Berita Bola Terkini » Chelsea

Drogba dinobat penjaring terbanyak EPL
PENYERANG Ivory Coast, Didier Drogba menjaringkan hatrik ketika membantu Chelsea mengalahkan Wigan 8-0, sekali gus muncul penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris dengan 29 gol.

Nyata skuad bimbingan Carlo Ancelotti menepati ramalan awal mampu merebut tahta liga daripada juara bertahan Manchester United, yang menewaskan Stoke City 4-0 juga pada perlawanan terakhir mereka, malam tadi.

Kemenangan United itu tidak bermakna kerana mereka mengkehendaki Chelsea tewas atau sekurang-kurangnya seri dengan Wigan.

Nicolas Anelka pula memperoleh dua gol manakala Frank Lampard, Salomon Kalou dan Ashley Cole masing-masing menyumbat satu gol perlawanan berat sebelah apabila Wigan terpaksa bermain dengan 10 pemain.

Chelsea berjaya menyekat United untuk mencatat rekod kemenangan kejuaraan liga untuk kali ke-19.

Chelsea juga bakal mengondol satu lagi trofi apabila beraksi pada perlawanan final Piala FA bertemu Portsmouth, minggu depan.

“Ia sesuatu yang amat berat untuk melihat United menang kejuaraan liga setiap musim,” kata kapten Chelsea, John Terry.

“Kini tiba giliran kami pula untuk mereka melihat kejayaan kami,” katanya.

Chelsea belasah Wigan 8-0 untuk rampas gelaran EPL
CHELSEA muncul juara Liga Perdana England (EPL) musim ini dengan kelebihan satu mata ke atas juara bertahan, Manchester United selepas memenangi perlawanan terakhir 8-0 menewaskan Wigan Athletic di Stamford Bridge awal pagi ini.

Kejuaraan tersebut merupakan yang keempat buat The Blues selepas kali terakhir mereka muncul juara pada musim 2005/06 di bawah bimbingan Jose Mourinho.

Gol Chelsea disumbang oleh Nicoles Anelka pada minit ke-6, 56, Frank Lampard (32), Salomon Kalou (54) dan Didier Drogba (63, 68,80), Ashley Cole (90).

Pencabar terdekat mereka, Manchester United turut mencatat kemenangan 4-0 ke atas Stoke City tetapi terpaksa menyerahkan kejuaraan kepada The Blues.

Gerrard: Tiada laluan mudah buat Chelsea
STEVEN Gerrard berikrar akan memberikan musuh ketat Liverpool suntikan semangat yang bermakna dengan menundukkan Chelsea, Ahad ini.

Gerrard menegaskan Liverpool tidak akan mengalah mudah walaupun itu bermakna mereka terpaksa menyerahkan Manchester United mahkota kejuaraan kali keempat berturut-turut Liga Perdana Inggeris.

Katanya: “Kami masih mempunyai beberapa perlawanan lagi dan matlamat ialah mengutip mata maksimum dan melihat sama ada kami mampu melangkah ke saingan Liga Juara-Juara Eropah.

“Jika kami mengutip mata maksimum, siapa tahu? Pasukan di atas kami mungkin tercicir. Apa yang perlu kami lakukan ialah terus memberi tekanan.

“Kami tidak akan mengalah tetapi pasti bodoh jika saya berkata itu atau ini akan berlaku – penting untuk menjadi realistik.

“Kami adalah pasukan underdog untuk memburu tempat tangga keempat tetapi penyokong kami juga tahu kami mempunyai Everton yang mengekori rapat dan pastinya kami tidak mahu mereka menamatkan saingan di depan kami.”

Peminat Liverpool sedar keputusan seri sudah memadai buat United, yang akan bermain menentang Sunderland Ahad ini, berkedudukan baik untuk menjulang gelaran tertinggi itu buat kali ke-19, mengatasi satu gelaran berbanding Liverpool.

