Berita Bola Terkini » Piala Emas Raja-Raja

Aksi final dicemari insiden keganasan penonton
INSIDEN keganasan penyokong mencemari final Piala Emas Raja-Raja yang menyaksikan perlawanan dihentikan 10 minit sebelum Perlis dinobatkan sebagai juara baru apabila membenam Kedah 2-0 di Stadium Darulaman, Alor Setar, malam tadi.

Perlawanan itu turut menyaksikan dua atau tiga pemain dibuang padang (laporan Berita Harian dua pemain manakala laporan Utusan Malaysia tiga pemain dilayang kad merah?), masing-masing penjaring gol pertama Perlis, Romdhi Zat Jamian pada minit ke-82 dan ketua pasukan Kedah, Fazliata Taib tiga minit kemudian yang mencetus insiden rusuhan penyokong yang memaksa pengadil, Mohd Najib Mohd Said menangguhkan permainan buat seketika.

Romdi dilayangkan kad merah kerana mengasari pertahanan, Muammar Nur Rahim manakala Fazliata diarahkan keluar selepas terbabit dalam insiden bertumbuk.

Romdhi sebelum itu membuka jaringan buat pelawat apabila merembat kencang sepakan sudut Mohd Iqmal Azmi yang gagal dikeluarkan kemas untuk mengejutkan lebih 30,000 penyokong yang membanjiri gelanggang keramat skuad Hijau Kuning itu pada minit keempat.

Peminat tuan rumah terus tergamam pada minit ke-18 apabila Adrian Jurad Chamrong melebarkan jurang buat pelawat. Adrian Jurad yang lebih dikenali dengan lontaran jarak jauhnya, membuktikan bisa itu juga terletak pada kakinya apabila meledakkan sepakan percuma dari jarak 35 meter.

Kedah banyak menguasai perlawanan namun penjaring terbanyak mereka, Faizal Abu Bakar kerap kali dikecewakan benteng pertahanan yang diketuai kapten, Adrian Jurad. Selepas perlawanan tamat Faizal menyuarakan kekecewaannya kerana gagal membantu Kedah merangkul Piala Emas Raja-Raja kali ini.

30,000 penonton penuhi stadium saksikan aksi final Perlis-Kedah
AKSI Final Piala Emas Raja-Raja antara Kedah dan Perlis yang berlangsung di Stadium Darulaman malam tadi mencatat senario baru bola sepak tempatan (selain Liga Malaysia dan Piala Malaysia) apabila disaksikan 30,000 penonton yang memenuhi segenap penjuru stadium.

Perlawanan akhir berkenaan turut disaksikan Raja Muda Kedah, Tuanku Abdul Malik Mu’adzam Shah; Puteri Sultan Kedah, Tunku Datuk Seri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak; Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu dan Penasihat Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM), Tan Sri Rozali Ismail dan Presiden PBSMM, Datuk Takiyuddin Hassan.

Bagaimanapun aksi malam tadi sedikit terganggu dengan layangan tiga kad merah oleh pengadil perlawanan, Mohd Nazer Mohd Said.

Pemain yang menerima kad merah ialah dua pemain Perlis, Romdhizat dan Ezzrul Ikmanizar Abd Rahman serta kapten Kedah, Mohd Fazliata Taib.

Insiden ‘panas’ bermula pada minit ke-84 apabila berlaku tolak menolak antara pemain kedua-dua pasukan di kawasan gol Perlis.

Keadaan itu turut menyebabkan puluhan penyokong tuan rumah cuba masuk padang, namun dapat dikawal oleh pihak polis. Aksi yang terhenti 10 minit itu kemudian disambung semula tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Pada aksi final malam tadi, Perlis menjulang Puncak Piala Emas Raja-Raja 2009 setelah menewaskan Kedah 2-0 dengan kedua-dua gol terhasil pada babak pertama perlawanan.

Gol kemenangan Perlis dihasilkan menerusi Romdhizat Jamian seawal minit keempat dan Adrien Jurad Chamrong (minit ke-18) yang turut diisytiharkan sebagai pemain terbaik perlawanan akhir.

Kedah yang ghairah menyerang sebaik permainan bermula dikejutkan dengan gol awal pelawat menerusi Romdhizat. Gol tersebut berpunca hasil sepakan sudut Mohd. Ikmal Faiz Azmi yang gagal ditolak keluar barisan pertahanan Kedah, sekali gus memberi peluang Romdhizat merembat kencang menewaskan penjaga gol, Mohd Khairul Azuan.

