Berita Bola Terkini » Liga Juara Eropah

Inter Milan melangkah ke final
EMOSI mengiringi kemaraan Inter Milan ke pentas final Liga Juara-Juara Eropah apabila kelab Itali itu menyingkirkan juara bertahan, Barcelona menerusi aggregat 3-2 selepas mengharungi 90 minit aksi penuh mendebar di Nou Camp, awal pagi tadi.

Selepas perlawanan berlangsung selama 28 minit, pemain Inter Milan dikerah beraksi dengan 10 pemain untuk tempoh sejam berikutnya apabila tonggak tengah, Thiago Motta dilayangkan kad merah kerana melayangkan tangan ke muka Sergio Busquets.

Namun skuad bimbingan Jose Mourinho berjaya menyerap asakan bertubi pasukan tuan rumah yang menguasai lebih 80 peratus perlawanan berkenaan sehingga minit ke-84 apabila gawang Inter bolos oleh jaringan Gerrard Piquet.

Namun tiada apa yang mampu dilakukan jentera serangan Barca sehingga berakhir 90 minit perlawanan selain tangisan duka gagal mempertahankan kejuaraan musim lalu.

Inter Milan menguasai kancah Serie A, namun gagal melangkah ke final kejuaraan kelab Eropah sejak kali terakhir melakukannya pada 1972, kini berpeluang mengukir sejarah baru kelab itu di bawah bimbingan jurulatih penuh kontroversi, Jose Mourinho.

Aksi final dijadualkan berlangsung di Santiago Bernabeu pada Sabtu, 22 Mei nanti (23 Mei waktu Malaysia). Memecah tradisi final Liga Juara yang kebiasaannya berlangsung pada hari Rabu.

Lawan Inter Milan pada aksi final berkenaan ialah gergasi Jerman, Bayern Munich yang terdahulu menewaskan wakil Perancis, Lyon 3-0 pada aksi sehari lebih awal. Bayern mara ke final dengan aggregat 4-0 selepas menang 1-0 perlawanan pertama di tempat lawan.

Inter Milan beraksi 10 pemain
UPDATE: Perlawanan tamat! Inter Milan mara ke final selepas berjaya mengekang asakan bertali arus Barca terutama pada tujuh minit terakhir perlawanan. Sekali pun menang 1-0 di Nou Camp, Barca tewas 2-3 kepada Inter Milan dari segi aggregat.

UPDATE: Barcelona mendahului Inter Milan 1-0 menerusi jaringan Gerard Pique pada minit ke-84. Barca masih ketinggalan 2-3 dari segi Aggregat. Namun, jika tuan rumah menang 2-0 perlawanan ini bermakna Barcelona layak ke final menerusi kelebihan jaringan tempat lawan.

INTER Milan berdepan ujian getir dalam baki 45 minit berikutnya apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Thiago Motta dilayang kad merah kontroversi pada minit ke-26.

Sebagaimana dijangka Barcelona menguasai sepenuhnya aksi di Nou Camp dengan barisan Jose Mourinho gagal mencipta sebarang peluang ke kubu tuan rumah.

Peluang terbaik Barca hadir menerusi pemain terbaik dunia, Lionel Messi pada minit ke-32 namun kecekapan penjaga gol, Julio Cesar menyelamatkan gawang Inter Milan daripada dibolosi.

Barcelona harap sokongan peminat
PERTAHANAN Barcelona, Gerard Pique meminta peminat pasukan itu memenuhi stadium Nou Camp dan memberi sokongan kepada kelab Sepanyol itu dalam saingan separuh akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah menentang Inter Milan.

“Saya berharap Nou Camp mencatat sejarah. Saya berharap Nou Camp kali ini seperti yang tidak pernah kita saksikan sebelum ini, dan tiada satu pun tempat duduk kosong dan apabila pemain melangkah masuk ke padang, mereka (pemain Inter) akan membenci profesion mereka selama 90 minit,” katanya dalam sidang media kelmarin.

