Berita Bola Terkini » Liga Primera Sepanyol

Jaringan Kaka pastikan Real rapati Barca
KAKA bangkit dari bangku simpanan selepas berehat enam minggu berikutan kecederaan dan mencipta jaringan hasil umpanan Cristiano Ronaldo untuk membantu Real Madrid menghambat pendahulu Barcelona dalam saingan La Liga, kelmarin.

Selepas kemenangan goyah 3-1 Barca di tempat sendiri ke atas pasukan tercorot, Xerez dalam sepak mula awal, perancang Brazil yang akan ke Piala Dunia, Kaka meledakkan gol lapan minit sebelum tamat untuk meletakkan Real ke kemenangan 2-1 mendebarkan ke atas Real Zaragoza.

Jurulatih Real, Manuel Pellegrini menghambur pujian ke atas anak didiknya yang menunjukkan kualiti saingan tinggi untuk menang.

“Kami memiliki dua atau tiga peluang baik pada babak pertama tetapi gagal dalam penyudahan tetapi pasukan ini terus berjuang sehingga wisel penamat. Kami berjaya mengatasi halangan ini dan menang,” katanya.

Pemain gantian, Raul meletakkan Real di depan pada minit ke-50 dan dalam suasana tegang di Stadium Romareda, Zaragoza, menyaksikan pertahanan tuan rumah, Matteo Contini dibuang padang berikutan pertembungan dengan penyerang Argentina, Gonzalo Higuain.

Pasukan yang baru dinaikkan, Zaragoza, dua mata di atas zon bahaya di tempat ke-16, bangkit untuk menyamakan kedudukan 1-1 menerusi Adrian Colunga pada minit ke-62 sebelum Kaka menyelamatkan pasukan berbelanja besar, Real.

Real Madrid hampiri Barcelona
GANDINGAN serangan Real Madrid, Cristiano Ronaldo dan Gonzalo Higuain masing-masing meraih satu gol untuk meletakkan Real menghampiri satu mata di belakang pendahulu, Barcelona di puncak La Liga dengan kemenangan 2-0 di tempat sendiri ke atas pasukan tangga ketiga, Valencia kelmarin, dan menjadikannya penamat yang sengit untuk merebut gelaran musim ini.

Keputusan seri tanpa jaringan Barcelona kepada jiran, Espanyol, 24 jam sebelum itu memberikan Real peluang untuk merapatkan jurang dan Real memanfaatkan keciciran mata itu dengan Higuain menjaringkan gol ke-25 musim ini selepas 25 minit permainan, sebelum Ronaldo memuktamadkan keputusan pada minit ke-77 untuk gol ke-20 peribadi musim ini.

Dengan baki lima perlawanan, Real berada hanya satu mata di belakang musuh tradisi, namun jika kedua-dua pasukan itu berakhir dengan jumlah mata sama, Barcelona, yang berdepan Inter Milan (awal pagi esok) dalam separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah, akan menjuarai gelaran itu berdasarkan rekod sesama yang lebih baik.

“Barcelona masih memiliki kelebihan tetapi berada di tempat kedua dengan 83 mata adalah bagus dan mereka perlu berdepan tekanan menyedari kami begitu hampir,” kata Guti.

“Dari segi Liga Juara-juara, saya sentiasa berkata, saya mahu Barcelona kalah, lebih-lebih lagi saya mempunyai kawan rapat di Inter.”

Ia adalah kemenangan ke-16 di tempat sendiri musim ini, daripada 17 perlawanan – dengan kekalahan kepada Barcelona mencacatkan rekod itu – dan Higuain kini berada dua gol di belakang rakan senegara, Lionel Messi yang menjaringkan 27 gol buat Barcelona untuk mendahului persaingan ‘Pichichi’ atau mahkota penjaring terbanyak.

Valencia, ketinggalan 24 mata di belakang Real di tangga ketiga, berada lima mata di depan pasukan tangga keempat, Sevilla berikutan kekalahan itu dan pasti merenung kembali cubaan David Silva yang terkena palang beberapa minit sebelum Ronaldo meledakkan gol kedua.