Skuad Hijau Kuning yang cuba bangkit dikejutkan sekali lagi dengan gol kedua pelawat pada minit ke-18 menerusi sepakan percuma Adrien Jurad dari jarak 25 meter.

Skuad Kedah yang semakin terdesak membuat beberapa pertukaran termasuk membawa masuk penyerang Tan Yang Wei pada babak kedua.

Namun, percaturan pengendali Kedah, Mohamad Ramlee gagal memecah benteng Perlis yang diterajui Adrien Jurad dan penjaga gawang, Mohd Izwan Ahmad.

Perlis lunas dendam 13 tahun juarai Piala Emas Raja-Raja
DENDAM 13 tahun Perlis berbalas malam tadi apabila mencipta kemenangan 2-0 ke atas Kedah untuk menjuarai perlawanan Puncak Piala Emas Raja-Raja 2009 dalam saingan akhir mendebarkan yang turut dicemari rusuhan penonton di Stadium Darulaman, di Alor Setar.

Insiden tersebut berlaku pada lima minit terakhir permainan apabila sebilangan penonton memasuki padang untuk memaksa pengadil Mohd Nazer Mohd Said dari Selangor memberhentikan perlawanan pada lima minit terakhir saingan.

Ini turut mengundang aksi tegang di tengah gelanggang yang menyaksikan tiga kad merah dilayangkan Mohd Nazer kepada dua pemain Perlis Romdhizat Jamian dan Ezzrul Ikmanizar Abd Rahman dan kapten Kedah, Mohd Fazliata Taib.

Bagaimanapun, keadaan kembali terkawal selepas campur tangan pasukan Polis Simpanan Persekutuan untuk perlawanan disambung kembali.

Sebelum itu, Perlis yang ditewaskan Kedah dalam perlawanan akhir pada 1996 itu beraksi cemerlang walaupun bermain di gelanggang lawan dengan menghasilkan jaringan menerusi Romdhizat pada minit keempat dan Andrien Jurad Chamrong pada minit ke-18.

Kemenangan anak-anak buah jurulatih Kamal Idris Ali itu mencatat kejuaraan kali ketiga selepas melakukannya pada 1967 dan 1993. Pada 1967 Perlis menewaskan Singapura 3-0 manakala pada 1993 pasukan berkenaan mengalahkan Pulau Pinang 1-0.

Sementara Kedah, selain mencatat kejuaraan 1996, sebelum itu menjuarai pertandingan sama pada 1948 dan 1949, 1952 dan 1953 serta 2005.

Kemenangan semalam menyaksikan Perlis selain merangkul piala pusingan, membawa pulang hadiah RM30,000 manakala Kedah memperoleh RM15,000.

Lebih menggembirakan, Andrien Jurad turut dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan Akhir Puncak Piala Emas Raja-Raja 2009.

Di Stadium Darulaman semalam, perlawanan boleh diibaratkan sebagai bermulanya era baru bola sepak Melayu berdasarkan kepadatan 30,000 penonton yang memenuhi segenap penjuru stadium.

Ia turut disaksikan Raja Muda Kedah, Tuanku Abdul Malik Mu’adzam Shah; Puteri Sultan Kedah, Tunku Datuk Seri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak; Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu dan Penasihat Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM), Tan Sri Rozali Ismail dan Presiden PBSMM, Datuk Takiyuddin Hassan.

Sebaik perlawanan edisi ke-69 itu bermula, Kedah yang disokong ribuan penonton di gelanggang sendiri memulakan asakan bertali arus ke kubu Perlis tetapi kegagalan mencari penyudah menyaksikan skuad hijau kuning kempunan gol awal.

Sebaliknya, serangan balas yang diatur pantas skuad Perlis menghasilkan jaringan apabila Romdhizat menyepak kencang mengatasi penjaga gol Kedah, Mohd. Khairul Azuan untuk mendahului 1-0 pada minit keempat.

Ternyata jaringan pendahuluan itu menyemarakkan semangat Perlis untuk meneruskan asakan sehingga membuatkan pertahanan hijau kuning yang diperkuatkan pemain skuad Liga Super Kedah, Mohd. Fazliata semakin cemas.

