Archive for the ‘Kelab’ Category

Page 10 of 10« First...678910

Atletico gusar hadapi serangan Chelsea

Atletico gusar hadapi serangan Chelsea
ATLETICO Madrid akan berkunjung ke Chelsea dalam Liga Juara-Juara berbekalkan semangat yang luntur selepas tewas 0-3 kepada Osasuna dalam Liga Sepanyol, kelmarin. Tewas kepada Osasuna, kelmarin menyerlahkan rekod buruk pertahanan Atletico yang bolos 17 gol daripada tujuh perlawanan, mengukuhkan lagi andaian bahawa lawatan ke Stamford Bridge selepas ini ibarat menyerah ‘nyawa’. Jurulatih Atletico, Abel ... Full story

Ancelotti tepis keraguan terhadap Chelsea

Ancelotti tepis keraguan terhadap Chelsea
BOS Chelsea, Carlo Ancelotti berjanji untuk menepis kebimbangan terhadap kemampuan pasukan kendaliannya, sekali gus menangkis ancaman tekanan yang diberikan kepadanya setelah The Blues mengalami kekalahan kali kedua di gelanggang lawan. Kekalahan 1-2 kepada Aston Villa Sabtu lepas dan ditambah dengan kemenangan Manchester United ke atas Bolton, memaksa Chelsea melepaskan kedudukan sebagai pendahulu liga. (Lihat Carta Liga Perdana Inggeris)... Full story

Wenger bidas aksi bek Birmingham

Wenger bidas aksi bek Birmingham
TERJAHAN keras Liam Ridgewell ke atas pemain sayap kiri Arsenal, Theo Walcott dalam aksi Liga Perdana Inggeris Sabtu lepas menaikkan kemarahan pengurusnya, Arsene Wenger yang menyelar tindakan pemain pertahanan Birmingham City itu. Walcott diasak teruk oleh Ridgewell pada separuh masa pertama ketika membantu Gunners mencatat kemenangan 3-1 ke atas Birmingham di Stadium Emirates.... Full story

Chelsea tewas angkara kealpaan benteng

Chelsea tewas angkara kealpaan benteng
PENGURUS Chelsea, Carlo Ancelotti mula panas punggung apabila kelab bimbingannya mengalami kekalahan dua perlawanan berturut-turut di gelanggang lawan, sekali gus memaksa The Blues melepaskan kembali cengkaman di persada Liga Perdana Inggeris kepada musuh ketat, Manchester United. Tanpa berselindung Ancelotti mengkritik sikap lewa pemain-pemainnya selepas dua kesilapan mudah di dalam kotak penalti membawa padah buat Chelsea dalam aksi menentang Aston Villa Sabtu lepas (17 Oktober). Chelsea mencatat kekalahan ... Full story

Juventus seri, Inter Milan lebar penguasaan

Juventus seri, Inter Milan lebar penguasaan
JUARA bertahan, Inter Milan melebarkan penguasaan kepada tiga mata di persada Serie A selepas membelasah kelab kerdil, Genoa 5-0 kelmarin. Kegembiraan anak-anak buah Jose Mourinho ini kian memuncak apabila pencabar terdekat, Juventus diikat Fiorentina 1-1 dalam satu lagi aksi di Turin. ... Full story

Liverpool tewas gara-gara bola pantai

Liverpool tewas gara-gara bola pantai
TIDAK sampai separuh musim, Liverpool sudah tewas empat kali, kali ini di tangan Sunderland. Namun perdebatan hangat dalam perlawanan menentang Sunderland ialah gol kemenangan yang dijaringkan oleh Darren Bent itu yang sedikit kontoversi gara-gara bola pantai yang dibaling ke dalam padang. Reputasi buruk sudah pasti ditanggung seorang penonton muda yang bertanggungjawab menghukum Liverpool kepada kekalahan tersebut.... Full story

Wigan hampakan Manchester City

Wigan hampakan Manchester City
MANCHESTER City terlepas peluang untuk melonjakkan diri ke dalam kelompok empat pasukan teratas apabila hanya mampu seri 1-1 dengan Wigan Athletic, dalam aksi Liga Perdana Inggeris malam tadi. Beraksi di tempat lawan, City bagaimana pun lebih dulu ketinggalan menerusi jaringan Charles N’Zogbia pada penghujung babak pertama.... Full story

Messi bantu Barcelona atasi Dynamo Kiev

Messi bantu Barcelona atasi Dynamo Kiev
(30 Sept 2009) - LIONEL Messi dan Pedro Rodriguez meledak gol untuk membantu penyandang juara, Barcelona mengalahkan Dynamo Kiev 2-0 dan naik ke tangga teratas Kumpulan F, Liga Juara-Juara, semalam. Messi menjaringkan gol pada minit ke-26 selepas menerima hantaran Andres Iniesta dan memintas dari sebelah kanan sebelum melakukan rembatan rendah yang gagal dihalang oleh penjaga gol Kiev, Olexandr Shovkovskiy.... Full story

Fiorentina kejutkan Liverpool 2-0

Fiorentina kejutkan Liverpool 2-0
(30 Sept 2009) - PENYERANG remaja Fiorentina, Stevan Jovetic menyumbat dua gol untuk mengejutkan Liverpool 2-0 dalam saingan Liga Juara-Juara, semalam yang turut menyaksikan juara Eropah lima kali itu gagal mencipta walau satu peluang dalam babak pertama perlawanan. Jovetic, 19, pantas menyambut hantaran Cristiano Zanetti sebelum bijak memperdayakan Pepe Reina pada minit ke-28 manakala gol keduanya hadir sembilan minit kemudiannya.... Full story

Arsenal kerja keras atasi Olympiakos

Arsenal kerja keras atasi Olympiakos
(30 Sept 2009) - PENJAGA gol Greece yang membantu negara itu menjulang Piala Eropah (EURO 2004), Antonis Nikopolidis beraksi cemerlang menjaga benteng Olympiakos namun ia tidak cukup untuk menghalang Arsenal menang 2-0 dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah. Robin van Persie dan Andrei Arshavin menjaringkan gol pada minit terakhir perlawanan bagi membolehkan wakil England itu menang 2-0 dalam saingan dalam Kumpulan H. Nikopolidis, benteng terakhir pertahanan Greece yang ... Full story
Page 10 of 10« First...678910
Copyright © 2012 Berita Bola Terkini. All rights reserved. Powered by Sokernet Team: Sokernet.com | Liga Malaysia | Berita EPL and Piala Dunia 2010.