Berita Bola Terkini » Piala Malaysia

Kerosakan stadium: Tidak wajar salahkan KAFA sahaja
SEMUA pihak tidak wajar menuding jari hanya kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sahaja ekoran insiden keganasan penyokong pasukan negeri itu yang menyebabkan pelbagai kerosakan di Stadium Nasional Bukit Jalil ketika perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 Sabtu lepas.

Insiden melontar objek, membakar mercun dan membakar kain rentang yang berlaku dalam perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Negeri Sembilan di Stadium Nasional Bukit Jalil sudah pun berlalu dan semalam, KAFA dikenakan denda sebanyak RM50,000 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Jurulatih Perlis, Irfan Bakti Abu Salim berkata, apa yang berlaku adalah diluar dugaan KAFA dan mereka bukannya mudah untuk mengawal bilangan peminat setia pasukan itu yang begitu ramai jumlah bilangannya.

Bagaimanapun katanya, penyokong bola sepak Kelantan juga harus belajar bagaimana untuk menerima kekalahan kerana di dalam bola sepak tidak semestinya setiap pasukan akan mencatat kemenangan sahaja sepanjang musim.

“Kita tidak boleh menyalahkan KAFA sahaja dalam hal ini kerana ke mana sahaja mereka beraksi ada penonton yang akan sentiasa memberi sokongan dan insiden serta denda yang dikenakan diharap tidak akan berulang lagi,” katanya.

Bagi jurulatih baru Kedah, Ahmad Yusof apa yang berlaku adalah masalah di antara pasukan yang terlibat dan FAM sendiri, manakala pasukan lain harus menganggap ia sebagai satu pengajaran yang berguna.

“Saya tidak mahu komen apa-apa mengenai hal ini, ia adalah masalah di antara persatuan dan penyokong mereka untuk mencari jalan penyelesaian terbaik agar ia tidak berulang lagi,” katanya.

Jurulatih Johor FC, Ramlan Rashid pula berkata, apa sahaja hukuman perlu dilakukan atas semangat kesukanan dan mereka yang dihukum perlu belajar agar tidak mengulangi lagi kesilapan lalu.

“Apa-apa insiden sahaja memang mudah berlaku tetapi untuk menghalangnya daripada berulang memang agak sukar, ia memang adat permainan ada sahaja pasukan yang akan kalah dan menang,” katanya.

Dalam keputusan yang dikeluarkan oleh FAM itu Kelantan telah menghadapi tiga pertuduhan iaitu penyokong melontar objek, mercun dan bunga api ke dalam padang yang dikenakan denda sebanyak RM5,000, penyokong melontar objek mengenai pegawai pertandingan (RM20,000) dan penyokong merosakkan harta benda stadium seperti membakar kerusi dan meroboh pintu pagar (RM25,000).

Hukuman yang dikenakan oleh FAM diharap bakal menjadi iktibar bukan sahaja buat Persatuan Penyokong Bolasepak Kelantan (KAFA) dan penyokong mereka tetapi semua pasukan lain yang turut berlaku insiden seumpama itu terutama apabila pasukan yang disokong mengalami kekalahan sepanjang saingan Piala Malaysia musim ini.

Kerugian Stadium Bukit Jalil RM138,150, bukan RM214,000 kenyataan menteri
SETIAUSAHA Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad menjelaskan bahawa jumlah kerosakan dan kerugian yang dituntut Perbadanan Stadium Nasional, Bukit Jalil akibat kelakuan ganas penyokong Kelantan pada perlawanan akhir Piala Malaysia, Sabtu lalu ialah RM138,150.

Katanya, kos yang dianggarkannya dan diperoleh kelmarin iaitu antara RM128,000 hingga RM150,000 telah dikemukakan oleh pihak stadium pada satu mesyuarat bedah siasat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM ekoran kejadian berkenaan.

Kelmarin, Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil mendedahkan bayaran kerosakan yang perlu dibayar oleh FAM ialah RM214,000. Bagaimanapun semalam, anggaran kerugian yang dikemukakan kepada FAM ialah RM138,150.

Lantaran itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek membuat pendedahan ketika menggulung perbahasan peringkat dasar Bajet 2010 di Dewan Rakyat, kelmarin bahawa nilai kerosakan di stadium akibat kejadian itu mencapai RM214,000 dengan yang terbesar melibatkan tempat duduk penonton iaitu RM112,000.

