Archive for the ‘Liverpool’ Category

Page 2 of 212

Portsmouth 2 Liverpool 0

Portsmouth 2 Liverpool 0
PASUKAN tercorot, Portsmouth mencipta kejutan apabila menumpaskan Liverpool 2-0 di Fratton Park dalam saingan Liga Perdana Inggeris malam ini. Pemain pertahanan kiri kelahiran Perancis, Nadir Belhadj meletakkan tuan rumah di depan menerusi jaringan pada minit ke-33. Frederic Piquionne menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-82. Malang berganda buat Liverpool apabila tonggak tengahnya, Javier Mascherano dilayang kad merah selepas kekasaran ke atas Tal Ben-Haim. Insiden itu turut menyebabkan Mascherano ... Full story

Penalti kontroversi selamatkan Liverpool dari diaib Birmingham

Penalti kontroversi selamatkan Liverpool dari diaib Birmingham
PENGURUS Liverpool, Rafael Benitez kini semakin tertekan apabila The Reds gagal menewaskan Birmingham di gelanggang sendiri dalam aksi Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi. Tuan rumah dikira sangat bernasib baik apabila mendapat penalti kontroversi pada babak kedua yang berjaya disempurnakan ketua pasukan, Steven Gerrard untuk mencatat keputusan seri 2-2 dengan Birmingham sekali pun mendahului lawan 1-0 menerusi jaringan David Ngog pada minit ke-13. Sebaliknya pasukan  pelawat berjaya ... Full story

Nasib Liverpool di ‘hujung tanduk’

Nasib Liverpool di 'hujung tanduk'
NASIB bekas juara Eropah, Liverpool kini ibarat 'telur di hujung tanduk' selepas hanya mampu terikat 1-1 dengan Lyon dalam saingan Kumpulan E Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi semalam (Khamis). Keputusan seri membolehkan Lyon mara ke pusingan kali mati untuk menyertai Sevilla, yang turut melayakkan diri dari Kumpulan G selepas turut diikat 1-1 oleh VfB Stuttgart. Dalam perlawanan di Perancis, Liverpool sepatutnya mampu memenangi perlawanan dari babak pertama ... Full story

Gol minit akhir hampakan Liverpool

Gol minit akhir hampakan Liverpool
JARINGAN Ryan Babel pada minit ke-83 dilihat mampu mengubah nasib Liverpool pada saingan Liga Juara Eropah, namun kegembiraan peminat The Reds tidak berkekalan apabila Lisandro Lopez menyumbat gol di minit akhir perlawanan untuk mengikat kedudukan sekali gus menyebabkan peluang kelab dari England itu untuk layak ke pusingan kalah mati berada di hujung tanduk. Selepas tewas 1-3 di tangan Fulham pada aksi Liga Perdana Inggeris, Rafael Benitez ... Full story

Barcelona, Liverpool terkulai di gelanggang sendiri

Barcelona, Liverpool terkulai di gelanggang sendiri
DUA kelab gergasi Eropah, Barcelona dan Liverpool kecundang di tempat sendiri pada saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah awal pagi tadi. Juara bertahan, Barcelona tewas 1-2 (lihat video) kepada kelab dari Russia, Rubin Kazan manakala Liverpool tumpas kepada Lyon (lihat video) dengan keputusan sama walau pun mendahului lawan dari Perancis itu pada babak awal perlawanan. Juara Itali, Inter Milan juga nyaris tersungkur di ... Full story

Lyon mahu tambah derita Liverpool

Lyon mahu tambah derita Liverpool
SELEPAS tiga kekalahan berturut-turut, nasib Liverpool semakin suram dan hanya satu kemenangan dalam Liga Juara-Juara di tempat sendiri ke atas Olympique Lyon hari ini (awal pagi esok) bakal mengalihkan kesuraman itu. Tewas 0-1 di Sunderland, Sabtu lalu, membuktikan betapa Liverpool terlalu bergantung kepada Fernando Torres dan Steven Gerrard yang terlepas perlawanan itu akibat kecederaan. Jaringan kemenangan Sunderland oleh Darren Bent gara-gara sebiji bola pantai merah yang melantun ... Full story

Liverpool tewas gara-gara bola pantai

Liverpool tewas gara-gara bola pantai
TIDAK sampai separuh musim, Liverpool sudah tewas empat kali, kali ini di tangan Sunderland. Namun perdebatan hangat dalam perlawanan menentang Sunderland ialah gol kemenangan yang dijaringkan oleh Darren Bent itu yang sedikit kontoversi gara-gara bola pantai yang dibaling ke dalam padang. Reputasi buruk sudah pasti ditanggung seorang penonton muda yang bertanggungjawab menghukum Liverpool kepada kekalahan tersebut.... Full story

Fiorentina kejutkan Liverpool 2-0

Fiorentina kejutkan Liverpool 2-0
(30 Sept 2009) - PENYERANG remaja Fiorentina, Stevan Jovetic menyumbat dua gol untuk mengejutkan Liverpool 2-0 dalam saingan Liga Juara-Juara, semalam yang turut menyaksikan juara Eropah lima kali itu gagal mencipta walau satu peluang dalam babak pertama perlawanan. Jovetic, 19, pantas menyambut hantaran Cristiano Zanetti sebelum bijak memperdayakan Pepe Reina pada minit ke-28 manakala gol keduanya hadir sembilan minit kemudiannya.... Full story
Page 2 of 212
Copyright © 2012 Berita Bola Terkini. All rights reserved. Powered by Sokernet Team: Sokernet.com | Liga Malaysia | Berita EPL and Piala Dunia 2010.