Archive for the ‘Kelab’ Category

Page 5 of 10« First...34567...10...Last »

Liverpool terpaksa kejar Piala FA

Liverpool terpaksa kejar Piala FA
RAFAEL Benitez menegaskan Piala FA kini mempunyai kepentingan lebih besar buat Liverpool ketika mereka bersaing untuk mengelakkan musim keempat berturut-turut tanpa trofi utama. Selepas keciciran jauh daripada perebutan Liga Perdana dan tersingkir daripada Liga Juara-juara, Piala FA menjadi harapan terakhir Liverpool untuk membawa pulang kejuaraan ke Anfield musim ini. Mereka berdepan kunjungan sukar pusingan ketiga di tempat lawan menentang Reading, yang bergelut dalam liga bawahan bola sepak ... Full story

Manchester United 5 Wigan 0

Manchester United 5 Wigan 0
WIGANWigan kendalian Roberto Martinez mengekang United pada peringkat awal aksi di Old Trafford sebelum Rooney mendominasi untuk United meraih kemenangan mudah dan mengecilkan jurang kepada hanya dua mata dengan pendahulu, Chelsea. Rooney memecah kebuntuan dengan penyudah cantik - gol ke-15nya musim ini - dan penyerang England itu percaya dia mampu mengatasi rekod dicatat pada musim 2006-2007 apabila menjaringkan 23 gol untuk United. Gol lain United adalah sumbangan ... Full story

Portsmouth 1 Arsenal 4

Portsmouth 1 Arsenal 4
EDUARDO, Samir Nasri, Aaron Ramsey dan Alex Song meletakkan diri pada senarai penjaring buat Gunners dalam perlawanan yang berlangsung di Fratton Park, untuk meninggalkan Arsenal menghampiri empat mata dengan pendahulu, Chelsea dengan satu perlawanan dalam tangan. Namun, Wenger mengakui dia kekurangan ramuan di bahagian serangan dengan Nicklas Bendtner dan Robin van Persie cedera manakala Theo Walcott bergelut untuk kembali cergas ke tahap sepenuhnya. Wenger berkata: “Saya masih ... Full story

Aston Villa 0 Liverpool 1

Aston Villa 0 Liverpool 1
LIVERPOOL bernasib baik apabila memperoleh gol kemenangan menerusi jaringan Fernando Torres pada minit-minit akhir perlawanan. Ketua pasukan Liverpool, Steven Gerrard menabik Fernando Torres selaku 'penyerang terbaik dunia' selepas peledak Sepanyol itu menjaringkan gol tunggal untuk menewaskan Aston Villa 1-0 di gelanggang lawan. Jaringan pada minit ke-93 itu adalah juga gol ke-50 bagi penyerang lincah itu yang dianggap pemain Liverpool terpantas untuk mengejar angka berkenaan selepas hanya memerlukan ... Full story

Chelsea catat kemenangan sukar ke atas Fulham

Chelsea catat kemenangan sukar ke atas Fulham
DUA jaringan dalam tempoh dua minit pada lewat perlawanan memastikan Chelsea mencipta kemenangan 2-1 ke atas Fulham dalam aksi Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi. Kemenangan itu menyaksikan Chelsea unggul di puncak liga seterusnya kembali menjarakkan jurang kepada lima mata dengan pencabar terdekatnya, Manchester United yang akan beraksi menentang Wigan Athletic awal pagi Khamis ini. Pada aksi di Stamford Bridge itu, Zoltan Gera terlebih dahulu meletakkan Fulham ... Full story

Chelsea 2 Fulham 1

Chelsea 2 Fulham 1
CHELSEA terpaksa bangkit dari ketinggalan satu gol sebelum meraih kemenangan sukar 2-1 ke atas Fulham di Stamford Bridge, awal pagi ini. Penonton di Stamford Bridge tergamam seketika apabila Zoltan Gera menyumbat gol pembukaan hanya selepas tiga minit perlawanan berlangsung dan tampak selesa sehingga sejam perlawanan. Tembok kebal Fulham akhirnya runtuh dengan dua gol berturut-turut dalam tempoh dua minit. Satu menerusi jaringan Didier Drogba minit ke-73 dan satu ... Full story

Tottenham 2 West Ham 0

Tottenham 2 West Ham 0
DUA gol pada setiap babak memberikan kemenangan 2-0 buat Tottenham ketika melayani kunjungan West Ham di White Hart Lane malam tadi. Luka Modric yang kembali membarisi kesebelasan utama Spurs selepas pulih dari kecederaan sejak Ogos lalu membuka tirai jaringan tuan rumah pada minit ke-11. Bekas penyerang West Ham, Jermain Defoe menambah gol kedua pada minit ke-81. Kemenangan ini membolehkan Tottenham naik ke tangga keempat liga dengan 37 ... Full story

Hull City 1 Manchester United 3

Hull City 1 Manchester United 3
MANCHESTER United berjaya mengecilkan jurang dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Chelsea kepada hanya dua mata selepas menundukkan Hull City 3-1 di kandang lawan malam tadi. Penyerang England, Wayne Rooney meletakkan United di depan pada minit ke-45, tetapi Hull menyamakan kedudukan menerusi penalti Craig Fagan di minit ke-59. Kesilapan pertahanan tuan rumah, Andy Dawson menyumbat gol ke gawang sendiri di minit ke-73 kembali meletakkan United di depan, sebelum ... Full story

Arsenal 3 Aston Villa 0

Arsenal 3 Aston Villa 0
ARSENAL terus beraksi garang apabila membenam antara pasukan pencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini, Aston Villa 3-0 di Stadium Emirates malam tadi. Cesc Fabregas hadir selaku pemain gantian untuk menyumbat dua gol membantu The Gunners menewaskan Aston Villa. Kejayaan itu menyaksikan Arsenal melonjak sementara ke tangga kedua buat beberapa jam sahaja dan kembali pada kedudukan asal (tempat ketiga) selepas juara bertahan, Manchester United menewaskan Hull ... Full story

Liverpool 2 Wolverhampton 0

Liverpool 2 Wolverhampton 0
LIVERPOOL memperoleh kemenangan yang dicari-cari selepas berjaya mengatasi Wolverhampton 2-0 di Anfield, awal pagi tadi. Di sebalik prestasi semakin merudum sejak kebelakangan ini, jaringan ketua pasukan, Steven Gerrard minit ke-62 dan Yossi Benayoun lapan minit kemudian memulihkan semula reputasi The Reds sebagai pencabar Liga Perdana Inggeris. Bagaimanapun kemenangan berkenaan hadir ketika lawan bermain dengan 10 orang selepas pertahanan Wolves, Stephen Ward dilayangkan kad merah pada minit ke-53. Full story
Page 5 of 10« First...34567...10...Last »
Copyright © 2012 Berita Bola Terkini. All rights reserved. Powered by Sokernet Team: Sokernet.com | Liga Malaysia | Berita EPL and Piala Dunia 2010.