Berita Bola Terkini » Manchester United

Chelsea tewas, buruan mahkota EPL makin mendebarkan
TOTTENHAM Hotspur membuka pintu persaingan kejuaraan Liga Perdana Inggeris apabila menumpaskan pendahulu liga, Chelsea 2-1. dalam pertemuan penuh dramatik, awal pagi tadi.

Gol kemenangan Spurs diperoleh menerusi Jermain Defoe dan Gareth Bale manakala Chelsea menerusi Frank Lampard. Kemenangan itu menyaksikan Chelsea kini hanya dipisahkan satu mata dengan pesaing terdekat, Manchester United dengan kedua-duanya masih mempunyai tiga perlawanan berbaki.

Untuk menjadikan keadaan lebih buruk kepada pasukan pelawat, Chelsea bukan saja pulang dengan tangan kosong malah kaptennya, John Terry dibuang padang selepas mendapat dua kad kuning di White Hart Lane.

Bagaimanapun, pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti memberitahu ESPN: “Kejuaraan liga masih dalam tangan kami dan kami tidak sepatutnya bimbang.

“Kami hanya perlu memberi tumpuan kepada perlawanan seterusnya menentang Stoke.

“Kami bermain baik tetapi nyata pemain Tottenham lebih menyinar lagi,” kata pengurus dari Itali itu.

Kemenangan Tottenham itu nyata memberi penawar kepada skuad bimbingan Redknapp itu yang minggu lalu gagal melangkah ke final Piala FA selepas tewas mengejut kepada Portsmouth.

Spurs kini melonjak ke tempat keempat, meninggalkan Manchester City dengan dua mata.

“Anak buah saya melakukan keajaiban. Selepas kecewa Ahad lalu, kini kami memperoleh tiga mata berguna untuk kami beraksi di Liga Juara-Juara Eropah musim depan,” kata Redknapp.

Man U hidup peluang pertahan gelaran
JARINGAN Paul Scholes pada minit ke-93 masa kecederaan menghidupkan peluang Manchester United untuk mempertahankan kejuaraan Liga Perdana England selepas menundukkan Manchester City 1-0, dalam aksi sengit malam tadi.

Pemain veteran itu menyelamatkan United menerusi tandukan cantik dari jarak 12 meter selepas menerima umpanan Patrice Evra dari sebelah kiri ketika permainan hanya tinggal 18 saat untuk ditamatkan.

Jika kemenangan membantu United untuk terus memberi tekanan kepada pendahulu, Chelsea, kekalahan City pula memberi masalah buat pasukan itu dalam usaha mencari tiket ke Liga Juara-Juara Eropah, musim depan.

Pertemuan dua jiran itu antara perlawanan paling penting dalam jadual Liga Perdana semalam kerana sebarang kekalahan yang dicatatkan salah satu pasukan akan menjejaskan matlamat mereka pada persaingan liga musim ini.

City, yang banyak bertahan di kawasan sendiri pada separuh masa pertama berjaya menafikan serangan United sepanjang 90 minit perlawanan.

Bagaimanapun anak-anak buah Alex Ferguson yang tidak berputus asa dalam mengatur asakan dan beroleh beberapa peluang terbaik pada lima minit terakhir permainan.

Peluang terbaik hadir menerusi tandukan cantik Antonio Valencia yang memerangkap pertahanan City sebelum menemui Wayne Rooney, yang merembat bola dari jarak 15 meter namun percubaannya tersasar melewati palang gol.

Pada babak pertama, Valencia turut memperoleh peluang terbaik selepas memperdaya pertahanan lawan, Wayne Bridge dan melakukan hantaran rendah, namun Ryan Giggs merembat lemah dan bola berjaya ditepis keluar penjaga gol City, Shay Given.

Edwin van Der Sar menyelamatkan percubaan terbaik City melalui sepakan percuma Carlos Tevez pada minit ke-12 selepas pemain Argentina itu dijatuhkan Darren Gibson, 25 meter dari gawang United.

Pemain lincah City, Craig Bellamy mensia-siakan peluang terbaik untuk membuka jaringan selepas menerima umpanan Tevez pada babak kedua apabila percubaannya sekadar menerjah tepi jaring United.

Manchester United tersingkir
JUARA 2008 dan finalis musim lalu, Manchester United tersingkir dari saingan Liga Juara-Juara Eropah apabila tewas kepada kelab Jerman, Bayern Munich menerusi jaringan tempat lawan pada aksi suku akhir kedua di Old Trafford.

