Berita Bola Terkini » Kelab

Drogba dinobat penjaring terbanyak EPL
PENYERANG Ivory Coast, Didier Drogba menjaringkan hatrik ketika membantu Chelsea mengalahkan Wigan 8-0, sekali gus muncul penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris dengan 29 gol.

Nyata skuad bimbingan Carlo Ancelotti menepati ramalan awal mampu merebut tahta liga daripada juara bertahan Manchester United, yang menewaskan Stoke City 4-0 juga pada perlawanan terakhir mereka, malam tadi.

Kemenangan United itu tidak bermakna kerana mereka mengkehendaki Chelsea tewas atau sekurang-kurangnya seri dengan Wigan.

Nicolas Anelka pula memperoleh dua gol manakala Frank Lampard, Salomon Kalou dan Ashley Cole masing-masing menyumbat satu gol perlawanan berat sebelah apabila Wigan terpaksa bermain dengan 10 pemain.

Chelsea berjaya menyekat United untuk mencatat rekod kemenangan kejuaraan liga untuk kali ke-19.

Chelsea juga bakal mengondol satu lagi trofi apabila beraksi pada perlawanan final Piala FA bertemu Portsmouth, minggu depan.

“Ia sesuatu yang amat berat untuk melihat United menang kejuaraan liga setiap musim,” kata kapten Chelsea, John Terry.

“Kini tiba giliran kami pula untuk mereka melihat kejayaan kami,” katanya.

Chelsea belasah Wigan 8-0 untuk rampas gelaran EPL
CHELSEA muncul juara Liga Perdana England (EPL) musim ini dengan kelebihan satu mata ke atas juara bertahan, Manchester United selepas memenangi perlawanan terakhir 8-0 menewaskan Wigan Athletic di Stamford Bridge awal pagi ini.

Kejuaraan tersebut merupakan yang keempat buat The Blues selepas kali terakhir mereka muncul juara pada musim 2005/06 di bawah bimbingan Jose Mourinho.

Gol Chelsea disumbang oleh Nicoles Anelka pada minit ke-6, 56, Frank Lampard (32), Salomon Kalou (54) dan Didier Drogba (63, 68,80), Ashley Cole (90).

Pencabar terdekat mereka, Manchester United turut mencatat kemenangan 4-0 ke atas Stoke City tetapi terpaksa menyerahkan kejuaraan kepada The Blues.

Inter Milan melangkah ke final
EMOSI mengiringi kemaraan Inter Milan ke pentas final Liga Juara-Juara Eropah apabila kelab Itali itu menyingkirkan juara bertahan, Barcelona menerusi aggregat 3-2 selepas mengharungi 90 minit aksi penuh mendebar di Nou Camp, awal pagi tadi.

Selepas perlawanan berlangsung selama 28 minit, pemain Inter Milan dikerah beraksi dengan 10 pemain untuk tempoh sejam berikutnya apabila tonggak tengah, Thiago Motta dilayangkan kad merah kerana melayangkan tangan ke muka Sergio Busquets.

Namun skuad bimbingan Jose Mourinho berjaya menyerap asakan bertubi pasukan tuan rumah yang menguasai lebih 80 peratus perlawanan berkenaan sehingga minit ke-84 apabila gawang Inter bolos oleh jaringan Gerrard Piquet.

Namun tiada apa yang mampu dilakukan jentera serangan Barca sehingga berakhir 90 minit perlawanan selain tangisan duka gagal mempertahankan kejuaraan musim lalu.

Inter Milan menguasai kancah Serie A, namun gagal melangkah ke final kejuaraan kelab Eropah sejak kali terakhir melakukannya pada 1972, kini berpeluang mengukir sejarah baru kelab itu di bawah bimbingan jurulatih penuh kontroversi, Jose Mourinho.

Aksi final dijadualkan berlangsung di Santiago Bernabeu pada Sabtu, 22 Mei nanti (23 Mei waktu Malaysia). Memecah tradisi final Liga Juara yang kebiasaannya berlangsung pada hari Rabu.

Lawan Inter Milan pada aksi final berkenaan ialah gergasi Jerman, Bayern Munich yang terdahulu menewaskan wakil Perancis, Lyon 3-0 pada aksi sehari lebih awal. Bayern mara ke final dengan aggregat 4-0 selepas menang 1-0 perlawanan pertama di tempat lawan.

Inter Milan beraksi 10 pemain
UPDATE: Perlawanan tamat! Inter Milan mara ke final selepas berjaya mengekang asakan bertali arus Barca terutama pada tujuh minit terakhir perlawanan. Sekali pun menang 1-0 di Nou Camp, Barca tewas 2-3 kepada Inter Milan dari segi aggregat.

