Berita Bola Terkini » Piala Sumbangsih

Selangor juara Piala Sumbangsih, tewaskan N.Sembilan 2-1
JUARA Liga Super dan Piala FA 2009, Selangor memulakan Liga Malaysia musim 2010 dengan langkah kanan apabila berjaya mengatasi Negeri Sembilan 2-1 dalam aksi Piala Sumbangsih malam ini, sekali gus membawa pulang tiga mata penuh untuk pasukan kendalian K Devan itu.

Bagaimanapun, Negeri Sembilan terlebih dahulu membuka jaringan dan menggamatkan kira-kira 25,000 penonton selepas Idris Karim menanduk masuk bola hasil sepakan percuma ketua pasukan, Rezal Zambery Yahya untuk menewaskan penjaga gol Selangor, Hamsani Ahmad pada minit ke-27.

Selepas rehat, pasukan “The Red Giant” bimbingan K Devan bangkit memberi asakan bertalu-talu dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-76 menerusi Safee Sali.

Selangor memperoleh gol kemenangan pada minit ke-83 apabila Surendren bijak menolak masuk bola hantaran lintang Safee.

Jadual & Keputusan Penuh Liga Super 2010

Carta Terkini Liga Super & Liga Perdana 2010

Tonggak 2009 sandaran N.Sembilan rebut Piala Sumbangsih
NEGERI Sembilan yang mengekalkan hampir keseluruhan muka lama dalam senarai kesebelasan utama musim ini, menyandarkan harapan kepada pemain berpengalaman untuk merealisasikan kemenangan ke atas Selangor, pada saingan merebut Piala Sumbangsih, di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam esok.

Jurulatih pasukan Wan Jamak Wan Hassan, mengakui sudah mempunyai senarai pemain terbaik untuk diturunkan malam esok dan tidak menolak kemungkinan akan mengekalkan sebahagian besar barisan yang sama ketika memenangi Piala Malaysia tahun lalu.

Justeru, antara pemain berkenaan termasuk Mohamad Aidil Zafuan dan Mohamad Zaquan Adha Abdul Radzak (gambar), Mohd Rezal Zambery, Mohd Shukor Adan, Idris Karim, Mohd Farizal Harun, S Kunalan, Shahurain Abu Samah dan penyerang baru yang juga bekas pemain Johor, Norizam Salaman.

“Pemain berpengalaman masih menjadi sandaran utama kami kerana mereka sudah membuktikan keupayaan masing-masing sehingga membawa kepada kejayaan pasukan menjuarai Piala Malaysia musim lalu dan kini khidmat mereka sekali lagi ditagih untuk mencapai kemenangan ke atas Selangor malam esok.

“Saya yakin mereka mampu meneruskan aksi cemerlang seperti diharapkan kerana sejak menjalani latihan termasuk mengadakan perlawanan persahabatan di Bandung, banyak perubahan positif mereka pamerkan dan ia baik buat pasukan ini,” kata Wan Jamak semalam.

Begitupun, beliau tidak mahu anak buahnya terus dibuai mimpi indah susulan kejayaan menjuarai Piala Malaysia, sebaliknya memberikan fokus utama kepada misi mendapatkan satu lagi trofi yang diidamkan pasukan.

Sehubungan itu, beliau mahu pemain skuad berkenaan memanfaatkan sepenuhnya kelebihan beraksi di halaman sendiri dengan menundukkan Selangor, sekali pun menyedari mereka bakal menghadapi tugas amat mencabar.

“Memang Selangor bukan pasukan yang mudah untuk ditewaskan malah mereka sudah pasti akan turun dengan pelbagai muslihat kerana mereka pasukan berpengalaman dalam saingan seperti ini tetapi kita memiliki kelebihan untuk mencipta kejayaan dan apa yang penting pemain NS tidak boleh leka sebaliknya memberikan fokus kepada usaha mencipta jaringan dan mencapai kemenangan,” katanya.

Wan Jamak berkata, beliau mengharapkan sentuhan berbisa Zaquan Adha untuk merealisasikan kemenangan diharapkan.

Menurutnya, sebagai tonggak utama barisan depan, pengalamannya beraksi dalam skuad kebangsaan di pentas antarabangsa amat diperlukan untuk memastikan kemenangan skuad Rusa.

“Saya amat berharap Zaquan dapat mengekalkan prestasi cemerlangnya seperti ketika beraksi pada Sukan Sea Laos untuk membantu kemenangan pasukan,” katanya.

N.Sembilan mahu Piala Sumbangsih
MERAIH kejuaraan Piala Malaysia tahun lepas hanya satu sejarah dan Negeri Sembilan harus memandang ke hadapan bagi memburu kejuaraan musim 2010.

