Berita Bola Terkini » Tottenham

Chelsea tewas, buruan mahkota EPL makin mendebarkan
TOTTENHAM Hotspur membuka pintu persaingan kejuaraan Liga Perdana Inggeris apabila menumpaskan pendahulu liga, Chelsea 2-1. dalam pertemuan penuh dramatik, awal pagi tadi.

Gol kemenangan Spurs diperoleh menerusi Jermain Defoe dan Gareth Bale manakala Chelsea menerusi Frank Lampard. Kemenangan itu menyaksikan Chelsea kini hanya dipisahkan satu mata dengan pesaing terdekat, Manchester United dengan kedua-duanya masih mempunyai tiga perlawanan berbaki.

Untuk menjadikan keadaan lebih buruk kepada pasukan pelawat, Chelsea bukan saja pulang dengan tangan kosong malah kaptennya, John Terry dibuang padang selepas mendapat dua kad kuning di White Hart Lane.

Bagaimanapun, pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti memberitahu ESPN: “Kejuaraan liga masih dalam tangan kami dan kami tidak sepatutnya bimbang.

“Kami hanya perlu memberi tumpuan kepada perlawanan seterusnya menentang Stoke.

“Kami bermain baik tetapi nyata pemain Tottenham lebih menyinar lagi,” kata pengurus dari Itali itu.

Kemenangan Tottenham itu nyata memberi penawar kepada skuad bimbingan Redknapp itu yang minggu lalu gagal melangkah ke final Piala FA selepas tewas mengejut kepada Portsmouth.

Spurs kini melonjak ke tempat keempat, meninggalkan Manchester City dengan dua mata.

“Anak buah saya melakukan keajaiban. Selepas kecewa Ahad lalu, kini kami memperoleh tiga mata berguna untuk kami beraksi di Liga Juara-Juara Eropah musim depan,” kata Redknapp.

Perebutan takhta EPL makin sengit
LIMA minggu selepas harapan memburu gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) seakan musnah ekoran kekalahan kepada Chelsea 3-0, Arsenal kini bersaing hanya dibezakan satu mata sekiranya menang pada baki satu perlawanan dalam tangan menentang Bolton.

Skuad pimpinan Arsene Wenger ketinggalan 11 mata di belakang Chelsea dan enam mata di belakang Manchester United pulih daripada kemerosotan dengan empat kemenangan dan satu seri.

Harapan hanya dibezakan satu mata di belakang pendahulu pada Rabu berkecai apabila perlawanan menentang Bolton ditunda kerana stadium diliputi salji tebal.

Tapi kini Gunners terpaksa terus menanti apabila ketinggalan dua dan empat mata di belakang United dan Chelsea dengan kelebihan satu perlawanan dalam tangan, ketika memburu kejuaraan liga yang kali terakhir dirangkul pada 2004.

Kemenangan di Emirates menentang Everton esok membolehkan mereka memberi tekanan kepada Chelsea yang berkunjung ke Hull City serta United ke Birmingham dengan misi menamatkan rekod 12 perlawanan tanpa kalah kelab yang berada di pertengahan liga itu.

“Kami tidak akan mengalah. Kami terus berjuang dan percaya dengan kekuatan kami,” kata Wenger.

Berkunjung ke Birmingham tidak menggentarkan Manchester United tapi pasukan bimbingan Alex McLeish itu mempamerkan aksi berkualiti sejak beberapa minggu berbanding juara bertahan yang tewas tiga perlawanan kepada Aston Villa dan Fulham dalam EPL selain kekalahan kepada Leeds United dalam Piala FA.

“Mereka tunjukkan kemajuan dalam liga. Anda boleh bayangkan bagaimana keadaan mereka ketika ini,” kata pengurus United, Alex Ferguson.

Perebutan tempat keempat makin sengit apabila Tottenham Hotspur berkunjung ke Anfield menentang Liverpool yang terdesak memulihkan prestasi mereka.

Tottenham 2 West Ham 0
DUA gol pada setiap babak memberikan kemenangan 2-0 buat Tottenham ketika melayani kunjungan West Ham di White Hart Lane malam tadi.

Luka Modric yang kembali membarisi kesebelasan utama Spurs selepas pulih dari kecederaan sejak Ogos lalu membuka tirai jaringan tuan rumah pada minit ke-11. Bekas penyerang West Ham, Jermain Defoe menambah gol kedua pada minit ke-81.

Kemenangan ini membolehkan Tottenham naik ke tangga keempat liga dengan 37 mata, satu mata di belakang Arsenal yang tidak beraksi semalam.