Berita Bola Terkini » Liga Serie A Itali

Inter Milan ambil alih teraju Serie A
INTER Milan pimpinan Jose Mourinho bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan pasukan yang diancam bahaya, Atalanta 3-1 di San Siro kelmarin, melonjak mengatasi AS Roma di tangga teratas Serie A.

Gol daripada Diego Milito, pemain tengah Kenya, McDonald Mariga dan Cristian Chivu menyaksikan barisan juara itu meraih tiga mata penting dalam persaingan liga selepas pembukaan Simone Tiribocchi buat pelawat.

Inter kini mendahului Roma dengan dua mata sungguh pun kelab berpangkalan ibu kota itu boleh kembali ke puncak jika mereka menewaskan Sampdoria.

Bagi Mariga, golnya adalah saat kebanggaan, bukan saya kerana jaringannya hadir pada hari yang penting buat dirinya.

“Hari ini adalah kemenangan penting dan saya gembira untuk menjadi sebahagian daripada kumpulan ini,” kata Mariga selepas membuat penampilan mengejut buat nerazzurri.

Beckham, Ronaldinho bantu Milan belasah Genoa
DAVID Beckham membuat penampilan semula bersama AC Milan dengan penuh bergaya apabila aksinya selama 76 minit membantu kemenangan besar 5-2 ke atas Genoa sekali gus kelabnya melonjak ke tangga kedua Serie A awal pagi semalam.

Dipinjamkan semula ke Milan untuk tahun kedua bagi mengekalkan kecergasan demi mendapat tempat dalam skuad England di Piala Dunia, Beckham yang bermain di bahagian serangan bersama Marco Borriello dan Ronaldinho hampir menyumbat gol pada separuh masa pertama, namun percubaan jarak jauhnya singgah di tepi jaring.

Jaringan penalti Ronaldinho dan Klaas Jan Huntelaar, dua gol sumbangan Borriello serta percubaan Thiago Silva menghadiahkan kemenangan buat Milan manakala Giuseppe Sculli dan David Suazo menghasilkan gol untuk Genoa.

Inter Milan kekal di tangga teratas kumpulan hasil jaringan awal Mario Balotelli untuk merakam kemenangan 1-0 ke atas Chievo Verona.

“Saya gembira dengan persembahan hari ini,” kata jurulatih Inter, Jose Mourinho. “Ini adalah pasukan yang boleh memberikan masalah kepada pihak lawan. Prestasi ini membuatkan saya tersenyum.

“Kami mempunyai pemain yang mempamerkan personaliti dan karakter. Kami juga memiliki pemain lain yang menjalankan tugas dengan baik.” Inter mendahului dengan 42 mata, lapan mata mengatasi Milan. Juventus di tangga ketiga dengan 33 mata selepas mengalahkan Parma 2-1.

Luca Toni kembali beraksi dalam saingan bola sepak Itali selepas lebih dua tahun berkelana di Jerman, namun hanya bermain 10 minit terakhir ketika AS Roma seri 2-2 dengan Cagliari.

“Ia sesuatu yang memalukan kerana kami menguasai Cagliari untuk keseluruhan permainan kecuali lapan minit terakhir,” kata jurulatih Roma Caludio Ranieri.

AC Milan lonjak tangga ketiga Serie A
AC Milan mencatat kemenangan 2-1 ke atas Lazio di gelanggang lawan dalam aksi Liga Serie A Itali malam ini menerusi jaringan Thiago pada minit ke-21 dan Alexandre Pato (m-35). Gol tunggal Lazio pula diperoleh menerusi jaringan sendiri Thiago pada minit ke-64.

Kemenangan meletakkan Milan di tangga ketiga Serie A, memintas kedudukan Sampdoria yang tunduk 0-2 kepada Cagliari dalam satu lagi aksi berlangsung malam ini. (lihat carta Liga Serie A)

Dalam perlawanan sehari lebih awal semalam, Juventus mengukuhkan kedudukan di tangga kedua liga selepas membelasah Atalanta 5-2.

Mauro Camoranesi menyumbat dua gol pada minit ke-36 dan 37. Tiga lagi gol Juve dihasilkan menerusi Felipe Melo(m-55) Diego (m-84) dan David Trezeguet (m-87). Manakala gol tuan rumah diperoleh menerusi Valdes (m-51) dan Fabio Ceravolo (m-71).

AC Milan tewaskan AS Roma 2-1
AC MILAN akhirnya berjaya memungut tiga mata penuh selepas mengharungi empat perlawanan berturut-turut saingan Liga Serie A Itali tanpa sebarang kemenangan.

Dalam aksi di San Siro awal pagi tadi Milan bangkit dari ketinggalan satu gol untuk menewaskan AS Roma 2-1 hasil jaringan bekas pemain terbaik dunia, Ronaldinho yang turut membantu gol kedua buat rakan senegaranya, Alexandre Pato.

Milan ketinggalan seawal minit ketiga menerusi jaringan Jeremy Menez sebelum Ronaldinho menyempurnakan tendangan penalti pada minit ke-56 untuk tuan rumah menyamakan kedudukan.

Pato menjaringkan gol kemenangan tuan rumah pada minit ke-67 sekali gus mengurangkan tekanan buat jurulatih Milan, Leonardo selepas prestasi terumbang ambing dipamerkan anak buahnya pada permulaan musim ini.

Bekas juara Eropah itu hanya menang dua daripada tujuh perlawanan liga sebelum aksi menentang Roma awal pagi tadi.

Juventus seri, Inter Milan lebar penguasaan
JUARA bertahan, Inter Milan melebarkan penguasaan kepada tiga mata di persada Serie A selepas membelasah kelab kerdil, Genoa 5-0 kelmarin.

Kegembiraan anak-anak buah Jose Mourinho ini kian memuncak apabila pencabar terdekat, Juventus diikat Fiorentina 1-1 dalam satu lagi aksi di Turin.

Jaringan babak pertama daripada Esteban Cambiasso, Mario Balotelli dan Dejan Stankovic meletakkan Inter selesa 3-0 di depan sebelum rehat.

Pemain gantian, Patrick Vieira menambah gol keempat sebelum Maicon melengkapkan pertemuan yang didominasi juara Serie A tiga kali berturut-turut itu.

“Saya hanya mahu beritahu yang kami telah memenangi tiga mata yang penting. Tidak kira kami menang 5-0 atau 1-0, apa yang paling diperlukan ialah mata untuk memenangi kejuaraan ini,” kata Mourinho.

“Kamu boleh bercakap mengenai prestasi mana-mana pemain tetapi saya lebih gemar untuk bercakap tentang prestasi pasukan ini yang telah menghadiahkan kegembiraan buat penyokong kami.”

Sementara itu, Juventus dan Fiorentina gagal menggunakan peluang untuk merampas kedudukan daripada Inter apabila jaringan Juan Vargas berjaya disamakan penyerang Brazil, Amauri di Turin.

Lebih membimbangkan bagi Juventus, ini adalah perlawanan keempat dalam Serie A dan kelima berturut-turut mereka gagal mencatat kejayaan.

“Saya tidak gembira dengan situasi ini. Satu mata ini masih belum cukup, kami tidak boleh berpuas hati dengan keputusan ini,” kata jurulatih Juve, Ciro Ferrara.”

Kosmo