Berita Bola Terkini » Lyon

Bayern Munich mara ke final
BAYERN Munich merentap impian Lyon untuk menjadi pasukan pertama dari Perancis layak ke final Liga Juara-Juara sejak 2004.

Permulaan gementar Lyon memberi peluang kepada Bayern untuk menguasai permainan dan seterusnya berjaya menewaskan Lyon 3-0 pada pertemuan Liga Juara-Juara di Lyon, Perancis, awal pagi tadi

Berbekalkan satu gol pada pertemuan pertama, Bayern menambah tiga lagi gol pada minit ke-26, 67 dan 78 menerusi hatrik penyerangnya, Olic untuk agregat 4-0.

Usaha Lyon untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-31 gagal selepas pemain sayapnya, Michel Bastos mensia-siakan peluang yang ada.

Pengadil perlawanan, Massimo Busacca menambah derita Lyon dengan melayangkan kad merah kepada kapten Lyon, Cris selepas pemain itu memperoleh kad kuning kedua.

Jaringan Robben beri kelebihan buat Bayern
BOLA lencongan penyerang Belanda, Arjen Robben pada separuh masa kedua memberikan kemenangan 1-0 buat Bayern Munich ke atas Olympique Lyon pada perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-juara Eropah yang menyaksikan dua pemain di perintah keluar padang.

Pada perlawanan yang penuh aksi kekerasan itu, Frank Ribery dari Bayern telah dikenakan kad merah kerana menerjah buku lali penyerang Lyon, Lisandro Lopez pada minit ke-37.

Lyon juga bermain 10 orang sembilan minit separuh masa kedua bermula apabila Jeremy Toulalan dilayangkan kad kuning kedua.

Robben, yang menikmati musim pertama di Jerman dengan cemerlang berjaya menembusi jaring lawan pada minit ke-69 apabila sepakan dari jarak jauhnya terkena rakan sepasukan Thomas Mueller sebelum bola melencong dan gagal diselamatkan penjaga gol Hugo Lloris.

Pada satu lagi aksi separuh akhir yang berlangsung semalam, Inter Milan menewaskan juara bertahan, Barcelona 3-1 di San Siro walau pun pada peringkat kelab Itali itu ketinggalan menerusi jaringan Pedro Rodriquez pada minit ke-19.

Perlawanan separuh akhir kedua dijadualkan 27 dan 28 April depan.

Lyon iringi Inter Milan, Barcelona, Bayern Munich
PENDAHULU liga Perancis, Olympique Lyon mencatat sejarah apabila layak ke separuh akhir dengan menyingkirkan musuh terdekat, Bordeaux meskipun tewas 1-0 pada perlawanan kedua suku akhir di tempat lawan, awal pagi tadi.

Lyon layak dengan keputusan agregat 3-2 selepas menang 3-1 di Lyon pada perlawanan pertama suku akhir, sebelum ini.

Pada perlawanan pagi tadi, Bordeaux yang menjadi juara liga Perancis musim lalu, gagal mencari lebih banyak gol untuk mengatasi defisit dua gol sebelum ini.

Gol tunggal Bordeaux hanya memperoleh menerusi penyerang antarabangsa Magribi, Marouane Chamakh pada minit ke-45 sehinggalah wisel tamat penamat.

Bagaimanapun kemenangan 1-0 itu tidak memberi sebarang makna, sebaliknya Lyon layak menyertai tiga pasukan lain ke separuh akhir bersama Inter Milan, Barcelona dan Bayern Munich.

Nasib Liverpool di ‘hujung tanduk’
NASIB bekas juara Eropah, Liverpool kini ibarat ‘telur di hujung tanduk’ selepas hanya mampu terikat 1-1 dengan Lyon dalam saingan Kumpulan E Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi semalam (Khamis).

Keputusan seri membolehkan Lyon mara ke pusingan kali mati untuk menyertai Sevilla, yang turut melayakkan diri dari Kumpulan G selepas turut diikat 1-1 oleh VfB Stuttgart.

Dalam perlawanan di Perancis, Liverpool sepatutnya mampu memenangi perlawanan dari babak pertama lagi apabila Fernando Torres, Dirk Kuyt dan Andriy Voronin beroleh peluang yang cantik.

Kemenangan kelihatan bakal menjadi milik mereka selepas pemain gantian, Ryan Babel menjaringkan gol cantik ketika saingan tinggal tujuh minit untuk ditamatkan, namun Lisandro Lopez menghancurkan hati Liverpool dengan menyumbat gol penyamaan pada baki tiga minit terakhir.

Keadaan tambah tegang buat skuad bimbingan Rafael Benitez itu apabila Fiorentina pula mencatat kemenangan besar 5-2 ke atas Debrecen di tempat sendiri dalam kumpulan sama.

Adrian Mutu membuka jaringan tuan rumah pada minit ke-14, sebelum menambah empat lagi gol menerusi Dario Dainelli (52), Riccardo Montolivo (59), Marco Marchionni (61) dan Alberto Gilardino pada minit ke-74.