“Sebelum ini, kos yang diberikan cuma anggaran pihak perbadanan mengenai kerosakan harta benda di dalam stadium sahaja tetapi hari ini (semalam) saya memperoleh angka yang terkini dan termasuk di dalam dan luarnya iaitu RM138,150.

“Lain-lain angka, saya tidak dapat menjawabnya kerana yang ini saya peroleh secara hitam putih dan ada butiran kerugian dan kerosakan harta benda,” katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

Menurut Azzuddin lagi, bukan menjadi satu masalah buat FAM sebagai penganjur perlawanan akhir Piala Malaysia untuk membayar ganti rugi kerana ia bukan kali pertama badan induk itu menghadapi kerosakan harta benda stadium gara-gara kelakuan pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Tiada masalah kerana ini bukan perlawanan pertama FAM perlu bayar ganti rugi. Ketika perlawanan Manchester United (Julai lalu) dan final Piala FA (April lalu) juga berlaku kerosakan dan FAM kena bayar. Ia sudah menjadi tanggungjawab FAM kepada pihak stadium kerana mengikut kontrak sewa stadium, apa-apa kerosakan berlaku, kita akan bayar,” jelasnya.

Jumlah anggaran kos kerosakan terbaru itu mengalami perbezaan ketara kerana mengikut butiran yang dikeluarkan kelmarin, harga seunit kerusi penonton ialah RM500 manakala butiran yang dikeluarkan semalam menyatakan kos seunit kerusi tersebut hanyalah RM150.

Beliau berkata begitu sebagai mengulas kenyataan Pengurus Besar Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil, Wan Nor Azinah Zaniby Wan Hashim bahawa secara asasnya FAM selaku penyewa yang perlu membayar ganti rugi akibat sebarang kerosakan di stadium itu.

Kata Azzuddin: “Memang sudah menjadi tanggungjawab FAM seperti yang termaktub dalam kontrak kami dengan pihak stadium. Kami juga sebagai penyewa stadium, menghormati dan mematuhi syarat untuk menanggung apa-apa kerosakan yang berlaku pada kemudahannya.” tambahnya.

Tindakan liar penyokong: FAM denda KAFA RM50,000
PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) didenda RM50,000 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ekoran insiden yang dicetuskan oleh penyokong The Red Warriors pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu (7 Nov).

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Mohd Taufik Abdul Razak berkata, denda tersebut merangkumi tiga pertuduhan yang dikenakan terhadap KAFA berhubung insiden yang berlaku sepanjang perlawanan tersebut.

“Bagi kesalahan pertama, penyokong Kelantan telah membaling bunga api, objek dan mercun ke arah padang. KAFA didapati bersalah dan didenda RM5,000.

“Kesalahan kedua, objek yang dibaling penyokong Kelantan telah mencederakan pegawai pertandingan. KAFA didapati bersalah dan didenda RM20,000.

“Manakala kesalahan ketiga pula, penyokong Kelantan telah merosakkan harta benda stadium seperti kerusi dan pintu pagar. KAFA didapati bersalah dan didenda RM25,000,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM di Kelana Jaya petang semalam.

Ditanya mengapa KAFA hanya dikenakan denda minimum bagi semua kesalahan tersebut, Mohd. Taufik berkata, ia mengambil kira faktor bahawa kejadian tersebut hanya melibatkan segelintir penyokong Kelantan dan perlawanan tersebut pula dianjurkan oleh FAM. FAM juga katanya, tidak mahu dilihat sebagai bersikap dendam dengan penyokong Kelantan.

“Pihak jawatankuasa tidak bersikap dendam walaupun banyak kes disiplin tahun ini melibatkan penyokong Kelantan. Kita rujuk mengikut satu kes ke satu kes.

“Tentang keselamatan pintu masuk stadium pula, tak boleh salahkan pihak keselamatan. Jumlah 1,600 anggota itu sudah ramai tapi jika penyokong itu sendiri tiada jati diri dan disiplin, mereka tetap berusaha cuba menyeludup barang terlarang ini,” jelasnya.

