Berita Bola Terkini » Piala Raja Sepanyol

Copa del Rey: Alcorcon singkir Real Madrid
REAL Madrid tersingkir dari saingan Piala Raja Sepanyol di tangan kelab divisyen tiga, Alcorcon walau pun membariskan bintang handalan termasuk Kaka, Raul, Rafael van der Vaart dan Ruud van Nistelrooy. Real menang 1-0 pada aksi timbal balik kedua di Santiago Bernabeu awal pagi tadi namun gagal ke pusingan berikutnya ekoran kekalahan agregat 4-1.

Jurulatih Real Madrid, Manuel Pellegrini kelihatan memandang serius aksi menentang Alcorcon apabila menurunkan tiga rangkaian penyerangnya, Kaka, Raul dan bekas pemain Manchester United, Nistelrooy namun tetap gagal menyerlah dan memburu lebih banyak gol untuk mengatasi gefisit kekalahan 4-0 di tempat lawan pada aksi pertama.

Kombinasi penyerang Real Madrid itu gagal membuka banyak peluang jaringan di depan para penyokongnya yang memenuhi stadium Bernabeu. Kombinasi penyerang Real Madrid itu gagal membuka banyak peluang jaringan di depan para penyokongnya yang memenuhi stadium Bernabeu. Sebaliknya Alcorcon bermain dengan begitu berdisiplin dan tersusun. Malah, persembahan mereka semakin meyakinkan selepas Real kelihatan terkial-kial.

Penyokong Real terus bertindak menempik kepada pemain ketika mereka memasuki stadium pada separuh masa pertama, termasuk pengurus pasukan Manuel Pellegrini. Kemarahan penonton bertambah lagi apabila Pellegrini menggantikan pemain paling menonjol pada perlawanan itu, Lassana Diarra ketika permainan masih berbaki 20 minit.

Real hanya memperoleh jaringan tunggal pada minit ke-81 menerusi pemain tengah Belanda, Rafael van der Vaart. Manakala Higuain terlepas menambah jaringan apabila percubaannya selepas itu sekadar terkena palang gol.

Tetapi pada masa itu para penonton telah mula meninggalkan Stadium Bernabeu. Sebaliknya, para penyokong yang masih berada di dalam stadium memberikan sorakan gemuruh setiap kali pemain Alcorcon menyentuh bola sehingga tamat permainan.

“Saya bukan mementingkan diri, saya faham dengan menukar Diarra tidak membawa apa-apa perubahan kepada pasukan. Tapi saya juga mementingkan keadaan pemain supaya tidak terdedah kepada kecederaan,” kata Pellegrini sebagai mengulas kekecewaan penonton.

Ini merupakan tahun kedua berturut-turut Real Madrid dimalukan oleh kelab lebih rendah dalam pertandingan Piala Raja Sepanyol selepas Real Union menewaskannya di peringkat yang sama musim lalu.

Sementara itu penyandang juara, Barcelona tidak menghadapi masalah untuk ke pusingan seterusnya selepas membelasah Cultural Leonesa 5-0 di Nou Camp. Kemenangan itu membolehkan Barcelona mara dengan agregat 7-0 selepas menang 2-0 di gelanggang lawan pada aksi pertama.

Bojan Krkic membuka dua jaringan buat Barcelona pada minit ke-52 dan 54 manakala Pedro Rodriguez dan Lionel Messi menambah dua jaringan selang seminit pada minit ke-63 dan 64. Xavi Hernandez melengkapkan kemenangan besar Barca pada minit ke-75.

Untuk rekod, Barcelona adalah juara bertahan Piala Raja Sepanyol. Pada aksi final musim lalu Barcelona menewaskan Athletic Bilbao 4-1 untuk muncul juara hasil jaringan Yaya Toure, Lionel Messi, Bojan Krkic dan Xavi.

Keputusan perlawanan:

Atletico Madrid 6 – 0 Marbella (agg 8-0)

Valencia 2 – 2 Alcoyano (agg 3-2)

Villarreal 1 – 0 Puertollano (agg 2-1)

Deportivo 0 – 0 Real Murcia (agg 1-0)

Malaga 0 – 0 Zaragoza (Malaga menang jaringan tempat lawan)

Osasuna    1 – 0 Xerez (agg 3-1)

Real Madrid 1 – 0 Alcorcon (agg 1-4)

Sevilla 5 – 1 Atletico Ciudad (agg 9-3)

Barcelona 5 – 0 Cultural Leonesa (agg 7-0)