Berita Bola Terkini » Piala FA

Piala FA milik N.Sembilan
NEGERI Sembilan muncul juara Piala FA 2010 selepas menewaskan Kedah 5-4 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Begitupun, kemenangan tersebut diraih menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedudukan terikat 1-1 sehingga tamat perlawanan masa tambahan.

Penjaga gol Negeri Sembilan, Sani Anuar Kamsani tampil sebagai wira apabila berjaya menyelamatkan sepakan terakhir pemain Kedah, Mohd. Sabre Mat Abu untuk membolehkan pasukannya menjuarai Piala FA buat kali kedua selepas kali terakhir melakukannya pada tahun 2003.

Ternyata semangat tidak berputus asa yang dipamerkan pemain-pemain Negeri Sembilan sepanjang perlawanan tersebut berbaloi walaupun pada suatu ketika ketinggalan 0-1 namun berjaya bangkit untuk menyamakan kedudukan.

Dengan kombinasi pemain berpengalaman dan pemain muda, skuad bimbingan Wan Jamak Wan Hassan itu mudah menyerap segala tekanan untuk mengekang serangan yang dilakukan oleh Kedah.

Bagaimanapun, Kedah yang dibarisi rata-rata pemain muda membuka tirai jaringan menerusi Badrol Bakhtiar yang melambung cantik bola hasil gerakan satu dua dengan Mohd. Fadly Baharum sekali gus menewaskan penjaga gawang Negeri Sembilan yang dikawal oleh Sani Anuar pada minit ke-27.

Negeri Sembilan yang tersentak dengan gol pendahuluan Kedah kembali memperkemaskan jentera serangan mereka dan gerakan solo Mohd. Shaffik Rahman berjaya menghadiahkan gol penyamaan buat pasukannya pada minit ke-39 untuk mengikat keputusan seri 1-1 sehingga tamat babak pertama.

Ketumpulan bahagian serangan Negeri Sembilan yang diterajui Mohd. Zaquan Adha Abdul Radzak agak ketara dan beberapa peluang untuk menambah jaringan dipersia-siakan.

Sebaik babak kedua bersambung, kedua-dua pasukan tampil lebih agresif tetapi tetap gagal untuk menggegar gawang.

Kedudukan seri 1-1 kekal sehingga memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan.

Begitupun, aksi pada masa tambahan ternyata penuh mendebarkan dengan percubaan-percubaan berbahaya yang dilakukan oleh kedua-dua pasukan.

Namun, kekentalan barisan pertahanan baik Negeri Sembilan mahupun Kedah berjaya mengekang segala asakan dan menyaksikan jentera serangan kedua-dua pasukan masih gagal untuk memperoleh gol kemenangan.

Pada penentuan sepakan penalti, Negeri Sembilan lebih bernasib baik kerana berjaya menyempurnakannya sebaik mungkin sekali gus tampil sebagai juara Piala FA edisi ke-21 ini.

– Kosmo

Negeri Sembilan Juara, Kedah tiada nasib
NEGERI Sembilan menjulang Piala FA edisi ke-21 setelah menewaskan juara 2008, Kedah 5-4 melalui sepakan penalti selepas terikat 1-1 setelah tamat masa tambahan pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi.

Ia merupakan kemenangan kedua skuad ‘Hobin Jang Hobin’ yang kali terakhir memenanginya pada 2003.

Pada perlawanan itu, Kedah yang terlebih dahulu membuka jaringan awal pada minit ke-27 melalui penyerang berbisa mereka, Baddrol Bakhtiar yang menewaskan penjaga gol lawan, Sani Anuar Kamsani.

Penyerang bawah 23 tahun kebangsaan itu menerima hantaran rakan sepasukan, Mohd Safiq Rahim sebelum bijak melambungkan bola ke gawang gol setelah Sani terkeluar dari posisinya.