Mengenai angka denda yang tidak setimpal malah lebih rendah berbanding kerugian akibat kerosakan harta benda stadium, beliau berkata: “Kami tidak boleh menyamakan denda dengan nilai itu kerana perlu berlaku adil kepada pasukan berkenaan. Yang melakukan perkara itu hanyalah dari kalangan segelintir penyokong mereka sedangkan majoritinya tidak begitu.”

KAFA akan diberi tempoh 14 hari untuk mengemukakan rayuan terhadap denda RM50,000 itu yang berkuat kuasa semalam. Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa enggan mengulas lanjut tetapi akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat.

Mungkin penyokong Kelantan perlu berganding bahu dengan KAFA untuk mengatasi masalah denda ini dengan menghulurkan sedikit bantuan kewangan serta berjanji mendisiplinkan diri ketika menyaksikan perlawanan bola sepak terutama membabitkan pasukan The Red Warriors.

Tok Guru Nik Aziz kesal sikap segelintir penyokong Kelantan
MENTERI Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima baik kekalahan pasukan Kelantan pada perlawanan akhir Piala Malaysia dan menganggap ia sebagai perkara biasa yang perlu diterima peminat sukan, namun kesal dengan insiden membabitkan penyokong Kelantan membuat kekecohan termasuk membakar mercun dan merosakkan kerusi di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz menganggap tindakan sebahagian penyokong Kelantan itu sebagai tidak mempunyai semangat kesukanan.

“Sebab itu saya kata jangan sebut main (bermain bola), sebut riadah, dengan riadah baru ada semangat kesukanan… Kalau kita sudah bekerja kuat, bermain dengan bersungguh-sungguh kalah juga apa boleh buat, dia pun bekerja kuat untuk menang,” katanya ketika mengulas kekalahan pasukan Kelantan pada perlawanan akhir menentang Negeri Sembilan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Pada perlawanan itu Kelantan tewas 3-1 hasil jaringan Shahurain Abu Samah (m-18), Hairuddin Omar (m-46) dan Zaquan Adha Abdul Razak (m-59).

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata sekiranya kekalahan itu disebabkan kecuaian pemain dan bermain secara sambil lewa adalah patut Kelantan menerima kekalahan itu.

“Matahari pun ada turun naik, selepas turun dia naik balik,” katanya kepada pemberita di kediamannya di Pulau Melaka di sini hari ini.

Shukor Adan ‘Pemain Terbaik’ Final Piala Malaysia 2009
“SAYA ingatkan dah tua-tua macam ini, tak laku lagi untuk terima anugerah Pemain Terbaik Perlawanan Akhir. Anugerah pemain terbaik ini adalah untuk seluruh pemain dalam pasukan Negeri Sembilan.”

Shukor Adan mengakui betapa pada usia 30 tahun, pengiktirafan itu amat bermakna buatnya, tambahan pula memenanginya hasil daripada keberanian menyahut cabaran jurulatih, Wan Jamak Wan Hassan yang mengubah posisinya ke tengah-tengah benteng pertahanan.

“Jurulatih jumpa saya selepas perlawanan terakhir Liga Super dan tanya apakah saya sanggup bermain di pertahanan. Saya kata akan cuba dan jika tak menjadi, dia boleh tukarkan saya. Kalau ok, kekalkan saya.

“Alhamdulillah, semuanya berhasil. Kemenangan ini adalah hasil usaha dan kerjasama semua dalam pasukan. Saya gembira dapat memenuhi matlamat membantu Negeri Sembilan menang sekurang-kurangnya satu piala musim ini,” katanya.

Shukor juga mengakui betapa peralihan posisi itu sesuatu yang agak besar buatnya – yang memulakan kerjaya selaku penyerang sebelum beralih ke posisi selaku perencana gerak di tengah dan kini cemerlang di posisi baru selaku benteng harapan.

“Saya berterima kasih kepada pengurusan Negeri Sembilan yang memberi peluang ini kepada saya,” katanya yang digugurkan daripada skuad Selangor, penghujung musim lalu.