Itu kata pemain berpengalaman Negeri Sembilan, Shukor Adan menjelang perlawanan Piala Sultan Ahmad Shah Sabtu ini menentang bekas pasukan, Selangor.

Shukor berkata, perkara yang lalu sudah menjadi sejarah dan mereka harus memulakan sasaran musim baru dengan memburu kejuaraan lain.

“Melihat persiapan kami sekarang ini, semuanya berjalan lancar dan di saat-saat akhir ini kami bertambah bersemangat untuk turun beraksi di gelanggang sendiri, menanti kunjungan pasukan Selangor,” katanya.

Jelasnya, agak terlalu optimis untuk meletakkan sasaran muncul juara Piala Sumbangsih Sabtu ini kerana apa-apa pun boleh berlaku, walaupun mereka akan beraksi di gelanggang sendiri.

“Kami akan cuba beraksi sebaik mungkin dan menjadikan perlawanan menentang Selangor ini sebagai titik permulaan untuk meneruskan saingan dalam Liga Super dan Piala FA dengan lebih cemerlang.

“Sekurang-kurangnya, kami boleh mencapai sesuatu dalam perlawanan tersebut dan mengukur tahap kami sebelum mengharungi musim 2010 ini,” kata bekas ketua pasukan Selangor itu.

Ditanya mengenai kekuatan pasukan Selangor, Shukor mengakui sendiri lawan yang bakal ditemuinya Sabtu ini bukan calang-calang pasukan lebih-lebih lagi dengan kehadiran beberapa pemain baru berpengalaman dan empat pemain dari skuad emas Sukan SEA Laos.

“Mereka mungkin dianggap pasukan pilihan dan kami lebih senang dengan label pasukan ‘underdog’ kerana kami tidak boleh mengharap kepada seorang dua pemain sahaja, kami perlu beraksi sebagai satu pasukan.

“Walaupun saya pernah beraksi bersama pasukan Selangor saya perlu melupakan apa yang berlaku sebelum ini dan terus fokus kepada perlawanan tersebut,” kata pemain yang ditukar daro posisi tengah ke bahagian pertahanan itu.

Shukor berkata, keserasian pemain juga bertambah baik walaupun tanpa tiga tonggak utama Aidil Zafuan, Zaquan Adha Abdul Radzak dan S Kunanlan yang mempunyai tanggungjawab besar bersama pasukan kebangsaan di perlawanan kelayakan Piala Asia menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) semalam.

“Saya rasa tidak menjadi masalah jika kami hanya berlatih bersama dalam masa satu hari kerana kami sudah mengetahui kelebihan serta kekurangan antara satu sama lain selepas beraksi bersama musim lalu.

“Mungkin keserasian Zaquan dan penyerang baru dari Johor, Norizam Salaman masih belum diketahui kerana kedua-duanya tidak pernah berlatih dan bergandingan bersama.

“Bagaimanapun, saya berharap kedua-duanya dapat membantu antara satu sama lain dan menjadi gandingan serangan yang digeruni lawan,” katanya.

N.Sembilan sasar Piala Sumbangsih
NEGERI Sembilan menjanjikan aksi lebih baik pada saingan Liga Malaysia musim depan demi mempertahankan reputasi pasukan selaku juara Piala Malaysia dan kini sudah membuat persiapan rapi bagi memastikan kejayaan lebih gemilang dapat dicapai.

Kejayaan muncul juara Piala Malaysia tahun ini tidak bermakna skuad berkenaan sudah berpuas hati sebaliknya terus menggandakan usaha dengan mengadakan empat perlawanan persahabatan dalam tempoh dua minggu membabitkan pasukan Pos Malaysia, Muar FA, Kelab RHB Bank dan Felda United.

Jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan, berkata beliau perlu membentuk skuad yang lebih baik kerana saingan musim depan dijangka lebih mencabar manakala pasukan bimbingannya pasti berdepan tugas lebih berat dalam misi mempertahankan reputasi dan kejayaan musim ini.

Katanya, misi pertama Negeri Sembilan adalah mencapai kemenangan pada saingan pembuka tirai musim depan iaitu merebut Piala Sumbangsih menentang Selangor di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi pada 9 Januari depan.

“Selaku pasukan yang menjuara Piala Malaysia, Negeri Sembilan harus mengekalkan persembahan terbaik dan misi kami ialah menjuarai Piala Sumbangsih itu nanti, justeru skuad lebih mantap perlu dibentuk bagi merealisasikan matlamat berkenaan.

“Kemenangan menjuarai Piala Malaysia tahun ini bukan bermakna kami sudah berpuas hati tetapi usaha lebih keras perlu dilakukan bagi melebarkan lagi rekod kejayaan pasukan,” katanya.