Berita Bola Terkini » Liverpool

Gerrard: Tiada laluan mudah buat Chelsea
STEVEN Gerrard berikrar akan memberikan musuh ketat Liverpool suntikan semangat yang bermakna dengan menundukkan Chelsea, Ahad ini.

Gerrard menegaskan Liverpool tidak akan mengalah mudah walaupun itu bermakna mereka terpaksa menyerahkan Manchester United mahkota kejuaraan kali keempat berturut-turut Liga Perdana Inggeris.

Katanya: “Kami masih mempunyai beberapa perlawanan lagi dan matlamat ialah mengutip mata maksimum dan melihat sama ada kami mampu melangkah ke saingan Liga Juara-Juara Eropah.

“Jika kami mengutip mata maksimum, siapa tahu? Pasukan di atas kami mungkin tercicir. Apa yang perlu kami lakukan ialah terus memberi tekanan.

“Kami tidak akan mengalah tetapi pasti bodoh jika saya berkata itu atau ini akan berlaku – penting untuk menjadi realistik.

“Kami adalah pasukan underdog untuk memburu tempat tangga keempat tetapi penyokong kami juga tahu kami mempunyai Everton yang mengekori rapat dan pastinya kami tidak mahu mereka menamatkan saingan di depan kami.”

Peminat Liverpool sedar keputusan seri sudah memadai buat United, yang akan bermain menentang Sunderland Ahad ini, berkedudukan baik untuk menjulang gelaran tertinggi itu buat kali ke-19, mengatasi satu gelaran berbanding Liverpool.

Gerrard menjaringkan dua gol ketika menewaskan Burnley 4-0 Ahad lalu ketika Liverpool beraksi tanpa Fernando Torres.

Katanya: “Bila sukar menjaringkan gol dan kehilangan penyerang terbaik, ia boleh memberi kesan kepada kepercayaan dan keyakinan tetapi kali ini lebih baik.”

Liverpool benam West Ham 3-0
LIVERPPOL bernafas semula untuk memburu kedudukan empat tempat teratas Liga Perdana Inggeris apabila menundukkan West Ham 3-0, di Anfield awal pagi tadi.

Gol Liverpool diperoleh menerusi jaringan separuh masa pertama penyerang Yossi Benayoun dan David Ngog, manakala gol sendiri pada separuh masa kedua oleh Robert Green.

Liverpool bagaimanapun masih dipisahkan lima mata dengan Tottenham yang kini menduduki tempat keempat liga serta mempunyai kelebihan perbezaan satu lagi perlawanan.

Manchester City pula di tangga kelima dengan 62 mata, juga kurang satu perlawanan berbanding Liverpool.

The Reds terus mencatatkan rekod tanpa kalah di Anfield dalam 10 perlawanan, sekali gus sebagai persiapan terbaik mereka menjelang saingan separuh akhir pertama Piala Europa bertemu Atletico Madrid, Khamis ini.

Perebutan takhta EPL makin sengit
LIMA minggu selepas harapan memburu gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) seakan musnah ekoran kekalahan kepada Chelsea 3-0, Arsenal kini bersaing hanya dibezakan satu mata sekiranya menang pada baki satu perlawanan dalam tangan menentang Bolton.

Skuad pimpinan Arsene Wenger ketinggalan 11 mata di belakang Chelsea dan enam mata di belakang Manchester United pulih daripada kemerosotan dengan empat kemenangan dan satu seri.

Harapan hanya dibezakan satu mata di belakang pendahulu pada Rabu berkecai apabila perlawanan menentang Bolton ditunda kerana stadium diliputi salji tebal.

Tapi kini Gunners terpaksa terus menanti apabila ketinggalan dua dan empat mata di belakang United dan Chelsea dengan kelebihan satu perlawanan dalam tangan, ketika memburu kejuaraan liga yang kali terakhir dirangkul pada 2004.

Kemenangan di Emirates menentang Everton esok membolehkan mereka memberi tekanan kepada Chelsea yang berkunjung ke Hull City serta United ke Birmingham dengan misi menamatkan rekod 12 perlawanan tanpa kalah kelab yang berada di pertengahan liga itu.

“Kami tidak akan mengalah. Kami terus berjuang dan percaya dengan kekuatan kami,” kata Wenger.