Final: Gol awal beri N Sembilan kelebihan
JURULATIH Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan berpuas hati apabila pasukannya berjaya menjaringkan gol pendahuluan yang menaikkan moral pemain dalam aksi final Piala Malaysia 2009 menentang Kelantan, di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Negeri Sembilan muncul juara dalam aksi perlawanan akhir Piala Malaysia selepas menundukkan Kelantan 3-1 hasil jaringan Shahurain Abu Samah (m-18), Hairuddin Omar (m-46) dan Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak (m-60).

Wan Jamak berkata gol awal memang diperlukan mana-mana pasukan jika beraksi di pentas perlawanan akhir dan kali ini Shahurain berjaya merealisasikannya bagi Negeri Sembilan, sekali gus menjejaskan sedikit rentak lawan.

“Gol itu dapat menentukan hala tuju permainan pasukan dan serta merta dapat mengubah corak permainan,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan.

Bekas jurulatih kebangsaan itu berkata pemain-pemain Negeri Sembilan telah membuktikan mereka mempunyai jati diri dan kekuatan mental yang tinggi walaupun berdepan dengan ribuan penyokong lawan.

“Saya memang berkeyakinan untuk menang jika berdasarkan perlawanan-perlawanan yang dilalui sepanjang saingan Piala Malaysia namun tidak mahu terlalu yakin,” katanya yang turut berbangga dengan rekod Negeri Sembilan merupakan satu-satunya pasukan yang tidak pernah kalah pada kempen Piala Malaysia kali ini.

Sementara jurulatih Kelantan, B Sathinathan berkata gol kedua lawan telah menyebabkan pemain-pemainnya lemah semangat untuk kembali melawan.

“Saya juga menghadapi kesukaran untuk menukarkan Mohd Zamri di bahagian pertahanan walaupun beliau telah melakukan beberapa kesilapan kerana terikat kepada peraturan.

“Mohd Zamri merupakan pemain bawah 19 tahun di mana Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) mensyaratkan perlu ada seorang pemain bawah umur itu sepanjang permainan, masalahnya seorang lagi pemain Kelantan merupakan penyerang.

“Apa pun Negeri Sembilan memang layak menang. Mereka dapat gol awal hasil kesilapan pertahanan kami dan gol kedua pada awal babak kedua menjadikan pemain mereka bertambah yakin,” katanya.

Final: Negeri Sembilan juara, Kelantan hampa
NEGERI Sembilan memperaga aksi mantap untuk menjuarai Piala Malaysia, piala paling berprestij dalam saingan Liga Malaysia, setelah menewaskan Kelantan 3-1 pada perlawanan akhir berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Kemenangan itu membolehkan Negeri Sembilan menamatkan penantian selama 61 tahun setelah kali terakhir mendakapnya pada 1948 ketika piala itu dikenali sebagai Piala HMS Malaya.

Status ‘underdog’ nyata tidak menjejas corak permainan skuad bimbingan Wan Jamak Wan Hassan itu apabila membuka jaringan seawal minit ke-18.

Pemainnya, Shahurain Abu Samah berjaya melepaskan rembatan kencang di dalam kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol Kelantan, Mohd Halim Napi setelah kesilapan dilakukan pemain pertahanan lawan, Mohd Zamri Ramli sekaligus menceriakan kira-kira 15,000 penyokong Negeri Sembilan.

Tersentak dengan gol itu, Kelantan yang mendapat sokongan padu 60,000 penyokongnya terus memperkemaskan permainan yang berlangsung dalam hujan renyai dengan melancarkan beberapa serangan namun gagal memecahkan benteng lawan yang diketuai oleh Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Mohd Syukor Adan.

Negeri Sembilan turut berpeluang untuk menambah jaringan dengan pemain pinjamannya dari T-Team, Hairuddin Omar mempunyai sekurang-kurangnya tiga peluang namun dikecewakan Mohd Halim untuk kedudukan kekal 1-0 separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, ‘The Red Warriors’ yang terdesak untuk mencari gol penyamaan mengeluarkan dua penyerangnya, Norhisham Hassan dan Mohd Nizad Ayub dengan memasukkan dua penyerang berpengalaman iaitu Che Hishammuddin Hassan dan Mohd Khalid Jamlus.

Namun Negeri Sembilan semakin garang apabila Hairuddin menjaringkan gol kedua pada minit ke-46 setelah bijak meloloskan diri daripada pertahanan Kelantan hasil hantaran Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak.