Begitupun, keputusan seri yang dicatat itu bakal menyaksikan Liverpool tersingkir daripada kempen musim ini seandainya Fiorentina berjaya menewaskan Lyon hujung bulan ini.

“Saya tidak fikir tugas saya kini dalam bahaya. Lagipun, saya tidak memikirkan sangat mengenai perkara itu dan lebih suka memberi tumpuan kepada perlawanan seterusnya. Apa yang pasti, kedudukan kami semakin sukar tetapi semua ini bukan mustahil,” kata Benitez.

Gol minit akhir hampakan Liverpool
JARINGAN Ryan Babel pada minit ke-83 dilihat mampu mengubah nasib Liverpool pada saingan Liga Juara Eropah, namun kegembiraan peminat The Reds tidak berkekalan apabila Lisandro Lopez menyumbat gol di minit akhir perlawanan untuk mengikat kedudukan sekali gus menyebabkan peluang kelab dari England itu untuk layak ke pusingan kalah mati berada di hujung tanduk.

Selepas tewas 1-3 di tangan Fulham pada aksi Liga Perdana Inggeris, Rafael Benitez mengharapkan anak-anak buahnya mampu mengubah nasib Liverpool di peringkat Eropah, namun keputusan seri 1-1 menentang Lyon awal pagi tadi memusnahkan peluang The Reds dan hanya keajaiban yang dapat menyelamatkan kelab itu untuk terus bersaing.

Kejayaan Fiorentina membelasah Debrecen 5-2 dalam satu lagi aksi kumpulan E menyaksikan wakil Itali itu mencipta jurang lima mata dengan Liverpool untuk berada di tangga kedua di belakang Lyon ketika aksi peringkat kumpulan hanya berbaki dua perlawanan.

Lyon kekal di tangga teratas kumpulan E dengan 10 mata manakala Fiorentina (9) dan Liverpool (4), Debrecen kekal di dasar kumpulan tanpa sebarang mata selepas kalah semua perlawanan.

Sementara itu satu lagi Kelab England, Arsenal tidak menghadapi sebarang masalah menundukkan AZ Alkmaar 4-1 di Stadium Emirates, sekali gus mara ke pusingan kedua dari kumpulan H.

Kelab Sepanyol, Sevilla turut mara ke peringkat seterusnya sekali pun hanya mencatat keputusan seri 1-1 dengan Stuttgart.

Saingan kumpulan F pula terus terbuka apabila Rubin Kazan mengikat juara musim lalu, Barcelona tanpa jaringan manakala Inter Milan berjaya bangkit menewaskan Dynamo Kiev 2-1 menerusi dua jaringan lewat dalam tempoh tiga minit.

Carta Liga Juara Eropah

Barcelona, Liverpool terkulai di gelanggang sendiri
DUA kelab gergasi Eropah, Barcelona dan Liverpool kecundang di tempat sendiri pada saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah awal pagi tadi.

Juara bertahan, Barcelona tewas 1-2 (lihat video) kepada kelab dari Russia, Rubin Kazan manakala Liverpool tumpas kepada Lyon (lihat video) dengan keputusan sama walau pun mendahului lawan dari Perancis itu pada babak awal perlawanan.

Juara Itali, Inter Milan juga nyaris tersungkur di halaman sendiri kepada Dynamo Kiev apabila jaringan penyamaan menerusi Walter Samuel pada babak kedua menafikan pasukan pelawat untuk membawa pulang tiga mata penuh.

Bagi Liverpool ia adalah minggu yang memeritkan selepas tunduk 1-0 kepada Sunderland dalam aksi Liga Perdana Inggeris Sabtu lepas.

Lebih mengecewakan ia adalah kekalahan kali keempat berturut-turut buat skuad bimbingan Rafael Benitez itu.

Beraksi di gelanggang sendiri, Liverpool kelihatan mampu menjinakkan Lyon apabila mendahului 1-0 hasil jaringan Yossi Benayoun pada minit ke-41.

Bagaimanapun Lyon berjaya bangkit di hujung perlawanan menerusi gol daripada pemain gantian, Maxime Gonalons pada minit ke-72 dan Cesar Delgado pada masa kecederaan.

Di Nou Camp, skripnya agak berlainan apabila tuan rumah ketinggalan ketika perlawanan belum pun sampai dua minit dimulakan.

Aleksandr Ryazantsev merembat kencang dari luar kotak penalti yang sama sekali menewaskan penjaga gol Barcelona, Victor Valdes.

Usaha tuan rumah untuk menyamakan kedudukan hanya hadir pada awal babak kedua menerusi jaringan Zlatan Ibrahimovic pada minit ke-48.

Namun begitu jaringan Karadeniz Gokdeniz pada minit ke-73 tidak mampu lagi dibalas oleh pemain tuan rumah yang menyaksikan kedudukan 2-1 kekal hingga tamat perlawanan.