Berkunjung ke Birmingham tidak menggentarkan Manchester United tapi pasukan bimbingan Alex McLeish itu mempamerkan aksi berkualiti sejak beberapa minggu berbanding juara bertahan yang tewas tiga perlawanan kepada Aston Villa dan Fulham dalam EPL selain kekalahan kepada Leeds United dalam Piala FA.

“Mereka tunjukkan kemajuan dalam liga. Anda boleh bayangkan bagaimana keadaan mereka ketika ini,” kata pengurus United, Alex Ferguson.

Perebutan tempat keempat makin sengit apabila Tottenham Hotspur berkunjung ke Anfield menentang Liverpool yang terdesak memulihkan prestasi mereka.

Torres penjaring gol terhebat Liverpool
KETIKA impian Liverpool untuk mencabar kejuaraan kelihatan sudah berakhir, penyerangnya Fernando Torres memasang impian peribadi untuk memecahkan rekod di Anfield.

Pemain kelahiran Sepanyol itu sudah melakar sejarah awal di Anfield dengan kehebatannya menjaringkan gol demi gol buat pasukan Merseyside itu.

Gol kemenangan dramatik pada lewat permainan ketika kemenangan 1-0 The Reds di Aston Villa baru-baru ini menjadikannya pemain terpantas untuk menjaringkan 50 gol liga dalam sejarah kelab itu, hanya memerlukan 72 perlawanan untuk melakukannya.

Torres mengakui dia teruja untuk menyertai senarai pemain hebat Liverpool, tapi berharap dia akan mempunyai lebih banyak peluang untuk meraikan kejayaan pada masa depan.

“Ia memang menakjubkan buat saya kerana Liverpool bukannya sebuah kelab kecil, ia adalah salah satu kelab terbesar dan paling bersejarah di dunia,” kata peledak berusia 25 tahun itu.

“Semua pemain yang pernah beraksi di sini adalah pemain utama yang menjaringkan banyak gol. Mereka mempunyai rekod yang besar. Saya mengatasi mereka menerusi rekod ini dan bagi saya, ini adalah satu perkara paling penting saya lakukan dalam karier saya.

“Saya mahu terus memecahkan rekod ini jadi saya akan sering berada dalam buku rekod serta memori setiap orang.

“Saya hanya melakukan tugas saya dan saya mahu terus memecahkan rekod serta menggembirakan semua orang.” Torres sudah menjaringkan 12 gol musim ini, di sebalik mengalami kecederaan berulang, namun dia menegaskan membantu Liverpool untuk memastikan layak ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan lebih penting daripada menunaikan sasaran peribadi.

“Saya mahu menjaringkan sebanyak gol yang mungkin untuk meraih tempat keempat liga dan memenangi Piala FA,” katanya.

“Saya tidak pernah menyatakan jumlah gol tapi saya sering kali mahu menjaringkan lebih banyak gol daripada musim sebelumnya. Harapnya ia tidak sukar kerana saya hanya menjaringkan 17 gol musim lalu selepas kecederaan.”

Tugas Torres bagaimanapun kelihatan getir apabila Liverpool menerima kunjungan pasukan di tangga keempat, Tottenham Hotspur pada perlawanan tumpuan minggu ini di Stadium Anfield hujung minggu ini.

Liverpool nyaris tersingkir awal
PASUKAN yang dilanda krisis keyakinan, Liverpool nyaris menerima kejutan tersingkir awal dari saingan Piala FA sebelum mencatatkan keputusan seri 1-1 dengan Reading pada pusingan ketiga kelmarin.

Kapten The Reds, Steven Gerrard menyelamatkan maruah Liverpool apabila menjaringkan gol penyamaan pada aksi di Stadium Madejski itu. Sebelum itu, Reading berjaya mendahului hasil jaringan Simon Church pada minit ke-24.

Keputusan seri itu menyaksikan perlawanan ulangan terpaksa diadakan di Anfield pada 12 Januari ini. Benitez mengakui, pasukannya perlu memperbaiki prestasi mereka jika berhasrat menjuarai Piala FA musim ini.

“Saya sangat lega. Saya rasa ia agak sukar. Reading bermain dengan baik. Bagi mereka, turun menentang Liverpool dan disiarkan dalam televisyen, ia adalah suntikan semangat dan kamu boleh lihat mereka bermain dengan baik.