Pada minit ke-60, Negeri Sembilan mengesahkan kemenangan apabila penyerang kebangsaan Mohd Zaquan menyempurnakan sepakan penalti setelah Shahurain dijatuhkan Mohd Zamri dalam kotak penalti.

Gol itu menyebabkan sebahagian besar penyokong Kelantan bertindak meninggalkan stadium dan sesetengahnya membakar bendera, kain rentang, kerusi dan mercun.

Penyerang berbisa The Red Warriors, Indra Putra Mahayuddin akhirnya menjaringkan gol untuk Kelantan pada minit ke-93 (masa tambahan) setelah menyempurnakan sepakan percuma di luar kotak penalti sekaligus merupakan penjaring terbanyak Piala Malaysia dengan 11 gol.

Kekalahan berkenaan menambah lagi duka Kelantan musim ini setelah tewas kepada Selangor pada perlawanan akhir Piala FA, April lepas malah pasukan pantai timur itu tidak pernah menjulang Piala Malaysia sejak ia diperkenalkan 88 tahun lepas.

Berangkat menyaksikan perlawanan itu adalah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir; Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra; dan Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra Sultan Ismail Petra.

<object width="600" height="475"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/NcW2y0Kcmlo&hl=en&fs=1&rel=0&color1=0x234900&color2=0x4e9e00&border=1"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/NcW2y0Kcmlo&hl=en&fs=1&rel=0&color1=0x234900&color2=0x4e9e00&border=1" type="application/x-shockwave-flash" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="600" height="475"></embed></object>

Final: Negeri Sembilan 3 Kelantan 1
NEGERI Sembilan mengakhiri penantian 61 tahun untuk bergelar juara Piala Malaysia 2009 selepas menewaskan Kelantan 3-1 pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Negeri Sembilan mendahului Kelantan 1-0 pada babak pertama menerusi jaringan Shahurain Abu Samah pada minit ke-18.

Hanya seminit memasuki babak kedua, Negeri Sembilan menambah satu lagi gol menerusi Hairudddin Omar untuk menjadikan kedudukan 2-0 sebelum jaringan penalti Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak pada minit ke-60 melengkapkan malam penuh gemilang skuad Hoben Jang Hoben itu.

Kali terakhir Negeri Sembilan membawa pulang piala berprestij tersebut ialah pada tahun 1948 yang ketika itu dikenali sebagai Piala HMS-Malaya.

Kelantan yang merupakan pasukan favorite pada aksi final malam ini dilihat lemah dalam melakukan penyudah untuk mencari gol di samping pertahanan yang longgar sekaligus memberi peluang kepada pemain Negeri Sembilan menyumbat gol.

Namun bintang Kijang, Indra Putra Mahayuddin berjaya memperoleh gol saguhati pada masa kecederaan m-93 melalui sepakan percuma menarik untuk sekaligus muncul penjaring terbanyak Piala Malaysia 2009 menewaskan pesaing terdekatnya, Mohd Zaquan Adha.

Kapasiti 85,000 tempat duduk di Stadium Nasional Bukit Jalil yang majoritinya dipenuhi dengan penyokong Kelantan turut diwarnai dengan pelbagai kejadian yang kurang menarik termasuk beberapa kerusi penonton dibakar selain botol air minuman dan mercun dibaling ke dalam padang.

<object width="600" height="475"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/4lfledmftL4&hl=en&fs=1&rel=0&color1=0x234900&color2=0x4e9e00&border=1"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/4lfledmftL4&hl=en&fs=1&rel=0&color1=0x234900&color2=0x4e9e00&border=1" type="application/x-shockwave-flash" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="600" height="475"></embed></object>

85,000 tiket Final Piala Malaysia habis dijual
PENANTIAN lama yang dikongsi Kelantan dan Negeri Sembilan untuk menjulang trofi Piala Malaysia, akan terlerai apabila kedua-dua pasukan beraksi pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.

Ketika kedua-duanya diakui memiliki barisan hampir seimbang untuk menunjangi misi merealisasikan matlamat berkenaan, namun hanya satu pasukan akan menamatkan kemarau panjang itu.

