Berita Bola Terkini » Estudiantes

Barcelona juara Piala Dunia Kelab 2009
BARCELONA dinobatkan sebagai juara Piala Dunia Kelab yang berakhir awal pagi tadi, selepas menundukkan kelab Argentina, Estudiantes 2-1 pada masa tambahan.

Mauro Boselli meletakkan Estudiantes di depan selepas 37 minit perlawanan berlangsung sebelum penyerang Barcelona Pedro menjaringkan gol penyamaan di saat akhir perlawanan dan Lionel Messi melengkapkan kemenangan kelab itu hasil jaringan pada minit ke-110.

Barcelona pernah mara ke perlawanan akhir Piala Dunia Kelab pada edisi 2006 tetapi tewas kepada 0-1 kepada kelab Brazil, Internacional.

Pada tahun lalu, kelab dari England, Manchester United, menjuarai kejohanan ini selepas menundukkan LDU Quito juga 1-0.

Piala Dunia Kelab menghimpunkan kelab terbaik dari setiap benua.

Sementara itu, bagi perlawanan tempat ketiga, kelab Korea Selatan, Pohang Steelers menewaskan kelab Mexico, Atlante menerusi penentuan sepakan penalti 4-3 di Bandar Sukan Zayed, selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada masa perlawanan sebenar.

Final: Barcelona buru trofi keenam
TUAH yang dimiliki Lionel Messi mampu menjadi inspirasi kepada juara Eropah, Barcelona untuk melakar kemenangan ke atas Estudiantes pada perlawanan akhir Kejohanan Piala Dunia Kelab FIFA tengah malam ini.

Barcelona merupakan pasukan pilihan untuk menjuarai kejohanan Piala Kelab Dunia itu, sekali gus menafikan impian juara Piala Amerika Selatan dari Argentina, Estudiantes untuk memenanginya buat kali kedua sejak tahun 1968.

“Dia memiliki tuah dalam dirinya untuk bermain dengan baik dan memberi kemenangan kepada kami,” kata jurulatih Pep Guardiola merujuk kepada jaringan kedua Messi ketika mengalahkan kelab dari Mexico, Atlante 3-1 pada separuh akhir.

Messi pastinya akan diturunkan pada pertemuan dengan juara Liga Argentina itu, namun perancang Andres Iniesta terpaksa berehat ekoran kecederaan paha.

Begitupun, jurulatih Estudiantes, Alejandro Sabella tetap berusaha keras dalam latihan bagi memastikan anak buahnya bersedia menghalang kehebatan Barcelona yang diketuai Messi.

“Mereka sebuah pasukan yang kuat. Semua orang mencari kelemahan mereka tetapi gagal menemuinya kerana mereka terus mencatat kemenangan,” kata Sabella selepas anak buahnya mengalahkan Pohang Steelers 2-1 untuk mara ke final.

Jurulatih Atlante, Jose Guadalupe Cruz pula berkata: “Barcelona bermain dengan corak permainan yang unik. Kami telah bersedia, tetapi mungkin kepantasan mereka lebih bagus daripada kami.”

Andai Barca menang ke atas Estudiantes malam ini, maka kelab Sepanyol itu bakal melakar sejarah dengan memenangi enam trofi dalam satu musim.

Sebelum ini, Barca telah memenangi kempen Liga Sepanyol, Piala Raja Sepanyol, Liga Juara-Juara Eropah, Piala Super Sepanyol dan Piala Super Eropah.