Archive for the ‘Barcelona’ Category

Musim terbaik Barcelona lakar rekod unik Sepanyol

Musim terbaik Barcelona lakar rekod unik Sepanyol
Rencah Sepanyol jelas menerbitkan segala tarikan global dalam kalendar bola sepak musim 2009 dengan majoriti bahan berita menarik hadir daripada negara yang kini disebut antara pilihan hangat menjuarai Piala Dunia, tahun depan. Tahun ini, jelas akan masuk dalam lipatan sejarah sebagai tahun yang menyaksikan Barcelona menjulang treble buat julung kali, Real Madrid memecahkan rekod perpindahan dunia untuk menandatangani Cristiano Ronaldo manakala juara Euro 2008, Sepanyol itu ... Full story

Barcelona juara Piala Dunia Kelab 2009

Barcelona juara Piala Dunia Kelab 2009
BARCELONA dinobatkan sebagai juara Piala Dunia Kelab yang berakhir awal pagi tadi, selepas menundukkan kelab Argentina, Estudiantes 2-1 pada masa tambahan. Mauro Boselli meletakkan Estudiantes di depan selepas 37 minit perlawanan berlangsung sebelum penyerang Barcelona Pedro menjaringkan gol penyamaan di saat akhir perlawanan dan Lionel Messi melengkapkan kemenangan kelab itu hasil jaringan pada minit ke-110. Barcelona pernah mara ke perlawanan akhir Piala Dunia Kelab pada edisi 2006 ... Full story

Copa del Rey: Alcorcon singkir Real Madrid

Copa del Rey: Alcorcon singkir Real Madrid
REAL Madrid tersingkir dari saingan Piala Raja Sepanyol di tangan kelab divisyen tiga, Alcorcon walau pun membariskan bintang handalan termasuk Kaka, Raul, Rafael van der Vaart dan Ruud van Nistelrooy. Real menang 1-0 pada aksi timbal balik kedua di Santiago Bernabeu awal pagi tadi namun gagal ke pusingan berikutnya ekoran kekalahan agregat 4-1. Jurulatih Real Madrid, Manuel Pellegrini kelihatan memandang serius aksi menentang Alcorcon apabila menurunkan ... Full story

Jaringan berganda Pedro bantu Barcelona jinakkan Mallorca

Jaringan berganda Pedro bantu Barcelona jinakkan Mallorca
PENYERANG Perancis, Thierry Henry menjaring gol pertamanya buat Barcelona musim ini, manakala Pedro Rodriguez menyumbat jaringan berganda ketika kelab Catalan itu menang 4-2 ke atas Mallorca dalam aksi Liga Primera Sepanyol di Nou Camp, awal pagi tadi. Kemenangan berkenaan membolehkan Barcelona kekal di persada liga dengan 26 mata selepas mengharungi 10 perlawanan, diekori rapat musuh tradisi, Real Madrid yang ketinggalan satu mata di belakang selepas mencatat ... Full story

Barcelona gagal tundukkan Rubin Kazan

Barcelona gagal tundukkan Rubin Kazan
JUARA Russia, Rubin Kazan mempamerkan kekentalan pertahanan apabila berjaya mengikat gergasi Sepanyol, Barcelona 0-0 dalam aksi peringkat kumpulan Liga Juara-juara Eropah, awal pagi semalam (Khamis). Keputusan seri itu bermakna Kazan kini terikat lima mata dengan Barcelona untuk menghuni kedudukan kedua Kumpulan F, punya kelebihan untuk ke saingan kalah mati berbanding kelab Catalan yang tewas 1-2 kepada Kazan di Nou Camp, dua minggu lalu. Gergasi bola sepak Itali, ... Full story

Gol minit akhir hampakan Liverpool

Gol minit akhir hampakan Liverpool
JARINGAN Ryan Babel pada minit ke-83 dilihat mampu mengubah nasib Liverpool pada saingan Liga Juara Eropah, namun kegembiraan peminat The Reds tidak berkekalan apabila Lisandro Lopez menyumbat gol di minit akhir perlawanan untuk mengikat kedudukan sekali gus menyebabkan peluang kelab dari England itu untuk layak ke pusingan kalah mati berada di hujung tanduk. Selepas tewas 1-3 di tangan Fulham pada aksi Liga Perdana Inggeris, Rafael Benitez ... Full story

Barcelona, Liverpool terkulai di gelanggang sendiri

Barcelona, Liverpool terkulai di gelanggang sendiri
DUA kelab gergasi Eropah, Barcelona dan Liverpool kecundang di tempat sendiri pada saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah awal pagi tadi. Juara bertahan, Barcelona tewas 1-2 (lihat video) kepada kelab dari Russia, Rubin Kazan manakala Liverpool tumpas kepada Lyon (lihat video) dengan keputusan sama walau pun mendahului lawan dari Perancis itu pada babak awal perlawanan. Juara Itali, Inter Milan juga nyaris tersungkur di ... Full story

Barcelona turun tanpa bintang utama

Barcelona turun tanpa bintang utama
JUARA bertahan, Barcelona bimbang masalah kecederaan akan menghantuinya menjelang saingan Kumpulan F Liga Juara-Juara di tempat sendiri menentang Rubin Kazan, hari ini (awal pagi esok). Jadual kelayakan Piala Dunia yang sibuk minggu lalu menyebabkan pemain Perancis, Thierry Henry diketepikan akibat kekejangan paha manakala pemain Sweden, Zlatan Ibrahimovic terlepas perlawanan di Valencia, Sabtu lalu yang berkesudahan seri 0-0 kerana kaki lebam.... Full story

Messi bantu Barcelona atasi Dynamo Kiev

Messi bantu Barcelona atasi Dynamo Kiev
(30 Sept 2009) - LIONEL Messi dan Pedro Rodriguez meledak gol untuk membantu penyandang juara, Barcelona mengalahkan Dynamo Kiev 2-0 dan naik ke tangga teratas Kumpulan F, Liga Juara-Juara, semalam. Messi menjaringkan gol pada minit ke-26 selepas menerima hantaran Andres Iniesta dan memintas dari sebelah kanan sebelum melakukan rembatan rendah yang gagal dihalang oleh penjaga gol Kiev, Olexandr Shovkovskiy.... Full story
Copyright © 2010 Berita Bola Terkini. All rights reserved.
Powered by Sokernet.com, Berita Bola Terkini and Info Bola Sepak Teams.