“Apa yang saya mahukan ialah peminat memberi sokongan penuh kepada Barcelona dan akan ada keganasan sifar. Penyokong akan bersama kami dan lawan akan terasa keseorangan,” kata pemain antarabangsa Sepanyol itu.

Barcelona berharap dapat menterbalikkan kekalahan 3-1 mereka kepada Inter dalam saingan pertama.

Pique berkata, perlawanan itu akan menjadi ‘perlawanan paling penting dalam sejarah Barcelona’ tetapi dia percaya, barisan itu mampu bingkas apabila berdepan lawan dari Itali berkenaan.

Barcelona masih berpeluang ketepi Inter
TIDAK dinafikan peminat bola sepak global sudah tertanya-tanya apakah ‘elemen magis’ akan mengiringi cabaran juara bertahan, Barcelona untuk bangkit di gelanggang sendiri dengan jaringan banyak atau pun Inter Milan akan bertahan keras untuk layak ke final Liga Juara-Juara Eropah, musim ini.

Penyerang Barcelona, Zlatan Ibrahimovic yakin andai kelab Catalan itu setia pada corak permainan sendiri, mereka tidak perlu bimbang terhadap ancaman fizikal Inter pimpinan Jose Mourinho untuk mengubah wajah cabaran mereka dalam saingan separuh akhir kedua di Stadium Nou Camp, awal pagi esok.

“Kami perlu mengasak tetapi yang penting ialah kami perlu bermain dengan gaya sendiri. Mereka akan bermain dengan pantas dan agresif tetapi kami perlu memberi tumpuan terhadap corak sendiri,” kata Ibrahimovic.

“Kami perlu bersedia untuk peperangan ini. Mereka akan mengambil kesempatan tetapi kami tidak boleh menukar corak permainan seperti yang kami lakukan di Milan. Kami tewas kerana tidak bermain dengan corak lazim, bukan kerana mereka menang dengan pendekatan sendiri.

“Keputusan 3-1 nampak kekalahan yang besar tetapi hakikatnya ia sama seperti 1-0. Jika anda lihat kepada dua perlawanan Liga Juara-juara kami di tempat sendiri, berapa banyak gol yang kami jaringkan?

“Ketika menentang Stuttgart, empat gol dan apabila bertemu Arsenal, empat gol lagi. Kami adalah pasukan yang boleh menjaringkan banyak gol dan itulah yang kami perlukan untuk ke final.”

Pengurus Barcelona, Pep Guardiola sudah membina sebuah pasukan mantap yang mampu menyapu semua gelaran musim lalu tetapi kini mereka berdepan ujian paling sukar di peringkat Eropah selepas tewas 3-1 kepada Inter dalam timbal balik pertama.

Apa yang pasti pertembungan di San Siro adalah mengenai dua gaya bola sepak yang berbeza.

Bayern Munich mara ke final
BAYERN Munich merentap impian Lyon untuk menjadi pasukan pertama dari Perancis layak ke final Liga Juara-Juara sejak 2004.

Permulaan gementar Lyon memberi peluang kepada Bayern untuk menguasai permainan dan seterusnya berjaya menewaskan Lyon 3-0 pada pertemuan Liga Juara-Juara di Lyon, Perancis, awal pagi tadi

Berbekalkan satu gol pada pertemuan pertama, Bayern menambah tiga lagi gol pada minit ke-26, 67 dan 78 menerusi hatrik penyerangnya, Olic untuk agregat 4-0.

Usaha Lyon untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-31 gagal selepas pemain sayapnya, Michel Bastos mensia-siakan peluang yang ada.

Pengadil perlawanan, Massimo Busacca menambah derita Lyon dengan melayangkan kad merah kepada kapten Lyon, Cris selepas pemain itu memperoleh kad kuning kedua.