Akhirnya Perlis menambah jaringan menerusi sepakan percuma Andrien Jurad dari jarak 25 meter menerjah penjuru gawang pada minit ke-18 dan kedudukan kekal sehingga berakhir separuh masa pertama.

Menyedari ketinggalan, Kedah cuba bangkit mencari jaringan penyamaan menerusi asakan bertali arus ke kubu Perlis tetapi ternyata sekali lagi kegopohan melakukan hantaran di kalangan pemain tuan rumah menyelamatkan pasukan pelawat.

Berita berkaitan:

Perlis Juara Piala Emas Raja-Raja 2009

Kedah, Perlis Mara Ke Final Piala Emas Raja-Raja

Perlis Akhiri Penantian 13 Tahun Ke Final

Perlis juara Piala Emas Raja-Raja 2009
PERLIS muncul juara Piala Emas Raja-Raja 2009 selepas menewaskan Kedah 2-0 pada perlawanan akhir yang sedikit tercemar apabila dua pemainnya dilayangkan kad merah di hujung perlawanan.

Sekali pun beraksi di halaman sendiri, Kedah gagal mengambil kesempatan apabila gawangnya dibocori seawal minit ke-4 perlawanan diikuti gol kedua pada minit ke-19.

Ini adalah kejuaraan ketiga buat Perlis pada kejohanan Piala Emas Raja-Raja selepas kali pertama merangkul gelaran juara pada edisi 1967, menewaskan Singapura 3-0.

Perlis menjuarai Piala Emas Raja-Raja buat kali kedua pada edisi 1993 dengan menundukkan Pulau Pinang 1-0. Sejak itu Perlis gagal mara ke perlawanan akhir sehingga edisi kali ini.

Selaku juara Puncak Piala Emas Raja-Raja edisi 2009, Perlis membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM30,000 berserta piala pusingan sementara Kedah yang muncul naib juara meraih RM15,000.

Laporan penuh perlawanan di sini

Lagi Berita Piala Emas Raja-Raja

Kedah mahu hadiah piala kepada Tuanku
KETUA jurulatih Kedah, Mohamed Ramlee yang pernah membimbing skuad kendaliannya menjuarai Piala Presiden 2004 serta muncul naib juara Sukma, kini mahu memastikan pasukannya menjuarai Piala Emas Raja-Raja dengan menewaskan Perlis di Stadium Darulaman, malam ini.

Menurutnya, menjulang trofi Piala Emas itu menjadi matlamat utamanya kerana mereka kini hanya selangkah untuk bergelar juara.

“Saya teruja dengan keupayaan kami yang dibarisi ramai pemain muda layak ke perlawanan akhir dan inilah juga peluang terbaik kami untuk menjuarainya di depan peminat sendiri.

“Saya pasti semua pemain juga begitu berazam menjuarai pertandingan ini kerana mahu menghadiahkan Piala Emas ini kepada peminat nombor satu bola sepak negeri, Tuanku Sultan Kedah yang akan menyambut keputeraan baginda bulan depan.

“Selain itu, kami juga mahu mengubati kekecewaan peminat Kedah apabila kami gagal mempertahankan tiga kejuaraan yang dimenangi sejak dua musim lalu,” katanya.

Menurut Mohamed, mereka sedar Perlis bukan calang-calang pasukan kerana dianggap lebih mantap dan berpengalaman tapi kejayaan Kedah mengetepikan cabaran Kelantan selaku penyandang juara pada suku akhir dan Singapura di separuh akhir menyuntik keyakinan anak buahnya.

“Saya sudah berjumpa dengan semua pemain bersama pengurus pasukan, Mohd Firdaus Jaafar dan mereka sedar apa yang perlu dilakukan sehingga wisel penamat.

“Prestasi pemain saya meningkat sejak dari pusingan awal dan saya sudah mengatur strategi khas untuk perlawanan akhir ini.”

Sementara itu Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu yakin Perlis mampu membawa pulang piala kebanggaan orang Melayu ketika menentang Kedah pada perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja di Stadium Darulaman, Alor Star, malam ini.

Biarpun lawan bakal ditemui itu pasukan tuan rumah, beliau percaya peningkatan ditunjukkan skuad bimbingan Khamal Idris Ali itu tidak akan mempunyai halangan bergelar juara.

Justeru, beliau mengharapkan semua pemain menunjukkan kesungguhan dan semangat juang tinggi serta beraksi sebagai satu pasukan. dan bukannya bersifat pentingkan diri.

