Berita Bola Terkini » Olympiakos

Arsenal kerja keras atasi Olympiakos
(30 Sept 2009) – PENJAGA gol Greece yang membantu negara itu menjulang Piala Eropah (EURO 2004), Antonis Nikopolidis beraksi cemerlang menjaga benteng Olympiakos namun ia tidak cukup untuk menghalang Arsenal menang 2-0 dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah.

Robin van Persie dan Andrei Arshavin menjaringkan gol pada minit terakhir perlawanan bagi membolehkan wakil England itu menang 2-0 dalam saingan dalam Kumpulan H.

Nikopolidis, benteng terakhir pertahanan Greece yang cemerlang pada Kejohanan EURO 2004, menyelamatkan beberapa percubaan dan ada ketikanya dia kelihatan seolah-olah beraksi secara solo menentang Arsenal apabila menahan gawang daripada dibolosi.

Van Persie pula terpaksa menghabiskan masa hampir sepanjang perlawanan bergelut dengan prestasi sendiri, namun akhirnya berjaya menjaringkan gol pada minit ke-87.

Pemain tonggak Rusia, Arshavin turut meletakan nama sebagai penjaring menerusi tolakan mudah pada posisi hampir ofsaid, empat minit sebelum permainan berakhir untuk Arsenal kekal di tangga teratas kumpulan dengan enam mata.

Ia tugas sukar buat Nikopolidis, namun juara Greece, Olympiakos yang dilatih oleh pemain hebat Brazil, Zico, mungkin ada rungutan ketika pasukannya diasak di sepanjang perlawanan, namun akur dengan kekalahan kesembilan daripada sembilan perlawanan di England.

Setelah melihat pasukannya gagal menandingi pasukan lawan, dia mengalihkan tumpuan terhadap pemilihan pegawai perlawanan oleh UEFA.

“Saya fikir mereka (UEFA) kurang sensitif. Pengadil perlawanan dari Perancis, dua pembantunya dan pegawai keempat juga dari Perancis, Arsenal mempunyai jurulatih Perancis dan 10 pemain Perancis,” kata Zico.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger memuji ketangkasan Nikopolidis namun katanya, ia gagal menghalang pasukannya daripada menjaringkan gol.

“Dia beraksi pintar dalam perlawanan ini, sebab itu dia masih beraksi di peringkat tinggi ketika ini. Jadi dia adalah wira di Greece.

“Namun, kami beraksi hebat di babak pertama tetapi malangnya kami tidak mengambil kesempatan daripadanya dan sukar mengekalkan rentak dan kualiti. Apa pun, saya sentiasa yakin kami akan menjaringkan gol.

“Keseluruhannya kami menguasai perlawanan ke atas mereka sejak minit pertama hingga ke akhir, namun mereka bertahan dengan baik dan memberikan segala-galanya,” kata Wenger.

Arsenal sepatutnya mendahului dengan tiga gol dalam tempoh 25 minit.

Van Persie memulakan asakan ke atas Nikopolidis menerusi rembatan rendah hasil gerakan Gael Clichy.

Cesc Fabregas kemudiannya menggegar palang menerusi sepakan kencang kaki kiri sebelum tindakan susulan oleh Tomas Rosicky dinafikan oleh penjaga gol.

Nikopolidis kemudiannya mempamer ketangkasan apabila menepis tujahan rendah Arshavin.

Saat cemas Arsenal di babak kedua ketika mahu melengkapkan penguasaan, menyaksikan pada minit ke-35, Vassilis Torosidis, penjaring gol untuk pasukannya ketika menang 1-0 ke atas Alkmaar pada perlawanan pembukaan dua minggu lalu, menanduk terlalu jauh kepada Vito Mannone yang tidak dikawal.

Tandukan Olof Mellberg hasil sepakan sudut pertama Olympiakos pada perlawanan tidak lama selepas rehat mencetus sedikit keadaan cemas pertahanan Arsenal, namun keadaan kembali terkawal tidak lama kemudian apabila Nikopolidis sekali lagi menafikan percubaan Van Persie.

Pertahanan tengah Arsenal, William Gallas turut sama melancarkan serangan tetapi percubaannya juga dinafikan oleh Nikopolidis, begitu juga Abou Diaby.

Ketika masa terus berjalan dan Olympiakos jarang mengasak, pemain gantian Eduardo dengan kombinasi gerakan bersama Fabregas, membuka peluang gol untuk Van Persie yang melegakan sebahagian besar penyokong di Stadium Emirates. Ia merupakan usaha gol ke-20 Arsenal.