Sementara itu, musuh ketat Barca dalam saingan liga domestik Sepanyol – Sevilla pula menang 3-1 ke atas kelab Jerman, Stuttgart, sekali gus mencerahkan peluang layak ke pusingan kalah mati. (lihat video)

Kelab Inggeris, Arsenal juga berpeluang layak ke pusingan kalah mati apabila seri 1-1 dengan kelab Belanda, AZ Alkmaar. (lihat video)

Arsenal kini mendahului Kumpulan H dengan mengumpul tujuh mata daripada tiga perlawanan dengan Olympiakos di tempat kedua selepas menewaskan Standard Liege 2-1.

Lihat Carta Liga Juara Eropah

Lyon mahu tambah derita Liverpool
SELEPAS tiga kekalahan berturut-turut, nasib Liverpool semakin suram dan hanya satu kemenangan dalam Liga Juara-Juara di tempat sendiri ke atas Olympique Lyon hari ini (awal pagi esok) bakal mengalihkan kesuraman itu.

Tewas 0-1 di Sunderland, Sabtu lalu, membuktikan betapa Liverpool terlalu bergantung kepada Fernando Torres dan Steven Gerrard yang terlepas perlawanan itu akibat kecederaan.

Jaringan kemenangan Sunderland oleh Darren Bent gara-gara sebiji bola pantai merah yang melantun ke kawasan Reds, mencetuskan jeritan berang di kalangan benteng Liverpool tetapi deraian tawa peminat bola sepak lain di seluruh negara.

Tanpa menyalahkan gangguan bola pantai itu, pengurus Liverpool, Rafael Benitez mengakui pasukannya memang tidak cukup bagus apabila kurang menghimpunkan serangan yang setaraf nama mereka.

Pertahanan Jamie Carragher menepis andaian krisis di Merseyside tetapi dengan empat kekalahan dalam sembilan perlawanan liga, ramai merasakan cabaran gelaran Liverpool dianggap sudah berakhir.

Selepas tersungkur 0-2 dalam perlawanan Kumpulan E menentang Fiorentina, bahkan sagu hati bagi meneruskan persaingan di Eropah tampak meragukan dan Lyon akan mengunjungi Anfield dengan matlamat memberikan kejutan besar.

Membimbangkan Benitez ialah pasukannya gagal menjaringkan gol dalam ketiga-tiga kekalahan itu dan selain persembahan memuaskan ketika kalah 0-2 di Chelsea dua minggu lalu, mereka dilihat kurang mampu melakukannya.

Benitez mesti berharap bahawa Torres dan Gerrard pulih daripada kecederaan pangkal paha yang mengetepikan mereka di Sunderland kerana tanpa mereka, pasukan kelihatan hambar.

Namun, Carragher yang yakin, menjangkakan keputusan yang baik menentang Lyon dan di tempat sendiri menentang Manchester United hujung minggu depan mampu mengubah keseluruhan musim ini.

“Kini bukan masanya untuk membincangkan gelaran itu. Kami memandang perlawanan berikutnya.

“Kami kini mempunyai perlawanan Liga Juara-Juara menentang Lyon yang berlangsung di depan penyokong kami sendiri di Anfield. Ia satu peluang untuk memulihkan beberapa keyakinan sebelum kami menghadapi Manchester United, Ahad depan.

“Kami akan bersatu padu dan bekerja keras di padang latihan untuk membetulkan keadaan. Kami tahu kami memiliki sebuah pasukan yang bagus, pemain yang bagus dan seorang pengurus yang bagus jadi kami perlu mempunyai keyakinan pada diri kami dan terus berjuang,” katanya.

Lyon tiba di Merseyside dengan masalah, setelah kalah 0-2 di tempat sendiri kepada Sochaux, Sabtu lalu, kekalahan liga pertama mereka musim ini.

Bagaimanapun, mereka menjadi pendahulu dalam kumpulan ini selepas kemenangan ke atas Fiorentina dan Debrecen dan menyedari bahawa kemenangan di Anfield akan menjadikan mereka hampir pasti ke pusingan kalah mati di samping meninggalkan Liverpool menghadapi penyingkiran.

Jurulatihnya, Claude Puel berkata, Liverpool masih satu ujian besar buat pasukannya di sebalik kehambaran aksi tempatannya.

“Liverpool ialah yang terbaik mampu anda temui di Eropah dengan Barcelona dan Manchester United. Malah, apabila mereka melalui satu tempoh yang sukar, anda pastinya tidak boleh menafikan mereka,” kata Puel.

Juara Perancis tujuh kali itu bimbang dengan bentengnya apabila Jean-Alain Boumsong, Mathieu Bodmer dan Cleber Anderson dari Brazil, diketepikan yang bererti pemain tengah Perancis, Jeremy Toulalan wajar bermain sebagai pertahanan tengah.

Sementara itu, Liverpool akan memanggil semula Javier Mascherano ke bahagian tengah mereka.