“Saya percaya dan yakin jika pemain mempamerkan semangat juang tinggi, bermain sebagai sebuah pasukan dan tidak penting diri, kejayaan pasti milik kita,” katanya. ketika berucap pada majlis meraikan pemain dan pegawai Perlis di Hotel Putra Brasmana, Kuala Perlis, semalam.

Perlis tampil ‘underdog’, Kedah manfaat kelebihan padang sendiri
BIARPUN tampil selaku ‘underdog’ bukan mustahil untuk Perlis melakukan kejutan ke atas Kedah, sekali gus menjulang trofi Puncak Piala Emas Raja-Raja 2009 selepas final di Stadium Darulaman, Alor Setar, malam ini.

Bagi pengurus Perlis, Prof Madya Mazelan Abdul Hamid, misi itu mampu direalisasikan jika pemain yang diturunkan bagi menggalas cabaran pada pertemuan itu memberi tumpuan penuh serta menyuntik sifat yakin tinggi mencipta kejayaan.

Selain itu, katanya, beberapa elemen lain perlu juga diberi perhatian dalam menentukan kejayaan pasukan termasuk semangat juang dan kesungguhan tinggi barisan pemain serta paling penting keupayaan jentera serangan meledakkan jaringan.

“Bagi saya jika pemain menunjukkan semangat juang tinggi, memberi fokus penuh terhadap permainan, memiliki keyakinan mencipta kejayaan dan jentera serangan tidak mensia-siakan peluang untuk meledak jaringan, kejayaan pasti milik pasukan.

“Saya harap pemain yang memikul tugas pada perlawanan itu nanti berusaha melakukan yang terbaik bagi memastikan impian mencipta kejayaan menjulang Puncak Piala Emas Raja-Raja itu tercapai,” katanya sebagai mengulas pertembungan Perlis-Kedah dalam final di Alor Setar, malam ini.

Kali terakhir Perlis beraksi di pentas final ialah 13 tahun lalu (1996) sebelum kalah tipis 0-1 kepada Kedah Stadium Darulaman, Alor Setar.

Kedah mahu tebus kehampaan Liga M
DETIK kecewa gagal mempertahankan tiga mahkota kejuaraan dalam Liga Malaysia, musim ini sekadar membuat pemain Kedah bertambah selera mahu menebus kehampaan itu apabila menentang pasukan tetangga, Perlis dalam final kejohanan bola sepak Puncak Piala Emas Raja-Raja di Stadium Darulaman, malam ini.

Pengurus pasukan, Mohd Firdaus Jaafar meluahkan pandangan bahawa ini adalah detik yang tepat untuk menjuarai kejohanan peringkat kebangsaan dan ketika sama hadiah sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah.

Tidak dinafikan peminat setia Kedah dahagakan kejayaan selepas pasukan Hijau Kuning gagal mempertahankan trofi Liga Super, Piala Malaysia dan Piala FA yang dimenangi dua musim berturut-turut sebelum ini.

“Barisan pemain muda saya membuktikan kemampuan mereka dengan mengatasi cabaran juara bertahan Kelantan pada suku akhir dan mengetepikan cabaran Singapura pada peringkat separuh akhir dan kini saya yakin mereka mampu mengejutkan Perlis, esok (malam ini).

“Empat pemain pasukan dari skuad Liga Super, Mohd Al-Hafiz Hamzah, Shaffiq Jamal, Mohd Fazliata Taib dan Chun Keng Kong berjaya bergandingan baik bersama barisan pemain muda untuk melakar kejayaan bagi beraksi pada perlawanan akhir.

“Saya yakin Mohd Faizal Abu Bakar yang sudah berjaya menjaringkan enam gol sehingga perlawanan separuh akhir mampu meneruskan kecemerlangan pada perlawanan esok (malam ini) untuk kita dinobatkan sebagai juara musim 2009,” kata Firdaus.

Perlis akhiri penantian 13 tahun ke final
PENANTIAN 13 tahun Perlis untuk beraksi di pentas akhir Piala Emas Raja-Raja berakhir selepas menewaskan Johor 3-0 di separuh akhir kedua, di Kangar semalam, sesudah terikat 0-0 pada pertemuan pertama.

Kejayaan itu bakal mempertemukan skuad bimbingan bekas pemain kebangsaan dan Kedah, Kamal Idris Ali itu dengan Kedah yang menewaskan Singapura dengan agregat 3-2.