Gerrard menjaringkan dua gol ketika menewaskan Burnley 4-0 Ahad lalu ketika Liverpool beraksi tanpa Fernando Torres.

Katanya: “Bila sukar menjaringkan gol dan kehilangan penyerang terbaik, ia boleh memberi kesan kepada kepercayaan dan keyakinan tetapi kali ini lebih baik.”

Chelsea belasah Stoke 7-0
SALOMON Kalou menggegar gawang tiga kali manakala Frank Lampard menyumbat dua gol ketika membantu Chelsea membelasah Stoke City 7-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge awal pagi tadi.

Kemenangan mutlak itu sekali gus membolehkan The Blues kembali menerajui carta liga selepas 24 jam diambil alih Manchester United yang menang 3-1 ke atas Tottenham pada perlawanan hari Sabtu.

Kejayaan itu juga memberi kelebihan satu mata buat anak buah Carlo Ancelotti ketika aksi liga hanya berbaki dua perlawanan dan saingan bagi buruan mahkota kejuaraan musim ini sah menjadi percakaran antara Chelsea dengan United.

Dalam perlawanan berkenaan Kalou menjaringkan gol pada minit ke-24, 31 dan 68 manakala Frank Lampard minit ke-44 (penalti) dan 81 dengan dua lagi menerusi Daniel Sturridge (m-87) dan Florent Malouda (m-89).

Sementara itu, Liverpool dan Aston Villa menyalakan sisa-sisa harapan layak ke Liga Juara-Juara Eropah, musim depan manakala Burnley sah tersingkir ke liga bawah.

Dua gol daripada kapten pasukan, Steven Gerrard membantu Liverpool menewaskan Burnley 4-0 manakala jaringan tunggal James Milner menerusi sepakan penalti membantu Aston Villa menewaskan Birmingham City 1-0.

Everton turut ceria selepas menewaskan Fulham 2-1 dengan Mikel Arteta menjaringkan gol kemenangan menerusi sepakan penalti pada minit terakhir perlawanan di Goodison Park.

Chelsea tewas, buruan mahkota EPL makin mendebarkan
TOTTENHAM Hotspur membuka pintu persaingan kejuaraan Liga Perdana Inggeris apabila menumpaskan pendahulu liga, Chelsea 2-1. dalam pertemuan penuh dramatik, awal pagi tadi.

Gol kemenangan Spurs diperoleh menerusi Jermain Defoe dan Gareth Bale manakala Chelsea menerusi Frank Lampard. Kemenangan itu menyaksikan Chelsea kini hanya dipisahkan satu mata dengan pesaing terdekat, Manchester United dengan kedua-duanya masih mempunyai tiga perlawanan berbaki.

Untuk menjadikan keadaan lebih buruk kepada pasukan pelawat, Chelsea bukan saja pulang dengan tangan kosong malah kaptennya, John Terry dibuang padang selepas mendapat dua kad kuning di White Hart Lane.

Bagaimanapun, pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti memberitahu ESPN: “Kejuaraan liga masih dalam tangan kami dan kami tidak sepatutnya bimbang.

“Kami hanya perlu memberi tumpuan kepada perlawanan seterusnya menentang Stoke.

“Kami bermain baik tetapi nyata pemain Tottenham lebih menyinar lagi,” kata pengurus dari Itali itu.

Kemenangan Tottenham itu nyata memberi penawar kepada skuad bimbingan Redknapp itu yang minggu lalu gagal melangkah ke final Piala FA selepas tewas mengejut kepada Portsmouth.

Spurs kini melonjak ke tempat keempat, meninggalkan Manchester City dengan dua mata.

“Anak buah saya melakukan keajaiban. Selepas kecewa Ahad lalu, kini kami memperoleh tiga mata berguna untuk kami beraksi di Liga Juara-Juara Eropah musim depan,” kata Redknapp.

