009. Begitu pun penyerang Argentina, Messi dilihat pilihan utama untuk meraih anugerah berprestij itu pada tahun ini apabila dia menjadi nadi penting buat Barcelona menjuarai Liga Juara-Juara Eropah musim lalu menewaskan Manchester United 2-0.... Full story
Copyright © 2010 Berita Bola Terkini. All rights reserved.
Powered by Sokernet.com, Berita Bola Terkini and Info Bola Sepak Teams.