Barca tewaskan Real Madrid 2-0 di Bernabeu
KEHEBATAN Lionel Messi tidak mampu disekat apabila pemain terbaik dunia itu membantu kejayaan Barcelona menundukkan musuh ketat, Real Madrid 2-0 dalam aksi El Clasico di Santiago Bernabeu, awal pagi tadi.

Kejayaan meraih mata penuh itu sekali gus membolehkan Barcelona kembali merampas kedudukan teratas Carta Liga Primera Sepanyol daripada Real dengan jurang tiga mata.

Kedua-dua pasukan mempamer aksi bola sepak penuh menghiburkan dan saling berbalas serangan sejak wisel permulaan, sesuai dengan limpahan bintang ternama dimiliki dua kelab terkaya dunia itu.

Keghairahan berbalas serangan menyaksikan dua layangan kad kuning masing-masing diterima Xabi Alonso pada minit ke-13 dan Messi minit ke-19.

Selepas setengah jam perlawanan, dua lagi kad amaran dilayangkan oleh pengadil perlawanan, Manuel Enrique ke atas Raul Albiol (Real Madrid) dan Xavi (Barcelona).

Selepas itu saingan jelas milik Barcelona yang mendahului menerusi gerakan menarik satu dua antara Xavi dan Messi sebelum penyerang Argentina itu bijak memperdaya penjaga gol Real, Iker Casillas untuk gol pertama pasukan pelawat.

Pada babak kedua, Pedro mengukuhkan kedudukan buat Barca menerusi rembatan kaki kiri pada minit ke-57 menyaksikan Casillas sekali tertewas buat kali kedua.

Ketangkasan Victor Valdes di kubu Barca menyaksikan Real berputih mata apabila percubaan deras Cristiano Ronaldo gagal menewaskan penjaga gawang pasukan pelawat dua minit selepas jaringan Pedro.

Ronaldo sekali lagi gagal merobek gawang Barca apabila bola tendangannya pada minit ke-69 masih sempat ditahan dengan kaki oleh Valdes.

Dengan saingan liga berbaki tujuh perlawanan, Barcelona mendahului dengan memungut 80 mata diikuti Real Madrid (77), Valencia (56) dan Sevilla (51).

Real Madrid terlepas peluang pintas Barcelona
PENCABAR kejuaraan Liga Sepanyol, Real Madrid gagal memanfaatkan keputusan seri dialami Barcelona untuk memintas pendahulu liga itu apabila turut mencicirkan dua mata ketika menentang Osasuna, awal pagi tadi.

Sekali pun beraksi dengan kehadiran bintang termahalnya, Ronaldo, Real gagal menembusi gawang Osasuna yang menyaksikan kelab berpengkalan di Bernabeu itu kekal di tangga kedua liga dengan 38 mata, dua mata di belakang Barcelona.

Real Madrid yang menjaringkan 13 gol dalam tiga aksi terakhir liga, ternyata begitu terasa dengan ketiadaan perancang utama mereka, Kaka yang masih dibelenggu masalah kecederaan.

Pasukan pelawat menunjukkan kebangkitan pada separuh masa kedua dan pemain tengah, Marcelo menghantar bola kepada Gonzalo Higuain pada minit ke-60 tetapi rembatannya tersasar.

Kesilapan antara penjaga gol Real, Iker Casillas dan rakan sepasukannya, Sergio Ramos hampir memberikan Walter Pandiani menjaringkan gol, manakala percubaan Higuain selepas itu berjaya diselamatkan penjaga Osasuna, Ricardo Lopez.

Ketika perlawanan menuju ke masa penamat, Real meredakan serangan tetapi hanya melakukan percubaan dari jarak jauh dan usaha Cristiano Ronaldo hampir membuahkan hasil pada minit ke-88 yang menyaksikan percubaannya tidak menepati sasaran.

“Kami mempunyai peluang untuk menang perlawanan ini tetapi lawan kami tidak memberi ruang.

“Pemain kami telah berusaha sedaya upaya tetapi tidak membuahkan sebarang hasil,” kata Pengarah Real, Jorge Valdano.

Barcelona cicir mata aksi sulung 2010
JUARA kelab dunia, Barcelona mencicirkan mata pada aksi sulung tahun 2010 saingan Liga Primera Sepanyol selepas diikat 1-1 oleh Villareal di laman sendiri, semalam.