“Kamu juga boleh lihat kami cuba melakukan yang terbaik dengan menurunkan pasukan yang kuat dan kami akan jumpa mereka sekali lagi di Anfield,” jelas Benitez.

“Kami mempunyai dua atau tiga situasi terbaik untuk menang tetapi mereka juga memiliki peluang. Jadi pujian juga kepada mereka.

Liverpool terpaksa kejar Piala FA
RAFAEL Benitez menegaskan Piala FA kini mempunyai kepentingan lebih besar buat Liverpool ketika mereka bersaing untuk mengelakkan musim keempat berturut-turut tanpa trofi utama.

Selepas keciciran jauh daripada perebutan Liga Perdana dan tersingkir daripada Liga Juara-juara, Piala FA menjadi harapan terakhir Liverpool untuk membawa pulang kejuaraan ke Anfield musim ini.

Mereka berdepan kunjungan sukar pusingan ketiga di tempat lawan menentang Reading, yang bergelut dalam liga bawahan bola sepak Inggeris, kelmarin.

Benitez, yang sering menggunakan kejohanan itu untuk memberikan pemain pelapis peluang untuk membuktikan kemampuan, menegaskan dia tidak akan membuat perubahan besar-besaran bagi perlawanan itu.

“Ia adalah penting tetapi anda tahu apabila anda tersingkir daripada Liga Juara-Juara, orang memikirkan mengenai kejuaraan dan Piala FA adalah sangat, sangat penting buat kami,” kata Benitez.

“Liverpool mahu mara, kami mahu pergi sejauh mungkin,” kata warga Sepanyol itu.

“Kami perlu menganalisis dan memikirkan apa yang perlu dilakukan dan kami masih mempunyai satu lagi sesi latihan. Kami akan melihat keadaan pemain tetapi tidak akan banyak membuat perubahan.

“Pemain tahu kami akan menentang Tottenham lapan hari selepas itu, jadi kami mempunyai masa. Kami akan menurunkan barisan terkuat.”

Sungguhpun Liverpool menewaskan Chelsea dalam Perisai Komuniti pada Ogos 2006, kelab Merseyside itu gagal memenangi sebarang gelaran besar sejak Benitez mengemudi mereka ke gelaran ketujuh dan terakhir Piala FA pada Mei 2006.

Aston Villa 0 Liverpool 1
LIVERPOOL bernasib baik apabila memperoleh gol kemenangan menerusi jaringan Fernando Torres pada minit-minit akhir perlawanan.

Ketua pasukan Liverpool, Steven Gerrard menabik Fernando Torres selaku ‘penyerang terbaik dunia’ selepas peledak Sepanyol itu menjaringkan gol tunggal untuk menewaskan Aston Villa 1-0 di gelanggang lawan.

Jaringan pada minit ke-93 itu adalah juga gol ke-50 bagi penyerang lincah itu yang dianggap pemain Liverpool terpantas untuk mengejar angka berkenaan selepas hanya memerlukan 72 kemunculan. Ia juga gol ke-12 daripada 15 penampilannya dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.

Liverpool 2 Wolverhampton 0
LIVERPOOL memperoleh kemenangan yang dicari-cari selepas berjaya mengatasi Wolverhampton 2-0 di Anfield, awal pagi tadi.

Di sebalik prestasi semakin merudum sejak kebelakangan ini, jaringan ketua pasukan, Steven Gerrard minit ke-62 dan Yossi Benayoun lapan minit kemudian memulihkan semula reputasi The Reds sebagai pencabar Liga Perdana Inggeris.

Bagaimanapun kemenangan berkenaan hadir ketika lawan bermain dengan 10 orang selepas pertahanan Wolves, Stephen Ward dilayangkan kad merah pada minit ke-53.

Benitez tidak bimbang ura-ura dipecat
PENGURUS Liverpool, Rafael Benitez menegaskan dia tidak takut dipecat biarpun selepas menyaksikan pasukannya mengalami kekalahan ketujuh dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di tangan pasukan tercorot ketika ini, Portsmouth.