Chelsea mara ke final
JUARA bertahan, Chelsea mara ke perlawanan akhir Piala FA England selepas menundukkan Aston Villa 3-0 pada aksi separuh akhir di Stadium Wembley, awal pagi ini.

Chelsea yang menundukkan lawan sama 7-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris dua minggu lalu, mendahului Aston Villa menerusi jaringan Didier Drogba pada minit ke-68.

Dua lagi gol Chelsea diperoleh menerusi sumbangan Florent Malouda pada minit ke-89 dan Frank Lampard minit ke-90.

Chelsea akan bertemu pemenang antara Tottenham dan Portsmouth yang hanya beraksi pada malam nanti dalam satu lagi aksi separuh akhir, juga bakal berlangsung di Stadium Wembley.

Di peringkat sama musim lalu, Chelsea menundukkan Arsenal 2-1 sebelum menundukkan Everton juga 2-1 untuk menjuarai kejohanan bola sepak kalah mati tertua di Eropah itu.

Perlawanan akhir Piala FA England dijadualkan di  Stadium Wembley pada 15  Mei ini.

Perebutan takhta EPL makin sengit
LIMA minggu selepas harapan memburu gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) seakan musnah ekoran kekalahan kepada Chelsea 3-0, Arsenal kini bersaing hanya dibezakan satu mata sekiranya menang pada baki satu perlawanan dalam tangan menentang Bolton.

Skuad pimpinan Arsene Wenger ketinggalan 11 mata di belakang Chelsea dan enam mata di belakang Manchester United pulih daripada kemerosotan dengan empat kemenangan dan satu seri.

Harapan hanya dibezakan satu mata di belakang pendahulu pada Rabu berkecai apabila perlawanan menentang Bolton ditunda kerana stadium diliputi salji tebal.

Tapi kini Gunners terpaksa terus menanti apabila ketinggalan dua dan empat mata di belakang United dan Chelsea dengan kelebihan satu perlawanan dalam tangan, ketika memburu kejuaraan liga yang kali terakhir dirangkul pada 2004.

Kemenangan di Emirates menentang Everton esok membolehkan mereka memberi tekanan kepada Chelsea yang berkunjung ke Hull City serta United ke Birmingham dengan misi menamatkan rekod 12 perlawanan tanpa kalah kelab yang berada di pertengahan liga itu.

“Kami tidak akan mengalah. Kami terus berjuang dan percaya dengan kekuatan kami,” kata Wenger.

Berkunjung ke Birmingham tidak menggentarkan Manchester United tapi pasukan bimbingan Alex McLeish itu mempamerkan aksi berkualiti sejak beberapa minggu berbanding juara bertahan yang tewas tiga perlawanan kepada Aston Villa dan Fulham dalam EPL selain kekalahan kepada Leeds United dalam Piala FA.

“Mereka tunjukkan kemajuan dalam liga. Anda boleh bayangkan bagaimana keadaan mereka ketika ini,” kata pengurus United, Alex Ferguson.

Perebutan tempat keempat makin sengit apabila Tottenham Hotspur berkunjung ke Anfield menentang Liverpool yang terdesak memulihkan prestasi mereka.

Chelsea 5 Watford 0
KETIKA juara 11 kali, Manchester United menjadi pasukan pertama menerima kejutan saingan Piala FA England, Chelsea tidak berdepan kesukaran untuk meneruskan saingan ke pusingan keempat selepas membenam Watford 5-0 di Stamford Bridge, malam tadi.

Daniel Sturridge menjaringkan dua gol pada minit ke-5 dan 68. Tiga lagi gol Chelsea disumbangkan oleh John Eustace (m-15, gol sendiri), Florent Malouda (m-22) dan Frank Lampard (m-64).

Skuad bimbingan Carlo Ancelotti itu merupakan juara bertahan Piala FA. The Blues menundukkan Everton 2-1 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Wembley musim lalu.