Jaringan Robben beri kelebihan buat Bayern
BOLA lencongan penyerang Belanda, Arjen Robben pada separuh masa kedua memberikan kemenangan 1-0 buat Bayern Munich ke atas Olympique Lyon pada perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-juara Eropah yang menyaksikan dua pemain di perintah keluar padang.

Pada perlawanan yang penuh aksi kekerasan itu, Frank Ribery dari Bayern telah dikenakan kad merah kerana menerjah buku lali penyerang Lyon, Lisandro Lopez pada minit ke-37.

Lyon juga bermain 10 orang sembilan minit separuh masa kedua bermula apabila Jeremy Toulalan dilayangkan kad kuning kedua.

Robben, yang menikmati musim pertama di Jerman dengan cemerlang berjaya menembusi jaring lawan pada minit ke-69 apabila sepakan dari jarak jauhnya terkena rakan sepasukan Thomas Mueller sebelum bola melencong dan gagal diselamatkan penjaga gol Hugo Lloris.

Pada satu lagi aksi separuh akhir yang berlangsung semalam, Inter Milan menewaskan juara bertahan, Barcelona 3-1 di San Siro walau pun pada peringkat kelab Itali itu ketinggalan menerusi jaringan Pedro Rodriquez pada minit ke-19.

Perlawanan separuh akhir kedua dijadualkan 27 dan 28 April depan.

Inter Milan bangkit benam Barcelona
INTER Milan bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menundukkan juara bertahan, Barcelona 3-1 pada perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi.

Ini kali pertama Barcelona tewas dengan ketinggalan margin dua gol di bawah kendalian pengurus, Pep Guardiola.

Inter melakukan kebangkitan dramatik selepas ketinggalan gol awal Barca menerusi Pedro Rodríguez pada minit ke-19.

Gol Inter diperoleh menerusi Wesley Sneijder pada minit ke-30, Maicon (m-48) dan Diego Milito (m-61).

Perbezaan dua gol itu nyata memberi kesulitan kepada Barcelona untuk perlawanan separuh akhir kedua di Nou Camp, Rabu depan.

Bertambah malang lagi apabila kapten Barcelona, Carles Puyol menerima kad kuning kedua dan tidak akan bermain minggu depan. Inter juga kehilangan pemain tengahnya, Dejan Stankovic atas kesalahan sama.

Apa yang menarik di San Siro ialah kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan yang unggul dengan kemahiran bola sepak yang tinggi bertaraf dunia.

“Apa-apa boleh berlaku pada perlawanan kedua nanti. Kami akan ke sana (Nou Camp dan mungkin kami akan kalah atau saya sendiri akan kehilangan pekerjaan nanti,” kata jurulatih Inter, Jose Mourinho pada sidang akhbar selepas perlawanan.

“Apa yang berlaku sudah berlalu dan ia satu impian yang dicapai. Ia satu realiti. Kami berhak menang.

“Kami melihat jentera pasukan bekerja dengan cukup baik sehingga saat terakhir,” katanya.

Pertembungan menarik Inter Milan,Barcelona
PERSOALAN bagi Inter Milan adalah siapa harus disekat – Lionel Messi atau Barcelona apabila kedua-dua gergasi Itali dan Sepanyol itu berentap dalam saingan menarik separuh akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah di San Siro awal pagi esok.

Barisan bimbingan Jose Mourinho berjaya menyekat jentera ganas kelab dari Catalan serta penyerang licik dari Argentina itu daripada membolosi gawang mereka dalam saingan peringkat kumpulan, September lalu yang berkesudahan seri 0-0 dan bersedia mengulangi usaha baik itu sekali lagi di laman sendiri.

Apapun, jika Inter mampu menewaskan juara bertahan itu sesungguhnya mereka perlu berterima kasih kepada elemen ‘alam semula jadi’ kerana menjadi faktor membantu.