Gol itu nyata membakar semangat anak-anak buah jurulatih Ahmad Yusof yang mendapat sorakan kira-kira 35,000 penyokong untuk terus mengasak bertali-arus namun dinafikan kekentalan benteng pertahanan lawan yang dikemudi oleh Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Mohd Syukor Adan.

Namun gol pendahuluan itu tidak bertahan lama apabila Negeri Sembilan mengemaskan rentak dan mengatur serangan seterusnya berjaya bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-38.

Mohd Shaffik Rahman licik memperdayakan tiga pertahanan Kedah yang diketuai oleh Mohd Fazliata Taib sebelum menolak bola menewaskan penjaga gol, Mohd Helmi Eliza Elias menceriakan 25,000 penyokong ‘Hobin Jang Hobin’.

Bersambung babak kedua, Negeri Sembilan yang dibimbing jurulatih Wan Jamak Wan Hassan terus dihidangkan dua peluang melalui Mohd Zaquan Adha dan Mohd Aidil Zafuan namun dihampakan kecekapan Mohd Helmi.

Kedah turut mendapat beberapa peluang untuk menjaringkan gol terutamanya melalui Mohd Khril Muhyameen Zamri tetapi gagal diterjemahkannya untuk gol penyudah.

Berakhir 90 minit masa permainan, kedudukan masih terikat 1-1 memaksa perlawanan dilanjutkan masa tambahan 30 minit namun masih gagal mencari sebarang gol, memaksa penentuan menerusi sepakan penalti.

Tuah nyata milik Negeri Sembilan apabila berjaya memenangi sepakan penalti itu dengan keputusan 5-4 setelah penjaga golnya menyelamatkan tiga sepakan penalti lawan iaitu Mohd Fazliata, Mohd Helmi dan Mohd Sabre Mat Abu.

Kekecewaan Kedah sedikit terubat apabila penjaga golnya, Mohd Helmi dan Baddrol dipilih sebagai penjaga gol dan pemain terbaik perlawanan akhir.

Berangkat menyaksikan perlawanan adalah Tengku Bendahara Kedah, Datuk Seri Tengku Anuar Sultan Badlisyah, Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Mohamad Hasan.

Selangor, Kelantan dapat bye pusingan pertama Piala FA 2010
FINALIS 2009, Selangor dan Kelantan mendapat bye pada pusingan pertama kejohanan Piala FA 2010 dalam undian yang diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Kedua-dua pasukan itu juga dipisah antara satu sama lain dan hanya akan bertemu di pentas final yang dijadual pada 10 April 2010 jika mereka berjaya melepasi setiap halangan.

Gergasi Merah dan Wira Merah akan memulakan aksi terus di pusingan kedua, 9 dan 20 Februari 2010 depan setelah mendapat laluan percuma daripada pusingan pertama yang berlangsung secara timbal balik.

Di pusingan kedua, Selangor akan menanti pemenang perlawanan pusingan pertama antara SDM Kepala Batas dengan PKNS, manakala  Kelantan bakal berentap dengan pemenang antara Sabah dengan Kedah.

Sebaliknya juara Piala Malaysia, Negeri Sembilan berdepan pasukan Liga Super, Johor FC seawal pusingan pertama manakala satu lagi pasukan yang kalah di peringkat separuh akhir musim lalu, Perlis berdepan Perak di pusingan pertama.

Tiga puluh pasukan beraksi dalam Piala FA musim depan termasuk beberapa muka baru daripada Liga FAM seperti Pos Malaysia, Melodi Jaya, Staf USM, UiTM Pahang dan Ban Hoe Leong serta Majlis Perbandaran Muar yang dinaikkan ke Liga Perdana, menggantikan Tambun Tulang. (Undian & jadual pusingan pertama Piala FA)

<object width="575" height="455"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/wHIuy5OChP0&hl=en_US&fs=1&rel=0&color1=0x006699&color2=0x54abd6&border=1"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/wHIuy5OChP0&hl=en_US&fs=1&rel=0&color1=0x006699&color2=0x54abd6&border=1" type="application/x-shockwave-flash" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="575" height="455"></embed></object>