Archive for the ‘Liga Eropah’ Category

Page 5 of 12« First...34567...10...Last »

Liverpool nyaris tersingkir awal

Liverpool nyaris tersingkir awal
PASUKAN yang dilanda krisis keyakinan, Liverpool nyaris menerima kejutan tersingkir awal dari saingan Piala FA sebelum mencatatkan keputusan seri 1-1 dengan Reading pada pusingan ketiga kelmarin. Kapten The Reds, Steven Gerrard menyelamatkan maruah Liverpool apabila menjaringkan gol penyamaan pada aksi di Stadium Madejski itu. Sebelum itu, Reading berjaya mendahului hasil jaringan Simon Church pada minit ke-24. Keputusan seri itu menyaksikan perlawanan ulangan terpaksa diadakan di Anfield pada ... Full story

Chelsea 5 Watford 0

Chelsea 5 Watford 0
KETIKA juara 11 kali, Manchester United menjadi pasukan pertama menerima kejutan saingan Piala FA England, Chelsea tidak berdepan kesukaran untuk meneruskan saingan ke pusingan keempat selepas membenam Watford 5-0 di Stamford Bridge, malam tadi. Daniel Sturridge menjaringkan dua gol pada minit ke-5 dan 68. Tiga lagi gol Chelsea disumbangkan oleh John Eustace (m-15, gol sendiri), Florent Malouda (m-22) dan Frank Lampard (m-64). Skuad bimbingan Carlo Ancelotti itu ... Full story

Manchester United 0 Leeds United 1

Manchester United 0 Leeds United 1
MANCHESTER United menjadi korban pertama pasukan Liga Perdana Inggeris di tangan kelab divisyen bawah dalam saingan Piala FA England 2009/10. Pada perlawanan yang baru berakhir di Old Trafford, pasukan Liga Satu (divisyen ketiga), Leeds United menunjuk jalan keluar buat United seawal pusingan ketiga selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas skuad bimbingan Sir ALex Ferguson itu. Jermaine Beckford menjaringkan gol tunggal perlawanan menerusi tendangan kaki kiri dalam ... Full story

Bola sepak England hadapi zaman suram

Bola sepak England hadapi zaman suram
SKUAD kebangsaan England berdepan masa depan yang suram, kata Pengurus Blackburn Rovers, Sam Allardyce selepas perlawanan antara Portsmouth dan Arsenal, Rabu lalu yang menjadi perlawanan utama pertama menyaksikan tiada pemain Inggeris dalam barisan yang memulakan aksi. “Masa depan skuad England nampak cukup suram,” kata Allardyce menjelang pertemuan pasukannya menentang Aston Villa bagi pusingan ketiga Piala FA. “Liga Perdana dan FA perlu duduk semeja membincangkan perkara ini,” katanya. Presiden ... Full story

Chelsea mahu pertahan Piala FA

Chelsea mahu pertahan Piala FA
PENGURUS Chelsea, Carlo Ancellotti akan menempuh kancah Piala FA Inggeris minggu ini dan warga Itali itu sedar ia mempunyai rentak yang berbeza di England berbanding negara asalnya. Di Itali, saingan kalah mati domestik seolah-olah terpinggir, malah kelab seperti AC Milan dan Juventus, yang pernah dibimbing Ancelotti, sering beraksi di depan kumpulan penyokong yang kecil. Ramai percaya Piala FA tidak lagi mendapat tempat di kalangan peminat bola sepak ... Full story

Pemain muda sandaran Ferguson saingan tahun baru

Pemain muda sandaran Ferguson saingan tahun baru
SIR Alex Ferguson melangkah ke tahun baru dan dekad baru sebagai pengurus Manchester United, dengan keyakinan masa depan kelab itu begitu cerah. Generasi bintang barunya sudah diberi peluang untuk fasa pertama musim ini dan Ferguson berjanji akan mengekalkan dasarnya menggunakan pemain kurang berpengalaman dalam pertemuan separuh akhir pertama Piala Liga menentang Manchester City, minggu depan. Ferguson yakin barisan bintang barunya adalah setaraf dengan pemain lain sepanjang 23 ... Full story

Liverpool terpaksa kejar Piala FA

Liverpool terpaksa kejar Piala FA
RAFAEL Benitez menegaskan Piala FA kini mempunyai kepentingan lebih besar buat Liverpool ketika mereka bersaing untuk mengelakkan musim keempat berturut-turut tanpa trofi utama. Selepas keciciran jauh daripada perebutan Liga Perdana dan tersingkir daripada Liga Juara-juara, Piala FA menjadi harapan terakhir Liverpool untuk membawa pulang kejuaraan ke Anfield musim ini. Mereka berdepan kunjungan sukar pusingan ketiga di tempat lawan menentang Reading, yang bergelut dalam liga bawahan bola sepak ... Full story

Manchester United 5 Wigan 0

Manchester United 5 Wigan 0
WIGANWigan kendalian Roberto Martinez mengekang United pada peringkat awal aksi di Old Trafford sebelum Rooney mendominasi untuk United meraih kemenangan mudah dan mengecilkan jurang kepada hanya dua mata dengan pendahulu, Chelsea. Rooney memecah kebuntuan dengan penyudah cantik - gol ke-15nya musim ini - dan penyerang England itu percaya dia mampu mengatasi rekod dicatat pada musim 2006-2007 apabila menjaringkan 23 gol untuk United. Gol lain United adalah sumbangan ... Full story

Portsmouth 1 Arsenal 4

Portsmouth 1 Arsenal 4
EDUARDO, Samir Nasri, Aaron Ramsey dan Alex Song meletakkan diri pada senarai penjaring buat Gunners dalam perlawanan yang berlangsung di Fratton Park, untuk meninggalkan Arsenal menghampiri empat mata dengan pendahulu, Chelsea dengan satu perlawanan dalam tangan. Namun, Wenger mengakui dia kekurangan ramuan di bahagian serangan dengan Nicklas Bendtner dan Robin van Persie cedera manakala Theo Walcott bergelut untuk kembali cergas ke tahap sepenuhnya. Wenger berkata: “Saya masih ... Full story

Aston Villa 0 Liverpool 1

Aston Villa 0 Liverpool 1
LIVERPOOL bernasib baik apabila memperoleh gol kemenangan menerusi jaringan Fernando Torres pada minit-minit akhir perlawanan. Ketua pasukan Liverpool, Steven Gerrard menabik Fernando Torres selaku 'penyerang terbaik dunia' selepas peledak Sepanyol itu menjaringkan gol tunggal untuk menewaskan Aston Villa 1-0 di gelanggang lawan. Jaringan pada minit ke-93 itu adalah juga gol ke-50 bagi penyerang lincah itu yang dianggap pemain Liverpool terpantas untuk mengejar angka berkenaan selepas hanya memerlukan ... Full story
Page 5 of 12« First...34567...10...Last »
Copyright © 2012 Berita Bola Terkini. All rights reserved. Powered by Sokernet Team: Sokernet.com | Liga Malaysia | Berita EPL and Piala Dunia 2010.