Berita Bola Terkini » Manchester City

Man U hidup peluang pertahan gelaran
JARINGAN Paul Scholes pada minit ke-93 masa kecederaan menghidupkan peluang Manchester United untuk mempertahankan kejuaraan Liga Perdana England selepas menundukkan Manchester City 1-0, dalam aksi sengit malam tadi.

Pemain veteran itu menyelamatkan United menerusi tandukan cantik dari jarak 12 meter selepas menerima umpanan Patrice Evra dari sebelah kiri ketika permainan hanya tinggal 18 saat untuk ditamatkan.

Jika kemenangan membantu United untuk terus memberi tekanan kepada pendahulu, Chelsea, kekalahan City pula memberi masalah buat pasukan itu dalam usaha mencari tiket ke Liga Juara-Juara Eropah, musim depan.

Pertemuan dua jiran itu antara perlawanan paling penting dalam jadual Liga Perdana semalam kerana sebarang kekalahan yang dicatatkan salah satu pasukan akan menjejaskan matlamat mereka pada persaingan liga musim ini.

City, yang banyak bertahan di kawasan sendiri pada separuh masa pertama berjaya menafikan serangan United sepanjang 90 minit perlawanan.

Bagaimanapun anak-anak buah Alex Ferguson yang tidak berputus asa dalam mengatur asakan dan beroleh beberapa peluang terbaik pada lima minit terakhir permainan.

Peluang terbaik hadir menerusi tandukan cantik Antonio Valencia yang memerangkap pertahanan City sebelum menemui Wayne Rooney, yang merembat bola dari jarak 15 meter namun percubaannya tersasar melewati palang gol.

Pada babak pertama, Valencia turut memperoleh peluang terbaik selepas memperdaya pertahanan lawan, Wayne Bridge dan melakukan hantaran rendah, namun Ryan Giggs merembat lemah dan bola berjaya ditepis keluar penjaga gol City, Shay Given.

Edwin van Der Sar menyelamatkan percubaan terbaik City melalui sepakan percuma Carlos Tevez pada minit ke-12 selepas pemain Argentina itu dijatuhkan Darren Gibson, 25 meter dari gawang United.

Pemain lincah City, Craig Bellamy mensia-siakan peluang terbaik untuk membuka jaringan selepas menerima umpanan Tevez pada babak kedua apabila percubaannya sekadar menerjah tepi jaring United.

Patrick Vieira sertai Manchester City
PATRICK Vieira mengesahkan dia meninggalkan Inter Milan untuk menyertai Manchester City dalam memastikan dirinya sentiasa berada dalam kesebelasan utama bagi mengelak tercicir daripada skuad kebangsaan Perancis ke Piala Dunia.

Vieira, yang kerjaya bola sepaknya sering diiringi kecederaan mencatat penampilan antarabangsa ke-107 ketika Perancis menentang Nigeria pada perlawanan persahabatan Ogos lalu, tetapi penampilan rasmi terakhir bersama skuad kebangsaan itu ialah pada September 2007 dalam perlawanan kelayakan Piala Eropah menentang Scotland.

“Saya sudah letakkan sasaran peribadi mahu beraksi di Piala Dunia,” kata pemain berusia 33 tahun yang juga bekas ketua pasukan Perancis kepada saluran televisyen Eurosport.

“Yang penting bagi saya ialah ke Manchester City dan buktikan kepada jurulatih (Roberto Mancini) bahawa saya masih pemain sama seperti ketika dia menjadi jurulatih di Inter,” katanya.

“Selepas setahun di Turin dan tiga setengah tahun di Milan, semuanya sudah berakhir. Untuk ke Piala Dunia, saya perlu bermain dan tidak boleh capai matlamat jika bersama Inter yang tidak meletakkan saya sebagai pilihan pertama.”

Vieira yang berada dalam skuad kegemilangan Perancis pada Piala Dunia 1998 dan Euro 2000, pernah menang gelaran EPL dan tiga Piala FA dalam sembilan musim bersama Arsenal sebelum berpindah ke Juventus pada 2005 dan ke Milan setahun selepas itu.

Dia juga menang empat gelaran Serie A bersama Inter termasuk dua pada 2007 dan 2008 di bawah bimbingan Roberto Mancini yang dilantik sebagai pengurus baru Manchester City bulan lalu.