Barcelona terpaksa menempuh perjalanan menaiki bas selama dua hari dan 1,000 kilometer untuk bermain disebabkan letusan gunung berapi di Iceland, minggu lalu.

Dengan semua penerbangan dibatalkan di seluruh Eropah, Barca memutuskan untuk mengambil jalan jauh merentas tiga negara untuk tiba ke destinasi mereka. Tetapi mereka tidak sedikit pun merungut.

“Kita perlu melihat segala masalah yang membelenggu perjalanan ke Milan, tetapi pasukan ini sudah bersedia menghadapinya – siapa yang tidak? Ini adalah separuh akhir Liga Juara-Juara,” kata penyerang dari Sweden, Zlatan Ibrahimovic, yang bakal berdepan dengan kelab lamanya.

Komen Ibrahimovic itu dibuat sebelum Barcelona memulakan perjalanan jauh sebelum berhenti rehat di Cannes, selatan Perancis selepas 634km, dan baki 351km dari Cannes ke Milan pagi semalam sebelum dijadualkan menjalani latihan sebelah petang.

“Kami perlu melupakan segala masalah ini dan fokus untuk separuh akhir Liga Juara,” kata perancang Xabi.

“Kami perlu hadir di Milan, bermain dengan gaya sendiri, menjaringkan gol dan pulang dengan kemenangan. Kami berpeluang untuk melangkah satu lagi final dan kami tidak mahu mensia-siakannya.”

Kedua-dua kelab itu bertemu di peringkat kumpulan di San Siro yang berkesudahan seri 0-0 sebelum Barca mencatat kemenangan 2-0 di Camp Nou.

Arjen Robben wira Bayern singkir MU
PENGURUS Bayern Munich, Louis van Gaal memuji Arjen Robben berikutan memperoleh gol berharga bagi kelab itu menyingkirkan Manchester United dan layak ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi.

Bagaimanapun, rakan sejawatnya, Alex Ferguson berang tindakan pengadil melayangkan kad merah kepada Rafael sehingga membawa punca kekalahan pasukannya dengan agregat 4-4 menerusi kelebihan gol Bayern di tempat lawan.

Gol sepakan “roket” Robben pada separuh masa kedua menjadikan kedudukan 3-2 kepada United dan itu sudah mencukupi bagi meletak Bayern melangkah ke separuh akhir bersama Inter Milan, Barcelona dan Lyon.

“Gol Robben itu amat mengagumkan,” kata van Gaal.

“Tidak mudah bermain dengan 10 orang kerana kami berdepan pasukan yang hebat,” kata Ferguson.

Ferguson juga menyalahi Bayern kerana menjadikan pemain pertahanan, Rafael sebagai ‘mangsa’ sehingga United terpaksa bermain 10 pemain.

“Kalau tidak kerana kad merah itu, Bayern tidak mampu ke separuh akhir,” katanya.

Lyon iringi Inter Milan, Barcelona, Bayern Munich
PENDAHULU liga Perancis, Olympique Lyon mencatat sejarah apabila layak ke separuh akhir dengan menyingkirkan musuh terdekat, Bordeaux meskipun tewas 1-0 pada perlawanan kedua suku akhir di tempat lawan, awal pagi tadi.

Lyon layak dengan keputusan agregat 3-2 selepas menang 3-1 di Lyon pada perlawanan pertama suku akhir, sebelum ini.

Pada perlawanan pagi tadi, Bordeaux yang menjadi juara liga Perancis musim lalu, gagal mencari lebih banyak gol untuk mengatasi defisit dua gol sebelum ini.

Gol tunggal Bordeaux hanya memperoleh menerusi penyerang antarabangsa Magribi, Marouane Chamakh pada minit ke-45 sehinggalah wisel tamat penamat.

Bagaimanapun kemenangan 1-0 itu tidak memberi sebarang makna, sebaliknya Lyon layak menyertai tiga pasukan lain ke separuh akhir bersama Inter Milan, Barcelona dan Bayern Munich.