Chelsea mahu pertahan Piala FA
PENGURUS Chelsea, Carlo Ancellotti akan menempuh kancah Piala FA Inggeris minggu ini dan warga Itali itu sedar ia mempunyai rentak yang berbeza di England berbanding negara asalnya.

Di Itali, saingan kalah mati domestik seolah-olah terpinggir, malah kelab seperti AC Milan dan Juventus, yang pernah dibimbing Ancelotti, sering beraksi di depan kumpulan penyokong yang kecil.

Ramai percaya Piala FA tidak lagi mendapat tempat di kalangan peminat bola sepak Inggeris seperti dulu, namun Ancelotti sedar trofi berprestij itu tetap bernilai untuk direbut seperti yang dibuktikan Chelsea musim lalu apabila mereka bangkit sebelum menewaskan Everton dalam perlawanan akhir.

“Ia adalah saingan paling penting di England,” kata Ancelotti. “Di Itali, Piala Itali tidak begitu penting.

“Kami mahu melakukan yang terbaik dan ia menjadi salah satu matlamat kami, sasaran kami, untuk menjuarainya. Tahun lalu, kami memenanginya. Dan kami mahu melakukannya sekali lagi tahun ini.”

Kelab Liga Kejuaraan, Watford akan berkunjung ke Stamford Bridge dalam pertemuan pusingan ketiga esok dan Ancelotti tidak perlu diingatkan kegagalan pada pusingan inilah yang membuka pintu keluar buat bekas pengurus Chelsea, Luiz Felipe Scolari, hampir setahun lalu.

Chelsea diikat di gelanggang sendiri oleh kelab Liga Satu, Southend United, dan walaupun dapat melepasinya dalam perlawanan ulangan, pengurus warga Brazil itu dipecat pada Februari, sebulan kemudian.

Dengan Chelsea akan terus memimpin Liga Perdana pada tahun baru ini, ada sesetengahnya meramalkan nasib yang sama akan menimpa Ancelotti, tetapi pengurus berbangsa Itali itu berkata dia tidak akan terperangkap dengan menganggap ia adalah perlawanan latihan bagi anak buahnya menjelang perlawanan liga.

“Saya akan menurunkan barisan terbaik,” katanya walaupun komitmen Piala Negara-Negara Afrika menyebabkan dia kehilangan Didier Drogba, Salomon Kalou, John Obi Mikel dan Michael Essien.

Chelsea catat kemenangan sukar ke atas Fulham
DUA jaringan dalam tempoh dua minit pada lewat perlawanan memastikan Chelsea mencipta kemenangan 2-1 ke atas Fulham dalam aksi Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.

Kemenangan itu menyaksikan Chelsea unggul di puncak liga seterusnya kembali menjarakkan jurang kepada lima mata dengan pencabar terdekatnya, Manchester United yang akan beraksi menentang Wigan Athletic awal pagi Khamis ini.

Pada aksi di Stamford Bridge itu, Zoltan Gera terlebih dahulu meletakkan Fulham di hadapan menerusi jaringan seawal minit keempat. Chelsea berjaya menyamakan kedudukan hasil tandukan Didier Drogba pada minit ke-73 sebelum pemain Fulham, Chris Smalling menjaringkan gol sendiri dua minit kemudian untuk menghadiahkan kemenangan buat Chelsea.

Chelsea kini kekal di tangga teratas dengan 45 mata selepas mengharungi 20 perlawanan. United pula di tangga kedua dengan 40 mata daripada 20 perlawanan manakala Arsenal di tangga ketiga dengan 38 mata selepas beraksi 18 perlawanan.

Di Stadium Britannia, Birmingham City melonjak ke tangga ketujuh selepas menang tipis 1-0 ke atas Stoke City hasil jaringan Cameron Jerome.

Di Goodison Park, Everton menewaskan Burnley 2-0 hasil jaringan James Vaughan dan Steven Pienaar manakala Blackburn Rovers terikat 2-2 dengan Sunderland di Ewood Park.