Barcelona kekal mendahului liga dengan mengumpul 40 mata daripada 16 perlawanan setakat ini selepas pencabar terdekatnya, Real Madrid melepaskan peluang terbaik untuk naik ke tangga teratas liga selepas dikecewakan Osasuna dengan keputusan seri tanpa jaringan di tempat lawan.

Sebelum sepak mula, Barcelona mempamerkan kesemua enam trofi yang dimenanginya sepanjang 2009 (Liga Sepanyol, Piala Raja, Piala Super, Piala Super Eropah, Liga Juara Eropah dan Piala Dunia Kelab).

Sebaik aksi bermula, Barcelona mendominasi perlawanan dan mendahului pada minit ketujuh dan berada pada landasan untuk mencatat kemenangan kelapan di tempat sendiri.

Gol berpunca dari sepakan Thierry Henry yang terkena tiang gol dan Pedro pantas mengawal bola yang melantun sebelum merembat ke penjuru gawang.

Pelawat bertindak cemerlang menutup ruangan bahagian tengah Barca yang kreatif dan David Fuster berpeluang untuk menyamakan kedudukan sebelum rehat, namun tandukannya melepasi palang.

Fuster menebus kesilapan enam minit selepas rehat apabila dia menyambut hantaran silang Cani dan bijak memperdayakan penjaga gol, Victor Valdes dengan sepakan rendah.

Permainan yang berlangsung dalam hujan lebat, tidak menghalang penjaga gol Villarreal, Diego Lopez berjaya menepis sepakan lencung pemain gantian Andres Iniesta pada minit ke-65.

Ronaldo optimis Real Madrid rampas gelaran dari Barca
BINTANG bola sepak termahal di dunia, Cristiano Ronaldo percaya Real Madrid berada di posisi yang terbaik untuk merampas gelaran Liga Sepanyol daripada musuh utamanya, Barcelona. Pemain kelahiran Portugal itu berjaya menjaringkan satu gol ketika membenamkan Real Zaragoza, 6-0 menjadikan pasukan itu berada berhampiran dengan pendahulu liga, Barcelona yang mempunyai dua mata di hadapan.

“Saya berkerja keras dan mahu membawa ia sehingga akhir musim. Saya melakukan yang terbaik setiap hari. Saya terlepas sepanjang dua bulan perlawanan dan datang kembali adalah sesuatu yang sukar tetapi semuanya berjalan dengan lancar. Adalah penting untuk menyudahkan tahun ini dengan kemenangan dan kami gembira jika ia benar-benar berlaku. Kami juga perlu berfikir tentang tahun baru, yang patut kita mulakan serta apa yang kita perlu selesaikan tahun ini,” katanya kepada laman web rasmi Real Madrid.

Ketika Barcelona berada di Abu Dhabi meraikan kemenangan trofi keenamnya pada Piala Kelab Dunia, Real menunjukkan aksi terbaik dengan menundukkan Zaragoza. Rafael Van der Vaart dan Gonzalo Higuain menyumbangkan dua gol sebelum separuh masa pertama tamat.

Kemudian, Ronaldo yang dimasukkan setelah digantung, berjaya memperdayakan pemain pertahanan Zaragoza sebelum menambah gol kelima dan pemain gantian, Karim Benzema untuk menyudahkan aksi 20 minit kemudian dengan jaringan satu lagi gol.

Sementara itu, satu lagi perlawanan kelmarin antara pasukan harapan Liga Juara-Juara, Deportivo La Coruna dan Valencia berakhir dengan hampa tanpa sebarang jaringan. Jika kemenangan berlaku di Riazor itu, Valencia bakal meletakkan diri di tangga ketiga di belakang Barcelona dan Real Madrid, sementara Deportivo pula berpeluang mendaki ke tangga keempat namun pertembungan kedua-dua pasukan itu tidak memberi sebarang kenaikan.

Deportivo dilihat mara dengan kecemerlangan Juan Carlos Valeron namun pertahanan Valencia seolah-olah membuktikan pasukan itu sukar digempur. Peluang terbaik turut didatangi Adrian Lopez dan Sergio Gonzalez ketika Valeron memberi tandukan kepada mereka namun, terkena palang sebelum separuh masa berakhir.

