- Tuesday, December 15, 2009, 22:01
- Skuad Kebangsaan, Sukan Sea
- 944 views
UPDATE: TV3 juga akan menyiarkan siaran langsung perlawanan akhir Sukan SEA 2009 Malaysia-Vietnam, petang ini.
RTM mengesahkan akan menyiarkan secara langsung perlawanan akhir acara bola sepak Sukan SEA antara Malaysia menentang Vietnam.
Para peminat bola sepak di tanah air boleh mengikuti Siaran langsung tersebut menerusi TV2 mulai jam 5.55 petang, 17 Disember (Khamis) ini.
Demikian menurut laporan Berita Nasional jam 8 malam ini....
Full story
- Tuesday, December 15, 2009, 11:06
- Skuad Kebangsaan, Sukan Sea
- 1,225 views
MALAYSIA hanya selangkah untuk menamatkan kemarau 20 tahun pingat emas acara bola sepak Sukan SEA. Pada aksi separuh akhir di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional di Vientiane malam tadi, dua jaringan Badrol Bakhtiar dan satu jaringan Safiq Rahim membolehkan Malaysia menundukkan tuan rumah, Laos 3-1 untuk menempah tiket ke perlawanan akhir Khamis ini.
Mereka bakal berdepan Vietnam setelah juara Kumpulan A itu mudah menewaskan Singapura 4-1 ...
Full story
- Tuesday, December 15, 2009, 10:28
- Skuad Kebangsaan, Sukan Sea
- 1,851 views
SELEPAS menewaskan Laos 3-1 di separuh akhir, malam tadi, Malaysia berpeluang menamatkan kemarau pingat emas 20 tahun acara bola sepak apabila mara ke final untuk bertemu Vietnam, Khamis ini (17 Disember).
Vietnam yang menewaskan Malaysia 3-1 pada peringkat kumpulan membenam Singapura, 4-1 dalam satu lagi aksi separuh akhir.
Dua jaringan Badrol Bakhtiar pada minit ke-14 dan 80 serta gol Safiq Rahim minit ke-85 menemukan semula Malaysia dengan ...
Full story
- Tuesday, December 15, 2009, 2:06
- Skuad Kebangsaan, Sukan Sea
- 1,666 views
AKSI Malaysia di peringkat separuh akhir acara bola sepak Sukan SEA 2009 tidak menghampakan apabila berjaya menundukkan tuan rumah, Laos 3-1 sekaligus mara ke perlawanan akhir, 17 Disember ini.
Malaysia mendahului Laos pada minit ke-14 menerusi jaringan Badrol Bakhtiar, namun pasukan tuan rumah berjaya bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-72.
Dua gol selepas itu memastikan Malaysia mencipta kemenangan penuh bermakna untuk pemburuan pingat emas menentang Vietnam pada ...
Full story
- Monday, December 14, 2009, 22:43
- Skuad Kebangsaan, Sukan Sea
- 1,355 views
MALAYSIA mara ke perlawanan akhir acara bola sepak pada Sukan SEA ke-25 selepas menewaskan Laos 3-1 dalam perlawanan separuh akhir yang berlangsung di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional, malam ini
Lawan Malaysia pada pertemuan akhir Khamis ini ialah Vietnam yang sebelum itu menumpaskan Singapura 4-1 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir yang berlangsung di Stadium Chaou Anouvong.
Dua gol Malaysia dijaringkan oleh Badrol Bakhtiar pada minit ke-14 ...
Full story
- Sunday, December 13, 2009, 21:36
- Skuad Kebangsaan, Sukan Sea
- 1,008 views
KEJAYAAN skuad bola sepak Malaysia melayakkan diri ke peringkat separuh akhir acara itu pada temasya Sukan SEA 2009 di Laos disambut penuh kegembiraan oleh para peminat di tanah air.
Malaysia akan berdepan tuan rumah, Laos di separuh akhir yang dijadualkan jam 8 malam esok.
Namun persoalan yang bermain di fikiran para peminat ialah adakah pihak berkenaan akan menyiarkan secara langsung perlawanan yang sangat dinanti-nantikan itu atau tidak.
Setakat ...
Full story
- Friday, December 11, 2009, 21:29
- Skuad Kebangsaan, Sukan Sea
- 1,636 views
JARINGAN Ahmad Fakri Saarani pada minit ke-89 membawa skuad bola sepak bawah 23 kebangsaan mara ke peringkat separuh akhir acara bola sepak lelaki pada Sukan Sea ke-25 selepas menewaskan juara lapan kali, Thailand 2-1 pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan A yang berlangsung di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional Laos di sini petang tadi.
Skuad bimbingan K Rajagobal berdepan misi "hidup atau mati" bertemu juara bertahan itu ...
Full story
- Friday, December 11, 2009, 18:41
- Skuad Kebangsaan, Sukan Sea
- 2,602 views
MALAYSIA mara ke separuh akhir acara bola sepak lelaki pada temasya Sukan SEA ke-25 selepas berjaya menumbangkan Thailand 2-1 pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan di Stadium Utama sebentar tadi.
Dengan kemenangan itu, Malaysia yang menduduki tangga kedua dalam Kumpulan A akan bertemu tuan rumah Laos, selaku juara Kumpulan B manakala Thailand akan ditentang Singapura.
Kedua-dua gol Malaysia diperolehi pada 10 minit terakhir perlawanan selepas Thailand mendahului 1-0 ...
Full story
- Friday, December 11, 2009, 18:38
- Skuad Kebangsaan, Sukan Sea
- 1,563 views
SKUAD bola sepak Malaysia menundukkan Thailand 2-1 pada aksi terakhir peringkat kumpulan petang ini, sekaligus menempah tempat ke separuh akhir Kejohanan Sukan SEA Laos 2009.
Lebih manis apabila dua jaringan itu dilakukan pada 10 minit terakhir perlawanan setelah skuad negara ketinggalan 0-1 pada awal babak kedua.
Malaysia mengakhiri aksi peringkat kumpulan di tangga kedua di belakang Vietnam yang menundukkan Kemboja 6-1 pada satu lagi perlawanan.
Pada peringkat separuh ...
Full story