Manchester City 2 Stoke City 0
MANCHESTER City menghadiahkan kemenangan sulung buat pengurus barunya, Roberto Mancini selepas menang 2-0 ke atas Stoke City di halaman sendiri dalam aksi Liga Perdana Inggeris lewat malam tadi.

Bekas pengurus City, Mark Hughes dipecat minggu lalu selepas City mencatat kemenangan 4-3 ke atas Sunderland dan digantikan dengan Mancini, bekas pengurus Inter Milan.

Kedua-dua gol City dijaringkan pada babak pertama menerusi Martin Petrov pada minit ke-28 dan Carlos Tevez minit ke-45.

City kekal di tangga keenam liga dengan 32 mata, namun kemenangan berkenaan sekurang-kurangnya memberi harapan kepada pasukan itu untuk bersaing dalam kelompok empat teratas liga bagi meraih slot ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Mancini ikat kontrak 3 tahun bersama City
MANCHESTER City telah melantik Roberto Mancini sebagai pengurus baru mereka bagi menggantikan Mark Hughes yang telah dipecat kelmarin. Bekas jurulatih Inter Milan itu menandatangani kontrak selama tiga tahun setengah di Eastlands.

Mancini, 45, telah memenangi tiga gelaran Serie A ketika membimbing Inter selama empat tahun sebelum Jose Mourinho menggantikan tempatnya tahun lepas.

Hughes mengucapkan selamat tinggal kepada peminat setianya di Eastlands biarpun City menang 4-3 ke atas Sunderland kelmarin. Di bawah bimbingannya, City telah kalah dua kali dalam saingan Liga Perdana England musim ini, namun pengerusi kelab, Khaldoon Al Mubarak sudah mula bosan dengan prestasi mereka yang tidak menentu.

Al Mubarak berkata: “Roberto adalah seorang pengurus yang berpengalaman dengan rekod pencapaian menjuarai beberapa trofi dan gelaran. Pengalaman dan pencapaiannya sudah cukup untuk membuktikan kemampuannya.

“Apa yang paling penting ialah Roberto percaya dengan potensi yang dimiliki Manchester City untuk mencapai kejayaan di peringkat tertinggi dan juga kemampuannya untuk merealisasikannya. Harapan saya ialah peminat setia kami akan menyambut kedatangan Roberto ke kelab ini.”

Hughes membawa City mengumpul 29 mata pada kempen musim ini meskipun membelanjakan lebih £100 juta (RM555.5 juta) membawa pemain seperti Carlos Tevez, Emmanuel Adebayor dan Gareth Barry musim lepas.

Mark Hughes dipecat, Roberto Mancini pengurus baru Manchester City
MARK Hughes dipecat sebagai Pengurus Manchester City semalam dan tempatnya diganti bekas jurulatih Inter Milan, Roberto Mancini, menurut pengumuman yang dibuat kelab itu awal pagi tadi.

Walaupun Manchester City hanya tewas dua kali sepanjang musim yang masih berlangsung ketika ini dan menang 4-3 dalam perlawanan menentang Sunderland pagi tadi, pemilik kelab daripada Abu Dhabi, Sheikh Mansour masih tidak berpuas hati dengan pencapaian Hughes.

Usaha Hughes untuk menjulang Manchester City tahun ini dlihat lebih sukar selepas tewas 3-0 kepada Tottenham Hotspurs Rabu lalu, di sebalik pelaburan melebihi 200 juta pound bagi membawa masuk beberapa pemain baru.

Pengerusi kelab itu, Khaldoon Al Mubarak, dalam kenyataannya berkata, keputusan melepaskan Hughes dibuat selepas hanya dua kemenangan dicatatkan daripada 11 perlawanan liga dan ia jelas tidak menepati sasaran yang sudah dipersetujui dan ditetapkan.

“Sheikh Mansour dan ahli lembaga pengarah merasakan tiada bukti jelas situasi itu akan berubah. Ia adalah satu pengumuman yang sukar memandangkan pelaburan peribadi yang dibuat sepanjang 15 bulan lalu. Kami hendak merakamkan penghargaan kepada Mark Hughes dan semoga beliau berjaya di masa depan,” katanya.

