LIMA minggu selepas harapan memburu gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) seakan musnah ekoran kekalahan kepada Chelsea 3-0, Arsenal kini bersaing hanya dibezakan satu mata sekiranya menang pada baki satu perlawanan dalam tangan menentang Bolton.
Skuad pimpinan Arsene Wenger ketinggalan 11 mata di belakang Chelsea dan enam mata di belakang Manchester United pulih daripada kemerosotan dengan empat kemenangan dan satu seri.
Harapan hanya dibezakan satu mata di belakang ...
Full story
- Friday, January 8, 2010, 21:34
- Liga Perdana Inggeris, Liverpool, Pemain Terbaik
- 129 views
KETIKA impian Liverpool untuk mencabar kejuaraan kelihatan sudah berakhir, penyerangnya Fernando Torres memasang impian peribadi untuk memecahkan rekod di Anfield.
Pemain kelahiran Sepanyol itu sudah melakar sejarah awal di Anfield dengan kehebatannya menjaringkan gol demi gol buat pasukan Merseyside itu.
Gol kemenangan dramatik pada lewat permainan ketika kemenangan 1-0 The Reds di Aston Villa baru-baru ini menjadikannya pemain terpantas untuk menjaringkan 50 gol liga dalam sejarah kelab ...
Full story
- Monday, January 4, 2010, 17:58
- Liverpool, Piala FA England
- 64 views
PASUKAN yang dilanda krisis keyakinan, Liverpool nyaris menerima kejutan tersingkir awal dari saingan Piala FA sebelum mencatatkan keputusan seri 1-1 dengan Reading pada pusingan ketiga kelmarin.
Kapten The Reds, Steven Gerrard menyelamatkan maruah Liverpool apabila menjaringkan gol penyamaan pada aksi di Stadium Madejski itu. Sebelum itu, Reading berjaya mendahului hasil jaringan Simon Church pada minit ke-24.
Keputusan seri itu menyaksikan perlawanan ulangan terpaksa diadakan di Anfield pada ...
Full story
- Saturday, January 2, 2010, 17:22
- Liverpool, Piala FA England
- 34 views
RAFAEL Benitez menegaskan Piala FA kini mempunyai kepentingan lebih besar buat Liverpool ketika mereka bersaing untuk mengelakkan musim keempat berturut-turut tanpa trofi utama.
Selepas keciciran jauh daripada perebutan Liga Perdana dan tersingkir daripada Liga Juara-juara, Piala FA menjadi harapan terakhir Liverpool untuk membawa pulang kejuaraan ke Anfield musim ini.
Mereka berdepan kunjungan sukar pusingan ketiga di tempat lawan menentang Reading, yang bergelut dalam liga bawahan bola sepak ...
Full story
- Thursday, December 31, 2009, 6:01
- Liga Perdana Inggeris, Liverpool
- 163 views
LIVERPOOL bernasib baik apabila memperoleh gol kemenangan menerusi jaringan Fernando Torres pada minit-minit akhir perlawanan.
Ketua pasukan Liverpool, Steven Gerrard menabik Fernando Torres selaku 'penyerang terbaik dunia' selepas peledak Sepanyol itu menjaringkan gol tunggal untuk menewaskan Aston Villa 1-0 di gelanggang lawan.
Jaringan pada minit ke-93 itu adalah juga gol ke-50 bagi penyerang lincah itu yang dianggap pemain Liverpool terpantas untuk mengejar angka berkenaan selepas hanya memerlukan ...
Full story
- Sunday, December 27, 2009, 5:29
- Liga Perdana Inggeris, Liverpool
- 65 views
LIVERPOOL memperoleh kemenangan yang dicari-cari selepas berjaya mengatasi Wolverhampton 2-0 di Anfield, awal pagi tadi.
Di sebalik prestasi semakin merudum sejak kebelakangan ini, jaringan ketua pasukan, Steven Gerrard minit ke-62 dan Yossi Benayoun lapan minit kemudian memulihkan semula reputasi The Reds sebagai pencabar Liga Perdana Inggeris.
Bagaimanapun kemenangan berkenaan hadir ketika lawan bermain dengan 10 orang selepas pertahanan Wolves, Stephen Ward dilayangkan kad merah pada minit ke-53.
Full story
- Monday, December 21, 2009, 18:15
- Liga Perdana Inggeris, Liverpool
- 59 views
PENGURUS Liverpool, Rafael Benitez menegaskan dia tidak takut dipecat biarpun selepas menyaksikan pasukannya mengalami kekalahan ketujuh dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di tangan pasukan tercorot ketika ini, Portsmouth.
Pemain tengah, Javier Mascherano dibuang padang buat kali ketiga sepanjang bersama Liverpool ketika harapan kabur pelawat untuk meraih gelaran terus terpadam selepas tewas 2-0 di Fratton Park. Liverpool bukan saja hanya menang empat daripada 12 perlawanan liga, ...
Full story
- Sunday, December 20, 2009, 5:38
- Liga Perdana Inggeris, Liverpool
- 96 views
KELAB tercorot, Portsmouth menambah derita Liverpool yang terus merana selepas tewas 0-2 pada perlawanan Liga Perdana Inggeris, malam tadi.
Apa lagi yang boleh diperkatakan tentang Liverpool ketika ini apabila mereka makin tertekan berikutan kekalahan ketujuh musim ini yang paling memalukan.
Selepas terkeluar daripada saingan Liga Juara-Juara Eropah seawal pusingan pertama, nasib Liverpool untuk memperbaiki kedudukan dalam liga domestik jelas tampak makin parah.
Dua jaringan menerusi Nadir Belhadj (m-33) ...
Full story
- Saturday, December 19, 2009, 23:26
- Liga Perdana Inggeris, Liverpool
- 49 views
PASUKAN tercorot, Portsmouth mencipta kejutan apabila menumpaskan Liverpool 2-0 di Fratton Park dalam saingan Liga Perdana Inggeris malam ini.
Pemain pertahanan kiri kelahiran Perancis, Nadir Belhadj meletakkan tuan rumah di depan menerusi jaringan pada minit ke-33. Frederic Piquionne menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-82.
Malang berganda buat Liverpool apabila tonggak tengahnya, Javier Mascherano dilayang kad merah selepas kekasaran ke atas Tal Ben-Haim. Insiden itu turut menyebabkan Mascherano ...
Full story
- Tuesday, November 10, 2009, 8:52
- Liga Perdana Inggeris, Liverpool
- 135 views
PENGURUS Liverpool, Rafael Benitez kini semakin tertekan apabila The Reds gagal menewaskan Birmingham di gelanggang sendiri dalam aksi Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.
Tuan rumah dikira sangat bernasib baik apabila mendapat penalti kontroversi pada babak kedua yang berjaya disempurnakan ketua pasukan, Steven Gerrard untuk mencatat keputusan seri 2-2 dengan Birmingham sekali pun mendahului lawan 1-0 menerusi jaringan David Ngog pada minit ke-13.
Sebaliknya pasukanĀ pelawat berjaya ...
Full story