Archive for the ‘Liga Primera Sepanyol’ Category

Real Madrid terlepas peluang pintas Barcelona

Real Madrid terlepas peluang pintas Barcelona
PENCABAR kejuaraan Liga Sepanyol, Real Madrid gagal memanfaatkan keputusan seri dialami Barcelona untuk memintas pendahulu liga itu apabila turut mencicirkan dua mata ketika menentang Osasuna, awal pagi tadi. Sekali pun beraksi dengan kehadiran bintang termahalnya, Ronaldo, Real gagal menembusi gawang Osasuna yang menyaksikan kelab berpengkalan di Bernabeu itu kekal di tangga kedua liga dengan 38 mata, dua mata di belakang Barcelona. Real Madrid yang menjaringkan 13 gol ... Full story

Barcelona cicir mata aksi sulung 2010

Barcelona cicir mata aksi sulung 2010
JUARA kelab dunia, Barcelona mencicirkan mata pada aksi sulung tahun 2010 saingan Liga Primera Sepanyol selepas diikat 1-1 oleh Villareal di laman sendiri, semalam. Barcelona kekal mendahului liga dengan mengumpul 40 mata daripada 16 perlawanan setakat ini selepas pencabar terdekatnya, Real Madrid melepaskan peluang terbaik untuk naik ke tangga teratas liga selepas dikecewakan Osasuna dengan keputusan seri tanpa jaringan di tempat lawan. Sebelum sepak mula, Barcelona mempamerkan ... Full story

Ronaldo optimis Real Madrid rampas gelaran dari Barca

Ronaldo optimis Real Madrid rampas gelaran dari Barca
BINTANG bola sepak termahal di dunia, Cristiano Ronaldo percaya Real Madrid berada di posisi yang terbaik untuk merampas gelaran Liga Sepanyol daripada musuh utamanya, Barcelona. Pemain kelahiran Portugal itu berjaya menjaringkan satu gol ketika membenamkan Real Zaragoza, 6-0 menjadikan pasukan itu berada berhampiran dengan pendahulu liga, Barcelona yang mempunyai dua mata di hadapan. "Saya berkerja keras dan mahu membawa ia sehingga akhir musim. Saya melakukan yang ... Full story

Real Madrid belasah Zaragoza 6-0

Real Madrid belasah Zaragoza 6-0
REAL Madrid terus memberi tekanan kepada pendahulu, Barcelona selepas membelasah Real Zaragoza 6-0 dalam aksi Liga Primera Sepanyol di Santiago Bernabeu, awal pagi tadi. Gonzalo Higuain dan Rafael Van der Vaart masing-masing menjaringkan dua gol manakala Cristiano Ronaldo dan Karim Benzema menambah dua lagi gol tuan rumah. Kemenangan itu memastikan Real Madrid kekal berada dua mata di belakang Barcelona dengan 37 mata selepas 15 perlawanan. Bagaimanapun pasukan tangga ... Full story

Real Madrid nyaris hilang mata penuh

Real Madrid nyaris hilang mata penuh
BEKAS pemain terbaik dunia, Kaka meledak gol menarik buat Real Madrid dalam pertemuan Derby Liga Primera Sepanyol menentang Atletico Madrid di Stadium Vicente Calderon, awal pagi tadi. Real Madrid dilihat bakal menang mudah apabila mendahului Atletico 3-0, namun permainan Real mula goyah sebaik Sergio Ramos dilayang kad merah pada minit ke-66 dan membenarkan lawan menjaringkan dua gol dalam tempoh dua minit selepas itu, namun akhirnya lega ... Full story

Jaringan berganda Pedro bantu Barcelona jinakkan Mallorca

Jaringan berganda Pedro bantu Barcelona jinakkan Mallorca
PENYERANG Perancis, Thierry Henry menjaring gol pertamanya buat Barcelona musim ini, manakala Pedro Rodriguez menyumbat jaringan berganda ketika kelab Catalan itu menang 4-2 ke atas Mallorca dalam aksi Liga Primera Sepanyol di Nou Camp, awal pagi tadi. Kemenangan berkenaan membolehkan Barcelona kekal di persada liga dengan 26 mata selepas mengharungi 10 perlawanan, diekori rapat musuh tradisi, Real Madrid yang ketinggalan satu mata di belakang selepas mencatat ... Full story
Copyright © 2010 Berita Bola Terkini. All rights reserved.
Powered by Sokernet.com, Berita Bola Terkini and Info Bola Sepak Teams.