Pemain tengah, Javier Mascherano dibuang padang buat kali ketiga sepanjang bersama Liverpool ketika harapan kabur pelawat untuk meraih gelaran terus terpadam selepas tewas 2-0 di Fratton Park. Liverpool bukan saja hanya menang empat daripada 12 perlawanan liga, malah bergelut untuk berada dalam kelompok empat pasukan teratas yang menawarkan tiket ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Ketika ditanya sama ada dia risau mengenai masa depannya, Benitez berkata: “Saya tidak bimbang dan bersedia menghadapi kemungkinan itu. Saya tidak risau (tetang kemungkinan dipecat) dan satu-satunya perkara yang bermain di fikiran saya sekarang ialah tentang perlawanan selepas ini (menentang wolves)”.

“Saya hanya boleh memberi tumpuan kepada pertemuan tersebut. Jika kami boleh menang, harapnya ia akan memudahkan tugas kami mengharungi perlawanan seterusnya. Kami perlu bersatu dan cuba mengutip tiga mata. Selepas itu kita lihat apa yang terjadi.”

Menurutnya, soal pemecatan tiada dalam pemikirannya ketika ini kerana ia adalah hak pemilik kelab. Meskipun pelbagai khabar angin melanda Anfield ketika ini, tetapi Benitez tetap memberi tumpuan dengan tugasnya.

Selepas kekalahan demi kekalahan yang dialami Liverpool ketika ini, sebahagian besar penyokong mereka menjangkakan Benitez akan dipecat.

“Jika pemilik merasakan kamu perlu dipecat, mereka akan bertindak. Saya sudah bersedia dan perkara seperti ini memang biasa dalam mana-mana kelab,” tegasnya.

Dalam aksi menentang Portsmouth, Liverpool ketinggalan menerusi jaringan Nadir Belhadj dan seperti yang berlaku pada 26 Disember lalu, Mascherano dibuang padang ketika permainan menghampiri separuh masa pertama.

Pemain tengah Argentina itu dilayangkan kad merah oleh pengadil Lee Mason kerana melakukan terjahan terhadap pemain tengah Portsmouth, Tal Ben Haim di bahagian tengah padang.

Benitez berang dengan keputusan itu dan memberi komen berbentuk sindiran terhadap Mason pada sidang akhbar selepas perlawanan.

“Saya sudah melihat ulang tayang dan ia bukan penyingkiran pemain tapi pengadil cukup sempurna. Dia tidak membuat sebarang kesilapan. Keputusannya tidak memberi hukuman kerana menjatuhkan Fernando Torres adalah tepat. Dia cukup sempurna,” katanya.

Liverpool aib di tangan kelab tercorot liga
KELAB tercorot, Portsmouth menambah derita Liverpool yang terus merana selepas tewas 0-2 pada perlawanan Liga Perdana Inggeris, malam tadi.

Apa lagi yang boleh diperkatakan tentang Liverpool ketika ini apabila mereka makin tertekan berikutan kekalahan ketujuh musim ini yang paling memalukan.

Selepas terkeluar daripada saingan Liga Juara-Juara Eropah seawal pusingan pertama, nasib Liverpool untuk memperbaiki kedudukan dalam liga domestik jelas tampak makin parah.

Dua jaringan menerusi Nadir Belhadj (m-33) dan Frederic Piquionne (m-82) sudah cukup untuk membuktikan krisis yang melanda skuad bimbingan Rafael Benitez itu sukar dibendung lagi.

Jika pasukan tercorot sendiri mudah menjinakkan mereka, apa lagi peluang yang mereka ada untuk bangkit dalam usaha menempatkan diri dalam kelompok empat pasukan teratas musim ini.

Tambah memilukan, mereka terpaksa bermain 10 orang selepas Javier Mascherano dibuang padang gara-gara terkaman keras di penghujung babak pertama.

Kekalahan itu menyaksikan kedudukan Liverpool di tangga keenam bakal tercicir lagi selepas hanya mampu mencatat empat kemenangan daripada 17 perlawanan terbaru mereka dalam pelbagai pertandingan.

Birmingham City dan Manchester City kini hanya menunggu masa untuk menolak kedudukan Liverpool ke tangga kelapan.

Mereka bakal ketinggalan jauh kemungkinan sebanyak 16 mata berbanding Chelsea jika pendahulu liga itu menang ke atas West Ham hari ini.

Turut mencatat kekalahan mengejut semalam adalah juara bertahan, Manchester United yang dibelasah 0-3 oleh Fulham di gelanggang lawan sekaligus kempunan untuk memintas Chelsea.