UPDATE: Barcelona mendahului Inter Milan 1-0 menerusi jaringan Gerard Pique pada minit ke-84. Barca masih ketinggalan 2-3 dari segi Aggregat. Namun, jika tuan rumah menang 2-0 perlawanan ini bermakna Barcelona layak ke final menerusi kelebihan jaringan tempat lawan.

INTER Milan berdepan ujian getir dalam baki 45 minit berikutnya apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Thiago Motta dilayang kad merah kontroversi pada minit ke-26.

Sebagaimana dijangka Barcelona menguasai sepenuhnya aksi di Nou Camp dengan barisan Jose Mourinho gagal mencipta sebarang peluang ke kubu tuan rumah.

Peluang terbaik Barca hadir menerusi pemain terbaik dunia, Lionel Messi pada minit ke-32 namun kecekapan penjaga gol, Julio Cesar menyelamatkan gawang Inter Milan daripada dibolosi.

Gerrard: Tiada laluan mudah buat Chelsea
STEVEN Gerrard berikrar akan memberikan musuh ketat Liverpool suntikan semangat yang bermakna dengan menundukkan Chelsea, Ahad ini.

Gerrard menegaskan Liverpool tidak akan mengalah mudah walaupun itu bermakna mereka terpaksa menyerahkan Manchester United mahkota kejuaraan kali keempat berturut-turut Liga Perdana Inggeris.

Katanya: “Kami masih mempunyai beberapa perlawanan lagi dan matlamat ialah mengutip mata maksimum dan melihat sama ada kami mampu melangkah ke saingan Liga Juara-Juara Eropah.

“Jika kami mengutip mata maksimum, siapa tahu? Pasukan di atas kami mungkin tercicir. Apa yang perlu kami lakukan ialah terus memberi tekanan.

“Kami tidak akan mengalah tetapi pasti bodoh jika saya berkata itu atau ini akan berlaku – penting untuk menjadi realistik.

“Kami adalah pasukan underdog untuk memburu tempat tangga keempat tetapi penyokong kami juga tahu kami mempunyai Everton yang mengekori rapat dan pastinya kami tidak mahu mereka menamatkan saingan di depan kami.”

Peminat Liverpool sedar keputusan seri sudah memadai buat United, yang akan bermain menentang Sunderland Ahad ini, berkedudukan baik untuk menjulang gelaran tertinggi itu buat kali ke-19, mengatasi satu gelaran berbanding Liverpool.

Gerrard menjaringkan dua gol ketika menewaskan Burnley 4-0 Ahad lalu ketika Liverpool beraksi tanpa Fernando Torres.

Katanya: “Bila sukar menjaringkan gol dan kehilangan penyerang terbaik, ia boleh memberi kesan kepada kepercayaan dan keyakinan tetapi kali ini lebih baik.”

Barcelona harap sokongan peminat
PERTAHANAN Barcelona, Gerard Pique meminta peminat pasukan itu memenuhi stadium Nou Camp dan memberi sokongan kepada kelab Sepanyol itu dalam saingan separuh akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah menentang Inter Milan.

“Saya berharap Nou Camp mencatat sejarah. Saya berharap Nou Camp kali ini seperti yang tidak pernah kita saksikan sebelum ini, dan tiada satu pun tempat duduk kosong dan apabila pemain melangkah masuk ke padang, mereka (pemain Inter) akan membenci profesion mereka selama 90 minit,” katanya dalam sidang media kelmarin.

“Apa yang saya mahukan ialah peminat memberi sokongan penuh kepada Barcelona dan akan ada keganasan sifar. Penyokong akan bersama kami dan lawan akan terasa keseorangan,” kata pemain antarabangsa Sepanyol itu.

Barcelona berharap dapat menterbalikkan kekalahan 3-1 mereka kepada Inter dalam saingan pertama.

Pique berkata, perlawanan itu akan menjadi ‘perlawanan paling penting dalam sejarah Barcelona’ tetapi dia percaya, barisan itu mampu bingkas apabila berdepan lawan dari Itali berkenaan.

Barcelona masih berpeluang ketepi Inter
TIDAK dinafikan peminat bola sepak global sudah tertanya-tanya apakah ‘elemen magis’ akan mengiringi cabaran juara bertahan, Barcelona untuk bangkit di gelanggang sendiri dengan jaringan banyak atau pun Inter Milan akan bertahan keras untuk layak ke final Liga Juara-Juara Eropah, musim ini.

Penyerang Barcelona, Zlatan Ibrahimovic yakin andai kelab Catalan itu setia pada corak permainan sendiri, mereka tidak perlu bimbang terhadap ancaman fizikal Inter pimpinan Jose Mourinho untuk mengubah wajah cabaran mereka dalam saingan separuh akhir kedua di Stadium Nou Camp, awal pagi esok.

“Kami perlu mengasak tetapi yang penting ialah kami perlu bermain dengan gaya sendiri. Mereka akan bermain dengan pantas dan agresif tetapi kami perlu memberi tumpuan terhadap corak sendiri,” kata Ibrahimovic.