Valencia kini berada di tangga keempat dengan 10 mata di belakang Barcelona dan Deportivo di tangga keenam dengan 12 mata di belakang pendahulu.

Sementara itu, Atletico Madrid pula meneruskan kekecewaan mereka apabila seri, 1-1 pada perlawanan di Tenerife, ini memberi ancaman kepada kedudukan pasukan tersebut.

Pada perlawanan itu, Juan ‘Nino’ Martinez meledakkan gol buat Tenerife pada tiga minit perlawanan namun kedudukan itu disamakan kembalikan Atletico oleh Jose Jurado yang tidak dibantu penyerang utama pasukan Sergio Aguero kerana kecederaan.

Bagaimanapun, percubaan Nino untuk memberi kemenangan kepada Tenerife juga ternyata gagal tetapi, penjaga gol Sergio Asenjo berjaya mengawal keadaan dengan menyelamatkan gawang ketika tendangan penalti diberikan.

Mallorca pula tewas untuk mempertahankan kedudukan untuk menempah tempat di Eropah selepas tumbang, 2-1 kepada Malaga. Fernando Fernandez menyumbat gol di kawasan jaringan selepas 23 minit namun Mallorca berjaya memberikan mata seri hasil daripada jaringan Julio Alvarez. Namun kembali hampa apabila Fernando Forestieri memberikan jaringan kemenangan.

Villarreal meneruskan kecemerlangan ketiga musim ini apabila menang, 2-0 ke atas Racing Santander. Pasukan tuan rumah itu berjaya mendominasi permainan namun dilihat tidak mengambil peluang sehinggalah separuh masa kedua dengan jaringan Joseba Llorente dan Giuseppe Rossi.

Espanyol juga meraih kejayaan apabila jaringan gol pertama dalam lima perlawanan ketika menentang Almeria, 2-0 sekali gus memberi tekanan kepada jurulatih Hugo Sanchez.

Dalam perlawanan pertama, dia yang menyenaraikan Javi Marquez yang menjaringkan gol selepas 45 minit dan Ferran Corominas pula memberikan kemenangan dengan jaringan lewat.

Minit-minit terakhir menyaksikan jaringan daripada Haris Medunjanin memberikan Valladolid kemenangan, 2-1 di tempat sendiri ketika menentang Sporting Gijon. Nivaldo Batista berjaya menghalang percubaan gol daripada Luis Moran dan dan jaringan Medunjanin membuktikan Vallodolid berhak menang dengan pelbagai peluang yang ada.

Real Madrid belasah Zaragoza 6-0
REAL Madrid terus memberi tekanan kepada pendahulu, Barcelona selepas membelasah Real Zaragoza 6-0 dalam aksi Liga Primera Sepanyol di Santiago Bernabeu, awal pagi tadi.

Gonzalo Higuain dan Rafael Van der Vaart masing-masing menjaringkan dua gol manakala Cristiano Ronaldo dan Karim Benzema menambah dua lagi gol tuan rumah.

Kemenangan itu memastikan Real Madrid kekal berada dua mata di belakang Barcelona dengan 37 mata selepas 15 perlawanan.

Bagaimanapun pasukan tangga ketiga, Sevilla mengalami kekalahan mengejut 1-2 di tempat sendiri kepada Getafe dengan kedua-dua gol pelawat dijaringkan oleh Soldado pada minit ke-12 dan 33. Gol tunggal tuan rumah dijaringkan oleh Negredo pada minit ke-51.

Real Madrid nyaris hilang mata penuh
BEKAS pemain terbaik dunia, Kaka meledak gol menarik buat Real Madrid dalam pertemuan Derby Liga Primera Sepanyol menentang Atletico Madrid di Stadium Vicente Calderon, awal pagi tadi.

Real Madrid dilihat bakal menang mudah apabila mendahului Atletico 3-0, namun permainan Real mula goyah sebaik Sergio Ramos dilayang kad merah pada minit ke-66 dan membenarkan lawan menjaringkan dua gol dalam tempoh dua minit selepas itu, namun akhirnya lega apabila tuan rumah gagal mencari gol ketiga untuk mengikat kedudukan.

