Berita Bola Terkini » FAM

Kerosakan stadium: Tidak wajar salahkan KAFA sahaja
SEMUA pihak tidak wajar menuding jari hanya kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sahaja ekoran insiden keganasan penyokong pasukan negeri itu yang menyebabkan pelbagai kerosakan di Stadium Nasional Bukit Jalil ketika perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 Sabtu lepas.

Insiden melontar objek, membakar mercun dan membakar kain rentang yang berlaku dalam perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Negeri Sembilan di Stadium Nasional Bukit Jalil sudah pun berlalu dan semalam, KAFA dikenakan denda sebanyak RM50,000 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Jurulatih Perlis, Irfan Bakti Abu Salim berkata, apa yang berlaku adalah diluar dugaan KAFA dan mereka bukannya mudah untuk mengawal bilangan peminat setia pasukan itu yang begitu ramai jumlah bilangannya.

Bagaimanapun katanya, penyokong bola sepak Kelantan juga harus belajar bagaimana untuk menerima kekalahan kerana di dalam bola sepak tidak semestinya setiap pasukan akan mencatat kemenangan sahaja sepanjang musim.

“Kita tidak boleh menyalahkan KAFA sahaja dalam hal ini kerana ke mana sahaja mereka beraksi ada penonton yang akan sentiasa memberi sokongan dan insiden serta denda yang dikenakan diharap tidak akan berulang lagi,” katanya.

Bagi jurulatih baru Kedah, Ahmad Yusof apa yang berlaku adalah masalah di antara pasukan yang terlibat dan FAM sendiri, manakala pasukan lain harus menganggap ia sebagai satu pengajaran yang berguna.

“Saya tidak mahu komen apa-apa mengenai hal ini, ia adalah masalah di antara persatuan dan penyokong mereka untuk mencari jalan penyelesaian terbaik agar ia tidak berulang lagi,” katanya.

Jurulatih Johor FC, Ramlan Rashid pula berkata, apa sahaja hukuman perlu dilakukan atas semangat kesukanan dan mereka yang dihukum perlu belajar agar tidak mengulangi lagi kesilapan lalu.

“Apa-apa insiden sahaja memang mudah berlaku tetapi untuk menghalangnya daripada berulang memang agak sukar, ia memang adat permainan ada sahaja pasukan yang akan kalah dan menang,” katanya.

Dalam keputusan yang dikeluarkan oleh FAM itu Kelantan telah menghadapi tiga pertuduhan iaitu penyokong melontar objek, mercun dan bunga api ke dalam padang yang dikenakan denda sebanyak RM5,000, penyokong melontar objek mengenai pegawai pertandingan (RM20,000) dan penyokong merosakkan harta benda stadium seperti membakar kerusi dan meroboh pintu pagar (RM25,000).

Hukuman yang dikenakan oleh FAM diharap bakal menjadi iktibar bukan sahaja buat Persatuan Penyokong Bolasepak Kelantan (KAFA) dan penyokong mereka tetapi semua pasukan lain yang turut berlaku insiden seumpama itu terutama apabila pasukan yang disokong mengalami kekalahan sepanjang saingan Piala Malaysia musim ini.

Kerugian Stadium Bukit Jalil RM138,150, bukan RM214,000 kenyataan menteri
SETIAUSAHA Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad menjelaskan bahawa jumlah kerosakan dan kerugian yang dituntut Perbadanan Stadium Nasional, Bukit Jalil akibat kelakuan ganas penyokong Kelantan pada perlawanan akhir Piala Malaysia, Sabtu lalu ialah RM138,150.

Katanya, kos yang dianggarkannya dan diperoleh kelmarin iaitu antara RM128,000 hingga RM150,000 telah dikemukakan oleh pihak stadium pada satu mesyuarat bedah siasat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM ekoran kejadian berkenaan.

Kelmarin, Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil mendedahkan bayaran kerosakan yang perlu dibayar oleh FAM ialah RM214,000. Bagaimanapun semalam, anggaran kerugian yang dikemukakan kepada FAM ialah RM138,150.

Lantaran itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek membuat pendedahan ketika menggulung perbahasan peringkat dasar Bajet 2010 di Dewan Rakyat, kelmarin bahawa nilai kerosakan di stadium akibat kejadian itu mencapai RM214,000 dengan yang terbesar melibatkan tempat duduk penonton iaitu RM112,000.

“Sebelum ini, kos yang diberikan cuma anggaran pihak perbadanan mengenai kerosakan harta benda di dalam stadium sahaja tetapi hari ini (semalam) saya memperoleh angka yang terkini dan termasuk di dalam dan luarnya iaitu RM138,150.