Gol Arjen Robben pada minit ke-74 menjadi pemusnah bagi membolehkan Bayern Munich layak ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah meskipun tewas 3-2 pada perlawanan kedua suku akhir kepada Manchester United, awal pagi tadi.

Gol penyerang antarabangsa Belanda itu membolehkan Bayern mengikat kedudukan agregat 4-4 tetapi layak dengan kelebihan dua gol di tempat lawan.

United yang sebelum ini tewas pada suku akhir petama 1-2 kepada Bayern mengegarkan Stadium Old Trafford menerusi tiga jaringan pada separuh masa pertama.

Jaringan pembukaan United diperoleh seawal minit ke-3 menerusi sepakan jarak jauh Darron Gibson. Penyerang antarabangsa Portugal, Nani pula menyerlah dengan melakukan dua gol pada minit ke-7 dan 40.

Bagaimanapun, Bayern bangkit sebelum separuh masa pertama tamat menerusi jaringan Ivica Olic pada minit ke-43.

Masuk separuh masa kedua, pertahanan United, Rafael pula dilayangkan kad

merah selepas mengasari penyerang Bayren, Frank Ribery.

Berikutan ketiadaan Rafael, Alex Ferguson terpaksa mengeluarkan Wayne Rooney dan memasukkan O’Shea untuk menguatkan jentera pertahanan berikutan asakan bertubi-tubi Bayern.

Manchester bagaimanapun hampir mengukuhkan kedudukan menerusi Nani yang

bersendirian membawa bola dan hanya berdepan penjaga gol Bayern, Butt pada

minit ke-63 tetapi sepakannya sempat ditepis keluar.

Dengan kekalahan itu, bermakna tiada satu pun kelab England bersaing di peringkat separuh akhir Liga Juara Eropah yang dijadualkan pada 20-28 April nanti.

Inter Milan akan menjadi tuan rumah separuh akhir pertama menentang Barcelona pada 20 April diikuti perlawanan Bayern Munich-Lyon pada hari berikutnya.

Aksi separuh akhir kedua dijadualkan pada 27 dan 28 April 2010 dengan Barcelona dan Lyon akan menjadi tuan rumah kepada Inter Milan dan Bayer Munich.

Musim lalu Barcelona memenangi kejohanan paling berprestij kelab-kelab Eropah selepas menundukkan Manchester United 2-0 dalam aksi final yang berlangsung di Stadium Olimpik Rome, Itali.

Kedua-dua gol Barcelona masing-masing dijaringkan Samuel Eto’o pada minit ke-10 dan Lionel Messi (m-70).

Alex Ferguson tak serik kecam pengadil
GELAGAT Sir Alex Ferguson, kelmarin sekadar memberi gambaran betapa dia mungkin terjebak sekali lagi dalam masalah dengan Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) selepas kecaman terbarunya ke atas pengadil.

Pengurus Manchester United itu berang dengan keputusan Mark Clattenburg menyingkirkan pemain tengah Scotland, Darren Fletcher pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berkesudahan seri 1-1 ketika menentang Birmingham City di gelanggang lawan, kelmarin.

Ferguson baru-baru ini menjalani penggantungan dua perlawanan tepi garisan kerana membidas kecergasan pengadil, Alan Wiley, awal bulan ini dan dia mempunyai hukuman tertangguh dua perlawanan ke atas dirinya daripada FA.

Tetapi ia tidak menghalangnya daripada terbabit dalam satu lagi kritikan terhadap pengadil terbaru dalam senarainya di St Andrews. Kemenangan dalam perlawanan itu harus membolehkan United menggantikan Chelsea di tangga teratas carta liga.

Fletcher disingkirkan kerana dua kad kuning, yang kedua bagi kekasaran ke atas penjaring gol Birmingham, Cameron Jerome tiga minit sebelum tamat selepas satu lagi aksi kurang bermaya anak buah Ferguson, hanya beberapa minggu selepas diaibkan dalam Piala FA apabila kecundang 0-1 kepada kelab tangga kedua, Leeds United.

Daripada menumpukan kepada kekurangan pemainnya, Ferguson memfokuskan serangan ke atas Clattenburg, dengan berkata: “Saya melihat dia mengadili perlawanan Arsenal menentang Spurs baru-baru ini dan seseorang diperlukan disingkirkan, dan dia melakukannya. Ia begitu lembut.

“Saya tidak melihat penyingkiran yang lebih lembut daripada itu sejak sekian lama, begitu karut. Ada beberapa keputusan aneh dan menarik di luar sana. Penjaga garisan memberi ofsaid untuk gol kami dan ia gol sendiri (yang membatalkan ofsaid). Dan dia masih memberikan kesalahan ofsaid.”