“Kami perlu bersedia untuk peperangan ini. Mereka akan mengambil kesempatan tetapi kami tidak boleh menukar corak permainan seperti yang kami lakukan di Milan. Kami tewas kerana tidak bermain dengan corak lazim, bukan kerana mereka menang dengan pendekatan sendiri.

“Keputusan 3-1 nampak kekalahan yang besar tetapi hakikatnya ia sama seperti 1-0. Jika anda lihat kepada dua perlawanan Liga Juara-juara kami di tempat sendiri, berapa banyak gol yang kami jaringkan?

“Ketika menentang Stuttgart, empat gol dan apabila bertemu Arsenal, empat gol lagi. Kami adalah pasukan yang boleh menjaringkan banyak gol dan itulah yang kami perlukan untuk ke final.”

Pengurus Barcelona, Pep Guardiola sudah membina sebuah pasukan mantap yang mampu menyapu semua gelaran musim lalu tetapi kini mereka berdepan ujian paling sukar di peringkat Eropah selepas tewas 3-1 kepada Inter dalam timbal balik pertama.

Apa yang pasti pertembungan di San Siro adalah mengenai dua gaya bola sepak yang berbeza.

Bayern Munich mara ke final
BAYERN Munich merentap impian Lyon untuk menjadi pasukan pertama dari Perancis layak ke final Liga Juara-Juara sejak 2004.

Permulaan gementar Lyon memberi peluang kepada Bayern untuk menguasai permainan dan seterusnya berjaya menewaskan Lyon 3-0 pada pertemuan Liga Juara-Juara di Lyon, Perancis, awal pagi tadi

Berbekalkan satu gol pada pertemuan pertama, Bayern menambah tiga lagi gol pada minit ke-26, 67 dan 78 menerusi hatrik penyerangnya, Olic untuk agregat 4-0.

Usaha Lyon untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-31 gagal selepas pemain sayapnya, Michel Bastos mensia-siakan peluang yang ada.

Pengadil perlawanan, Massimo Busacca menambah derita Lyon dengan melayangkan kad merah kepada kapten Lyon, Cris selepas pemain itu memperoleh kad kuning kedua.

Chelsea belasah Stoke 7-0
SALOMON Kalou menggegar gawang tiga kali manakala Frank Lampard menyumbat dua gol ketika membantu Chelsea membelasah Stoke City 7-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge awal pagi tadi.

Kemenangan mutlak itu sekali gus membolehkan The Blues kembali menerajui carta liga selepas 24 jam diambil alih Manchester United yang menang 3-1 ke atas Tottenham pada perlawanan hari Sabtu.

Kejayaan itu juga memberi kelebihan satu mata buat anak buah Carlo Ancelotti ketika aksi liga hanya berbaki dua perlawanan dan saingan bagi buruan mahkota kejuaraan musim ini sah menjadi percakaran antara Chelsea dengan United.

Dalam perlawanan berkenaan Kalou menjaringkan gol pada minit ke-24, 31 dan 68 manakala Frank Lampard minit ke-44 (penalti) dan 81 dengan dua lagi menerusi Daniel Sturridge (m-87) dan Florent Malouda (m-89).

Sementara itu, Liverpool dan Aston Villa menyalakan sisa-sisa harapan layak ke Liga Juara-Juara Eropah, musim depan manakala Burnley sah tersingkir ke liga bawah.

Dua gol daripada kapten pasukan, Steven Gerrard membantu Liverpool menewaskan Burnley 4-0 manakala jaringan tunggal James Milner menerusi sepakan penalti membantu Aston Villa menewaskan Birmingham City 1-0.

Everton turut ceria selepas menewaskan Fulham 2-1 dengan Mikel Arteta menjaringkan gol kemenangan menerusi sepakan penalti pada minit terakhir perlawanan di Goodison Park.

Inter Milan ambil alih teraju Serie A
INTER Milan pimpinan Jose Mourinho bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan pasukan yang diancam bahaya, Atalanta 3-1 di San Siro kelmarin, melonjak mengatasi AS Roma di tangga teratas Serie A.

Gol daripada Diego Milito, pemain tengah Kenya, McDonald Mariga dan Cristian Chivu menyaksikan barisan juara itu meraih tiga mata penting dalam persaingan liga selepas pembukaan Simone Tiribocchi buat pelawat.

Inter kini mendahului Roma dengan dua mata sungguh pun kelab berpangkalan ibu kota itu boleh kembali ke puncak jika mereka menewaskan Sampdoria.

Bagi Mariga, golnya adalah saat kebanggaan, bukan saya kerana jaringannya hadir pada hari yang penting buat dirinya.

“Hari ini adalah kemenangan penting dan saya gembira untuk menjadi sebahagian daripada kumpulan ini,” kata Mariga selepas membuat penampilan mengejut buat nerazzurri.