“Lain-lain angka, saya tidak dapat menjawabnya kerana yang ini saya peroleh secara hitam putih dan ada butiran kerugian dan kerosakan harta benda,” katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

Menurut Azzuddin lagi, bukan menjadi satu masalah buat FAM sebagai penganjur perlawanan akhir Piala Malaysia untuk membayar ganti rugi kerana ia bukan kali pertama badan induk itu menghadapi kerosakan harta benda stadium gara-gara kelakuan pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Tiada masalah kerana ini bukan perlawanan pertama FAM perlu bayar ganti rugi. Ketika perlawanan Manchester United (Julai lalu) dan final Piala FA (April lalu) juga berlaku kerosakan dan FAM kena bayar. Ia sudah menjadi tanggungjawab FAM kepada pihak stadium kerana mengikut kontrak sewa stadium, apa-apa kerosakan berlaku, kita akan bayar,” jelasnya.

Jumlah anggaran kos kerosakan terbaru itu mengalami perbezaan ketara kerana mengikut butiran yang dikeluarkan kelmarin, harga seunit kerusi penonton ialah RM500 manakala butiran yang dikeluarkan semalam menyatakan kos seunit kerusi tersebut hanyalah RM150.

Beliau berkata begitu sebagai mengulas kenyataan Pengurus Besar Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil, Wan Nor Azinah Zaniby Wan Hashim bahawa secara asasnya FAM selaku penyewa yang perlu membayar ganti rugi akibat sebarang kerosakan di stadium itu.

Kata Azzuddin: “Memang sudah menjadi tanggungjawab FAM seperti yang termaktub dalam kontrak kami dengan pihak stadium. Kami juga sebagai penyewa stadium, menghormati dan mematuhi syarat untuk menanggung apa-apa kerosakan yang berlaku pada kemudahannya.” tambahnya.

Tindakan liar penyokong: FAM denda KAFA RM50,000
PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) didenda RM50,000 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ekoran insiden yang dicetuskan oleh penyokong The Red Warriors pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu (7 Nov).

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Mohd Taufik Abdul Razak berkata, denda tersebut merangkumi tiga pertuduhan yang dikenakan terhadap KAFA berhubung insiden yang berlaku sepanjang perlawanan tersebut.

“Bagi kesalahan pertama, penyokong Kelantan telah membaling bunga api, objek dan mercun ke arah padang. KAFA didapati bersalah dan didenda RM5,000.

“Kesalahan kedua, objek yang dibaling penyokong Kelantan telah mencederakan pegawai pertandingan. KAFA didapati bersalah dan didenda RM20,000.

“Manakala kesalahan ketiga pula, penyokong Kelantan telah merosakkan harta benda stadium seperti kerusi dan pintu pagar. KAFA didapati bersalah dan didenda RM25,000,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM di Kelana Jaya petang semalam.

Ditanya mengapa KAFA hanya dikenakan denda minimum bagi semua kesalahan tersebut, Mohd. Taufik berkata, ia mengambil kira faktor bahawa kejadian tersebut hanya melibatkan segelintir penyokong Kelantan dan perlawanan tersebut pula dianjurkan oleh FAM. FAM juga katanya, tidak mahu dilihat sebagai bersikap dendam dengan penyokong Kelantan.

“Pihak jawatankuasa tidak bersikap dendam walaupun banyak kes disiplin tahun ini melibatkan penyokong Kelantan. Kita rujuk mengikut satu kes ke satu kes.

“Tentang keselamatan pintu masuk stadium pula, tak boleh salahkan pihak keselamatan. Jumlah 1,600 anggota itu sudah ramai tapi jika penyokong itu sendiri tiada jati diri dan disiplin, mereka tetap berusaha cuba menyeludup barang terlarang ini,” jelasnya.

Mengenai angka denda yang tidak setimpal malah lebih rendah berbanding kerugian akibat kerosakan harta benda stadium, beliau berkata: “Kami tidak boleh menyamakan denda dengan nilai itu kerana perlu berlaku adil kepada pasukan berkenaan. Yang melakukan perkara itu hanyalah dari kalangan segelintir penyokong mereka sedangkan majoritinya tidak begitu.”

KAFA akan diberi tempoh 14 hari untuk mengemukakan rayuan terhadap denda RM50,000 itu yang berkuat kuasa semalam. Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa enggan mengulas lanjut tetapi akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat.

Mungkin penyokong Kelantan perlu berganding bahu dengan KAFA untuk mengatasi masalah denda ini dengan menghulurkan sedikit bantuan kewangan serta berjanji mendisiplinkan diri ketika menyaksikan perlawanan bola sepak terutama membabitkan pasukan The Red Warriors.