Perebutan takhta EPL makin sengit
LIMA minggu selepas harapan memburu gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) seakan musnah ekoran kekalahan kepada Chelsea 3-0, Arsenal kini bersaing hanya dibezakan satu mata sekiranya menang pada baki satu perlawanan dalam tangan menentang Bolton.

Skuad pimpinan Arsene Wenger ketinggalan 11 mata di belakang Chelsea dan enam mata di belakang Manchester United pulih daripada kemerosotan dengan empat kemenangan dan satu seri.

Harapan hanya dibezakan satu mata di belakang pendahulu pada Rabu berkecai apabila perlawanan menentang Bolton ditunda kerana stadium diliputi salji tebal.

Tapi kini Gunners terpaksa terus menanti apabila ketinggalan dua dan empat mata di belakang United dan Chelsea dengan kelebihan satu perlawanan dalam tangan, ketika memburu kejuaraan liga yang kali terakhir dirangkul pada 2004.

Kemenangan di Emirates menentang Everton esok membolehkan mereka memberi tekanan kepada Chelsea yang berkunjung ke Hull City serta United ke Birmingham dengan misi menamatkan rekod 12 perlawanan tanpa kalah kelab yang berada di pertengahan liga itu.

“Kami tidak akan mengalah. Kami terus berjuang dan percaya dengan kekuatan kami,” kata Wenger.

Berkunjung ke Birmingham tidak menggentarkan Manchester United tapi pasukan bimbingan Alex McLeish itu mempamerkan aksi berkualiti sejak beberapa minggu berbanding juara bertahan yang tewas tiga perlawanan kepada Aston Villa dan Fulham dalam EPL selain kekalahan kepada Leeds United dalam Piala FA.

“Mereka tunjukkan kemajuan dalam liga. Anda boleh bayangkan bagaimana keadaan mereka ketika ini,” kata pengurus United, Alex Ferguson.

Perebutan tempat keempat makin sengit apabila Tottenham Hotspur berkunjung ke Anfield menentang Liverpool yang terdesak memulihkan prestasi mereka.

Pemain muda sandaran Ferguson saingan tahun baru
SIR Alex Ferguson melangkah ke tahun baru dan dekad baru sebagai pengurus Manchester United, dengan keyakinan masa depan kelab itu begitu cerah.

Generasi bintang barunya sudah diberi peluang untuk fasa pertama musim ini dan Ferguson berjanji akan mengekalkan dasarnya menggunakan pemain kurang berpengalaman dalam pertemuan separuh akhir pertama Piala Liga menentang Manchester City, minggu depan.

Ferguson yakin barisan bintang barunya adalah setaraf dengan pemain lain sepanjang 23 tahun dia berada di Old Trafford, kenyataan hebat jika dilihat dengan kualiti pemain muda di kelab itu.

“Saya rasa pemain muda kami beraksi dengan baik,” tegas Ferguson.

“Mereka menunjukkan peningkatan yang baik serta mendapat peluang menunjukkan kemampuan mereka,” kata Ferguson, sambil menyatakan kemenangan 5-0 ke atas Wigan, Rabu lalu, yang meletakkan juara bertahan itu hanya dua mata di belakang pendahulu, Chelsea, adalah buktinya.

“Danny Welbeck bermain baik ketika menentang Wigan, Rafael pula hebat dalam perlawanan itu dengan menunjukkan kesungguhan tinggi.

“Agak malang buat (Federico) Macheda yang cedera tetapi kita tahu kualiti yang ada padanya, dan (Gabriel) Obertan sudah menyertai pasukan ini serta mempunyai potensi yang besar sedangkan dia baru berusia 20 tahun.

“Seandainya mereka dapat mengelakkan kecederaan, saya percaya mereka mampu menjadi pemain yang hebat.

“Itulah caranya di sini. Kami sering membawa pemain muda dan saya rasa kami cukup baik dalam perkara ini,” kata Ferguson menjelang pertemuan pusingan ketiga Piala FA menentang Leeds.

Persembahan terbaru daripada bek kanan muda, Rafael menjadi tumpuan dan bersama saudara kembarnya, Fabio, Ferguson meramalkan United akan memiliki dua pertahanan Brazil, tidak lama lagi.

Manchester United 5 Wigan 0
WIGANWigan kendalian Roberto Martinez mengekang United pada peringkat awal aksi di Old Trafford sebelum Rooney mendominasi untuk United meraih kemenangan mudah dan mengecilkan jurang kepada hanya dua mata dengan pendahulu, Chelsea.