Keputusan itu bermakna Real mengekalkan rekod tanpa kalah dalam perlawanan liga di Calderon sekak musim 1998/99. Jaringan Kaka dan Marcelo membolehkan Real mendahului 2-0 pada babak pertama sebelum Gonzalo Higuain menyumbat gol ketiga pada minit ke-64.

Dua minit selepas itu segalanya berubah buat Real apabila Sergio Ramos dilayang kad merah kerana rempuhan kasar ke atas Sergio Aguero.

Peluang itu dimaanfaatkan sebaiknya oleh Atletico dan hasilnya tuan rumah berjaya menambah dua gol berturut-turut pada minit ke-79 dan 81 menerusi Diego Forlan Aguero.

Ketangkasan Iker Casillas turut menyelamatkan Real daripada keciciran mata selepas berjaya menangkis serangan Aguero pada penghujung perlawanan.

kemenangan tipis itu membolehkan Real terus menyaingi pendahulu liga, Barcelona dengan perbezaan satu mata di belakang. Barcelona mengumpul 26 selepas 10 perlawanan manakala Real kurang satu mata untuk kekal di tangga kedua La Liga.

Manakala kekalahan meletakkan kedudukan Atletico terus terumbang ambing dan di zon penyingkiran bersama Malaga dan Xerez.

Jaringan berganda Pedro bantu Barcelona jinakkan Mallorca
PENYERANG Perancis, Thierry Henry menjaring gol pertamanya buat Barcelona musim ini, manakala Pedro Rodriguez menyumbat jaringan berganda ketika kelab Catalan itu menang 4-2 ke atas Mallorca dalam aksi Liga Primera Sepanyol di Nou Camp, awal pagi tadi.

Kemenangan berkenaan membolehkan Barcelona kekal di persada liga dengan 26 mata selepas mengharungi 10 perlawanan, diekori rapat musuh tradisi, Real Madrid yang ketinggalan satu mata di belakang selepas mencatat kemenangan 3-2 dalam perlawanan Derby menentang Atletico Madrid.

Sebelum sepak mula, jurulatih Barcelona Pep Guardiola melakukan kejutan apabila merehatkan Lionel Messi, Andres Iniesta, Xavi dan Dani Alves di bangku simpanan, sebaliknya meletakkan Pedro di bahagian sayap kanan dan Henry di sebelah kiri.

Manakala Sergio Busquets bergandingan dengan Yaya Toure dan Seydou Keita di bahagian tengah, sementara kapten, Carlos Puyol bertukar posisi dari bek tengah ke sebelah kanan.

Percaturan Guardiola ternyata berkesan apabila tuan rumah sudah berada di depan hanya 12 minit perlawanan bermula dengan

Barcelona sudah berada di depan selepas 11 minit perlawanan bermula menerusi jaringan jarak dekat Pedro selepas menerima umpanan ke belakang dari Zlatan Ibrahimovic dengan tumitnya.

Bagaimanapun gol berkenaan tidak melemahkan semangat pemain pasukan pelawat yang mampu menyamakan kedudukan pada minit ke-20 menerusi tandukan pemain pertahanan Portugal, Nunes selepas menerima umpanan sepakan sudut Luis Marti.

Usaha tuan rumah untuk menggandakan jaringan selepas itu digagalkan oleh kecekapan penjaga gol Mallorca, Dudu Aouate yang beraksi cemerlang menyelamatkan tiga percubaan berturut-turut dari Pedro, Henry dan Sergio Busquets.

Namun, lima minit sebelum berakhir babak pertama, kedudukan berubah menjadi 2-1 apabila Pedro akhirnya berjaya meledak buat kali kedua ke gawang Mallorca sebelum Henry meledak gol ketiga Barcelona empat minit kemudian.

Menyedari kedudukan selesa buat pasukannya, Guardiola melakukan pertukaran pada babak kedua dengan memasukkan Messi menggantikan Pedro manakala Xavi mengambil alih tempat Busquets. Henry turut dikeluarkan pada penghujung perlawanan dan diganti dengan Iniesta.

Messi tidak menghampakan apabila berjaya menyudahkan tendangan penalti pada minit ke-87 untuk menjadikan kedudukan 4-1 sebelum Alhassane Keita menambah gol kedua pasukan pelawat pada minit akhir perlawanan.