Dalam sejarah 88 tahun kejohanan tertua bola sepak negara, skuad Kelantan yang diberi jolokan ‘Red Warriors’ belum pernah memenangi piala berprestij itu manakala Negeri Sembilan kali terakhir menjulangnya pada 1948.

Pada perlawanan penentuan malam ini, Kelantan mengharapkan sentuhan berbisa pemain utamanya, seperti Indra Putra Mahayuddin, Norfarhan Mohamad dan Khalid Jamlus, tetapi pasukan ‘Hoben Jang Hoben’ juga mempunyai tunggak setanding seperti Aidil Zafuan Abdul Radzak, Hairuddin Omar dan Zaquan Adha Abdul Radzak, untuk menghalang impian skuad Cik Siti Wan Kembang.

Malah, kehangatan suasana final Piala Malaysia sudah dirasai sejak awal pagi semalam apabila ribuan penyokong kedua-dua pasukan berasak-asak untuk membeli baki 5,000 tiket di kaunter Stadium Nasional yang habis dijual dalam tempoh sejam.

Sebelum itu, lebih 65,000 tiket habis dijual di Kelantan, manakala 15,000 lagi dibeli penyokong Negeri Sembilan.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan semua 85,000 tiket habis dijual dan menasihatkan penyokong yang tidak mempunyai tiket supaya menonton siaran langsung perlawanan itu di TV1.

Namun, di sebalik keghairahan itu, ada pihak yang mencemarkannya dengan kelihatan ‘ulat tiket’ menawarkan tiket berharga RM20 setinggi RM90 di perkarangan luar stadium, petang semalam.

Sementara itu, jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan dan rakan sejawatnya dari Kelantan, B Sathianathan, saling mengelak dilabel pasukan pilihan.

“Kami senang dengan tumpuan media kepada Kelantan. Ia membebaskan pemain daripada tekanan kerana kami memang bukan pilihan,” kata Wan Jamak.

Sathianathan pula berkata: “Saya tidak tahu bagaimana kami boleh dianggap sebagai pilihan. Daripada empat pertemuan musim ini, Negeri Sembilan menang tiga. Lagipun sebelum ini, kami pernah dianggap pasukan tanpa langsung ada peluang.”

<object width="600" height="475"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/bp4Lv4JVo-M&hl=en&fs=1&rel=0&color1=0x234900&color2=0x4e9e00&border=1"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/bp4Lv4JVo-M&hl=en&fs=1&rel=0&color1=0x234900&color2=0x4e9e00&border=1" type="application/x-shockwave-flash" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="600" height="475"></embed></object>

Mana lebih hebat, ‘Ombak Merah’ atau ‘Ombak Kuning’?
BAGI memastikan skuad bimbingan Wan Jamak Wan Hassan tidak lemas oleh sorakan ‘Ombak Merah’, 30,000 penyokong Hoben Jang Hoben akan memastikan ‘Ombak Kuning’ terus bergelora di Stadium Nasional, Bukit Jalil bagi memberi semangat kepada pasukan Negeri Sembilan yang akan berentap dengan Kelantan pada aksi Final Piala Malaysia malam ini.

Timbalan Presiden Penaja kelab n9futbol.com, Mohd Faidzul Mohamad Noh, berkata, penyokong Negeri Sembilan akan membanjiri Stadium Nasional, Bukit Jalil dengan semangat kesukanan yang tinggi.

Meski pun begitu Katanya, penyokong Negeri Sembilan akan menghormati saranan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) agar penyokong kedua-dua pasukan yang beraksi pada perlawanan akhir menjaga tingkah laku dan disiplin.

“Kita akan memberi kerjasama yang baik bagi memastikan perlawanan yang ditunggu-tunggu ini dapat diadakan tanpa sebarang insiden tidak diingini. Saya juga ingin menyeru kepada penyokong-penyo- kong Hoben Jang Hoben agar tidak terpengaruh dengan sebarang provokasi (pihak lawan),” katanya.

<object width="600" height="475"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/NVI8xuTwqQ4&hl=en&fs=1&rel=0&color1=0x234900&color2=0x4e9e00&border=1"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/NVI8xuTwqQ4&hl=en&fs=1&rel=0&color1=0x234900&color2=0x4e9e00&border=1" type="application/x-shockwave-flash" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="600" height="475"></embed></object>