Archive for the ‘Manchester United’ Category

Page 1 of 212»

Alex Ferguson tak serik kecam pengadil

Alex Ferguson tak serik kecam pengadil
GELAGAT Sir Alex Ferguson, kelmarin sekadar memberi gambaran betapa dia mungkin terjebak sekali lagi dalam masalah dengan Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) selepas kecaman terbarunya ke atas pengadil. Pengurus Manchester United itu berang dengan keputusan Mark Clattenburg menyingkirkan pemain tengah Scotland, Darren Fletcher pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berkesudahan seri 1-1 ketika menentang Birmingham City di gelanggang lawan, kelmarin. Ferguson baru-baru ini menjalani penggantungan dua ... Full story

Perebutan takhta EPL makin sengit

Perebutan takhta EPL makin sengit
LIMA minggu selepas harapan memburu gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) seakan musnah ekoran kekalahan kepada Chelsea 3-0, Arsenal kini bersaing hanya dibezakan satu mata sekiranya menang pada baki satu perlawanan dalam tangan menentang Bolton. Skuad pimpinan Arsene Wenger ketinggalan 11 mata di belakang Chelsea dan enam mata di belakang Manchester United pulih daripada kemerosotan dengan empat kemenangan dan satu seri. Harapan hanya dibezakan satu mata di belakang ... Full story

Pemain muda sandaran Ferguson saingan tahun baru

Pemain muda sandaran Ferguson saingan tahun baru
SIR Alex Ferguson melangkah ke tahun baru dan dekad baru sebagai pengurus Manchester United, dengan keyakinan masa depan kelab itu begitu cerah. Generasi bintang barunya sudah diberi peluang untuk fasa pertama musim ini dan Ferguson berjanji akan mengekalkan dasarnya menggunakan pemain kurang berpengalaman dalam pertemuan separuh akhir pertama Piala Liga menentang Manchester City, minggu depan. Ferguson yakin barisan bintang barunya adalah setaraf dengan pemain lain sepanjang 23 ... Full story

Manchester United 5 Wigan 0

Manchester United 5 Wigan 0
WIGANWigan kendalian Roberto Martinez mengekang United pada peringkat awal aksi di Old Trafford sebelum Rooney mendominasi untuk United meraih kemenangan mudah dan mengecilkan jurang kepada hanya dua mata dengan pendahulu, Chelsea. Rooney memecah kebuntuan dengan penyudah cantik - gol ke-15nya musim ini - dan penyerang England itu percaya dia mampu mengatasi rekod dicatat pada musim 2006-2007 apabila menjaringkan 23 gol untuk United. Gol lain United adalah sumbangan ... Full story

Hull City 1 Manchester United 3

Hull City 1 Manchester United 3
MANCHESTER United berjaya mengecilkan jurang dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Chelsea kepada hanya dua mata selepas menundukkan Hull City 3-1 di kandang lawan malam tadi. Penyerang England, Wayne Rooney meletakkan United di depan pada minit ke-45, tetapi Hull menyamakan kedudukan menerusi penalti Craig Fagan di minit ke-59. Kesilapan pertahanan tuan rumah, Andy Dawson menyumbat gol ke gawang sendiri di minit ke-73 kembali meletakkan United di depan, sebelum ... Full story

Fulham jejas peluang MU kejar Chelsea

Fulham jejas peluang MU kejar Chelsea
MANCHESTER United mengalami kekalahan kedua berturut-turut apabila tewas 3-0 kepada Fulham di gelanggang lawan, sekali gus menjejaskan peluangnya untuk merapatkan diri dengan pendahulu liga, Chelsea. Selepas tewas kepada Aston Villa 1-0 minggu lalu, jaringan Danny Murphy pada babak pertama sebelum Bobby Zamora, Damien Duff mengukuhkan kedudukan buat tuan rumah, menyebabkan United kekal tiga mata di belakang Chelsea. Jurang itu boleh dilebarkan kepada enam mata seandainya Chelsea menundukkan ... Full story

Fulham 3 Man United 0

Fulham 3 Man United 0
FULHAM mencipta kejutan apabila membenam juara bertahan, Manchester United 3-0 di Craven Cottage dalam aksi Liga Perdana Inggeris, malam tadi. Danny Murphy membuka tirai jaringan buat tuan rumah dari jarak 30 meter selepas merampas bola yang gagal dikawal oleh Paul Scholes pada minit ke-22. Seminit selepas babak kedua bersambung Bobby Zamora mengukuhkan kedudukan buat tuan rumah sebelum Damien Duff melengkapkan kemenangan terbesar Fulham ke atas United. Kekalahan ... Full story

MU baham Wolves, kongsi kedudukan dengan Chelsea

MU baham Wolves, kongsi kedudukan dengan Chelsea
MANCHESTER United menewaskan Wolverhampton Wanderers 3-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, awal pagi tadi, sekali gus berkongsi mata dengan pendahulu liga, Chelsea. (Lihat Carta EPL Terkini) Bagaimanapun, Chelsea masih menduduki tempat teratas liga kerana perbezaan jaringan gol dan mempunyai kelebihan satu perlawanan apabila bertemu Portsmouth, awal pagi esok. United yang ditewaskan Aston Villa hujung ... Full story

Ferguson berang keputusan pengadil Chelsea-Man U

Ferguson berang keputusan pengadil Chelsea-Man U
PENGURUS Manchester United, Sir Alex Ferguson masih tidak serik untuk mengkritik pengadil, kali ini Martin Atkinson yang mengadili perlawanan Chelsea-United di Stamford Bridge awal pagi tadi pula menjadi sasaran kemarahannya. Ferguson mempertikai beberapa keputusan Atkinson dalam perlawanan itu, termasuk kekasaran Darren Fletcher ke atas Ashley Cole yang membawa kepada gol kemenangan Chelsea, juga jaringan tunggal perlawanan  pada minit ke-76.... Full story

Tandukan John Terry kecewakan United

Tandukan John Terry kecewakan United
JUARA bertahan, Manchester United kini ketinggalan lima mata di belakang Chelsea selepas tewas 0-1 di tangan skuad bimbingan Carlo Ancelotti itu dalam aksi Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi. Ketua pasukan The Blues, John Terry menanduk masuk untuk gol tunggal perlawanan selepas menerima bola sepakan percuma Frank Lampard pada minit ke-76, memastikan kemenangan berharga ke atas musuh ketat itu yang kini jatuh ke tangga ketiga selepas ... Full story
Page 1 of 212»
Copyright © 2010 Berita Bola Terkini. All rights reserved.
Powered by Sokernet.com, Berita Bola Terkini and Info Bola Sepak Teams.