Rooney memecah kebuntuan dengan penyudah cantik – gol ke-15nya musim ini – dan penyerang England itu percaya dia mampu mengatasi rekod dicatat pada musim 2006-2007 apabila menjaringkan 23 gol untuk United.

Gol lain United adalah sumbangan Michael Carrick, Rafael Da Silva, Dimitar Berbatov dan bekas bintang Wigan, Antonio Valencia.

Manchester United:

Wayne Rooney (28)

Michael Carrick (32)

Rafael (45)

Dimitar Berbatov (50)

Antonio Valencia (75)

Hull City 1 Manchester United 3
MANCHESTER United berjaya mengecilkan jurang dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Chelsea kepada hanya dua mata selepas menundukkan Hull City 3-1 di kandang lawan malam tadi.

Penyerang England, Wayne Rooney meletakkan United di depan pada minit ke-45, tetapi Hull menyamakan kedudukan menerusi penalti Craig Fagan di minit ke-59.

Kesilapan pertahanan tuan rumah, Andy Dawson menyumbat gol ke gawang sendiri di minit ke-73 kembali meletakkan United di depan, sebelum Dimitar Berbatov melengkapkan kemenangan 3-1 pada minit ke-82.

Fulham jejas peluang MU kejar Chelsea
MANCHESTER United mengalami kekalahan kedua berturut-turut apabila tewas 3-0 kepada Fulham di gelanggang lawan, sekali gus menjejaskan peluangnya untuk merapatkan diri dengan pendahulu liga, Chelsea.

Selepas tewas kepada Aston Villa 1-0 minggu lalu, jaringan Danny Murphy pada babak pertama sebelum Bobby Zamora, Damien Duff mengukuhkan kedudukan buat tuan rumah, menyebabkan United kekal tiga mata di belakang Chelsea.

Jurang itu boleh dilebarkan kepada enam mata seandainya Chelsea menundukkan seteru setempat West Ham, hari ini.

Terdahulu, Nadir Belhadj dan Frederic Piquionne meledakkan gol dari sudut sukar ketika pasukan tercorot Liga Perdana Inggeris, Portsmouth mengaibkan Liverpool 2-0 ketika pelawat beraksi 10 pemain bagi meningkatkan lagi tekanan terhadap Rafa Benitez.

Beraksi buat kali pertama selepas tiga bulan, pemain antarabangsa Algeria, Belhadj meledakkan gol untuk Portsmouth pada minit ke-33 sebelum pemain tengah Liverpool, Javier Mascherano dibuang padang kerana mengasari Tal Ben Haim.

Piquionne menambah jaringan buat Portsmouth pada minit ke-82 untuk mengukuhkan peluang Portsmouth bagi mengelak daripada zon penyingkiran. Ini adalah kekalahan ketujuh Liverpool daripada 18 perlawanan, yang menyaksikan mereka sudah tidak lagi berupaya memburu gelaran liga.

Selepas Fernando Torres mengejutkan Portsmouth apabila cubaannya dari jarak 20 meter dinafikan palang gol, pasukan tuan rumah terus menguasai permainan dan meraih gol pendahuluan.

Penjaga gol Liverpool, Pepe Reina cemerlang menghalang cubaan Kevin-Prince Boateng tetapi cubaan Glen Johnson menanduk keluar dari kawasan bahaya, sebaliknya disambut oleh Belhadj yang menjaringkan gol selepas melakukan voli dari sudut sukar.

– Berita Harian

Fulham 3 Man United 0
FULHAM mencipta kejutan apabila membenam juara bertahan, Manchester United 3-0 di Craven Cottage dalam aksi Liga Perdana Inggeris, malam tadi.

Danny Murphy membuka tirai jaringan buat tuan rumah dari jarak 30 meter selepas merampas bola yang gagal dikawal oleh Paul Scholes pada minit ke-22. Seminit selepas babak kedua bersambung Bobby Zamora mengukuhkan kedudukan buat tuan rumah sebelum Damien Duff melengkapkan kemenangan terbesar Fulham ke atas United.

Kekalahan di tangan Fulham sekali gus menyukarkan hasrat United untuk mengejar pendahulu liga, Chelsea yang selesa di tangga teratas. Jika Chelsea menang ke atas West Ham malam esok, skuad The Blues akan meninggalkan United enam mata di belakang.

Lain-lain keputusan Manchester City mengatasi Sunderland 4-3, Tottenham menang 2-0 ke atas Blackburn dan Aston Villa menang tipis 1-0 ke atas Stoke City. Berita penuh..