<object width="575" height="455"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/S2U9dCfn6E4&hl=en_US&fs=1&rel=0&color1=0x006699&color2=0x54abd6&border=1"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/S2U9dCfn6E4&hl=en_US&fs=1&rel=0&color1=0x006699&color2=0x54abd6&border=1" type="application/x-shockwave-flash" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="575" height="455"></embed></object>

Burnley bangkit ikat Manchester City
MANCHESTER City dikerah untuk terikat 3-3 dengan Burnley pada saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium City, awal pagi tadi dengan menyaksikan pasukan pelawat memperoleh gol penyamaan tiga minit sebelum tamat permainan.

Tottenham Hotspur yang sebelum ini tewas dua perlawanan kepada Aston Villa dan Bolton Wanderas, pula melonjak ke tangga keempat selepas menewaskan Sunderland 2-0. Portsmouth pula kekal di tempat tercorot liga selepas tewas kepada Blakburn Rovers 3-1.

Sementara itu, City hampir mampu memperoleh mata penuh selepas Shaun Wright-Phillips, Kolo Toure dan Craig Bellamy merobek gol Burnley. Sebelum itu, pasukan pelawat berkenaan berjaya mendahului 2-0 sebelum City menyamakan kedudukan dan mendalui 3-2 menerusi jaringan Bellamy.

Namun, gol lewat Kevin McDonald berjaya membawa pulang kelabnya satu mata, iaitu mata pertama Burnley di tempat lawan musim ini.

“Tidak adil untuk saya berkata bahawa saya kecewa dengan persembahan anak buah saya pada separuh masa pertama. Mereka bangkit dan berusaha sepenuhnya sehingga satu masa kita mendahului,” kata Pengurus Manchester City, Mark Hughes.

City kini di tangga keenam dengan 20 mata, manakala Villa (21) dan Tottenham (22).

Wigan hampakan Manchester City
MANCHESTER City terlepas peluang untuk melonjakkan diri ke dalam kelompok empat pasukan teratas apabila hanya mampu seri 1-1 dengan Wigan Athletic, dalam aksi Liga Perdana Inggeris malam tadi.

Beraksi di tempat lawan, City bagaimana pun lebih dulu ketinggalan menerusi jaringan Charles N’Zogbia pada penghujung babak pertama.

Namun mereka hanya memerlukan seminit selepas babak kedua bermula untuk menyamakan kedudukan menerusi Martin Petrov.

Begitu pun harapan City untuk terus menekan Wigan dan menambah gol terencat apabila pemain pertahanan mereka, Pablo Zabaleta dibuang padang tidak lama selepas itu kerana menerima kad kuning kedua.

Pengadil, Alan Wiley terus mencuri tumpuan semalam berikutan keputusannya melayangkan kad merah kepada Zabaleta.

Sebelum ini, Wiley dikritik hebat pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson kerana dilihat kurang cergas di dalam padang ketika menentang Sunderland dua minggu lalu.

Tetapi semalam, keputusan Wiley memberikan kad kuning pertama kepada Zabaleta boleh dipertikaikan walaupun kad kuning kedua adalah tepat.

Turun tanpa Kolo Toure dan Craig Bellamy yang masih cedera, City meletakkan harapan kepada Petrov dan Micah Richards untuk mengukuhkan pasukan itu.

Bagaimanapun gandingan Carlos Tevez bersama Emmanuel Adebayor di bahagian serangan serba tidak menjadi.

Ini menyebabkan kedua-dua pemain itu dikeluarkan dan digantikan dengan Roque Santa Cruz dan Stephen Ireland namun masih gagal mencari gol kemenangan.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan City kekal di tangga kelima liga di belakang Arsenal dengan memungut 17 mata daripada lapan perlawanan.

Berbanding dengan pendahulu liga, Manchester United pula, City ketinggalan lima mata tetapi bermain kurang satu perlawanan.

Sementara itu dalam perlawanan dua pasukan setempat, Blackburn Rovers menewaskan Burnley 3-2.

Ini merupakan kali pertama dalam tempoh 43 tahun, kedua-dua pasukan bertemu di peringkat liga tertinggi di England ini.

Gol-gol Blackburn dijaringkan David Dunn, Franco Di Santo dan Pascal Chimbonda untuk menafikan gol pendahuluan Robbie Blake dan gol lewat Chris Eagles.