Pada perlawanan semalam, selepas mensia-siakan beberapa peluang, jaringan yang dinantikan akhirnya muncul menerusi sepakan penalti Romdhizat Jamian selepas pemain pertahanan lawan, Azhariridzuan Alias menjatuhkan Mohd Faiz Subri pada minit 35.

Dua lagi jaringan dihasilkan pada babak kedua, juga menerusi Romdhizat (m-54) sebelum Faiz mencatat nama selaku penjaring pada minit ke-86.

Kedah, Perlis mara ke final Piala Emas Raja-Raja
Update: Perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja ditukar kepada 28 Disember daripada tarikh asal 26 Disember. harap maklum.

DUA pasukan dari Utara, Perlis dan Kedah akan berentap pada perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja 2009 apabila berjaya mengatasi lawan masing-masing pada aksi separuh akhir kedua semalam.

Perlis melayakkan diri ke perlawanan akhir setelah menewaskan Johor 3-0 di Stadium Utama, semalam. Pada aksi separuh akhir kedua minggu lalu, kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.

Kemenangan berkenaan membolehkan Perlis membuat perhitungan dengan Kedah yang menewaskan Singapura 2-1 pada satu lagi aksi separuh akhir di Stadium Darulaman, Alor Setar pada aksi final nanti.

Pada aksi di Stadium Utama, Perlis memperoleh jaringan menerusi Romdhizat Jamian pada minit ke-35 menerusi sepakan penalti selepas penyerang, Mohd Faiz Subri dikasari bek Johor, Azhari Ridzuan Alias dalam kotak penalti.

Romdhizat kemudiannya menambah jaringan kedua Perlis pada minit ke-54 selepas merembat masuk hantaran lintang Mohd Faizal Tahir.

Johor yang tertekan terus menderita apabila Mohd Faiz Subri menambah jaringan Perlis pada minit ke-86 sekali gus menghadiahkan kemenangan 3-0 kepada skuad Singa Utara itu.

Perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja 2009 dijadualkan di berlangsung di Alor Setar, 26 Disember ini.

Lagi Berita Piala Emas Raja-Raja

Puncak Niaga taja Piala Emas Raja-Raja
SYARIKAT perkhidmatan air terbesar negara, Puncak Niaga (M) Sdn Bhd, kini menjadi tulang belakang kemajuan bola sepak orang Melayu apabila muncul sebagai penaja utama Kejohanan Bola Sepak Piala Agong dan Piala Emas Raja-Raja kali ke-69.

Serentak dengan itu juga nama kejohanan diubah kepada Puncak Piala Agong dan Puncak Piala Emas Raja-Raja dan Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga, Tan Sri Rozali Ismail dilantik sebagai Penasihat Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM).

Ekoran perkembangan itu satu majlis ringkas diadakan bagi melancarkan logo baru kejohanan yang disempurnakan oleh Rozali dekat sini semalam.

Beliau juga menyerahkan wang penajaan berjumlah RM200,000 kepada Presiden PBSMM, Datuk Takiyuddin Hassan.

Rozali pada sidang akhbar selepas majlis itu memberitahu, penglibatan Puncak Niaga dalam persatuan itu sebagai usaha untuk menggalakkan dan memberi sokongan kepada kemajuan bola sepak di negara ini terutama menerusi kejohanan Piala Emas Raja-Raja.

Katanya, kejohanan tersebut sudah banyak melahirkan pemain berkaliber hingga mewakili negara pada kejohanan antarabangsa.

”Kita (Punca Niaga) akan memberi tumpuan untuk kemajuan bola sepak termasuk akan membantu persatuan-persatuan lain dalam mendapatkan penajaan serta urusan promosi,” jelasnya.

Apa pun tambah beliau, ekoran tumpuan tersebut, Puncak Niaga pada masa ini tidak berminat untuk menaja mana-mana pasukan bola sepak seperti yang dilakukan oleh syarikat korporat lain.

Bagi perkembangan semasa, lapan pasukan itu Perlis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis, Kedah, Johor, Kuala Lumpur, Singapura dan Kelantan selaku juara bertahan sudah layak ke peringkat suku akhir Piala Emas Raja-Raja.

Pertandingan akhir kejohanan tersebut akan berlangsung pada 26 Disember ini.