Berita Bola Terkini » Arsenal

Wenger berang Arsenal tewas selepas dahului 2-0
Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengkritik pasukannya yang hilang tumpuan pada 10 minit terakhir selepas menyerahkan pendahuluan dua gol dan tewas 3-2 kepada pasukan bergelut, Wigan.

Gunners kelihatan sudah mengatasi pasukan Roberto Martinez kelmarin selepas gol daripada Theo Walcott dan Mikael Silvestre memberikan mereka kelebihan selesa menjelang 10 minit terakhir di Stadium DW.

Tetapi Ben Watson merapatkan jurang dan Titus Bramble menghukum kesilapan penjaga gol Lukasz Fabianski sebelum jaringan kemenangan masa kecederaan Charles N’Zogbia meranapkan impian Arsenal untuk merangkul gelaran, dan mengeluarkan Wigan dari zon bahaya.

Wenger berang dengan kegagalan pasukannya untuk mengesahkan kemenangan yang akan meletakkan mereka menghampiri tiga mata dengan pendahulu, Chelsea.

“Sukar untuk difahami,” kata Wenger. “Mungkin pemain berasa terlalu yakin dan anda perlu kekal fokus selama 90 minit atau anda akan dihukum.

“Kami tidak boleh gembira dengan cara kami bolos. Kami langsung tidak menunjukkan semangat untuk menang dan kami dihukum.

“Saya percaya pada tahap ini, kami tidak boleh memberikan alasan dan perlu menunjukkan watak kemenangan dalam setiap perlawanan. Anda sentiasa boleh mencari alasan tetapi itu tidak penting.

Arsenal tumbang dalam tempoh 10 minit
PELUANG keemasan yang terbuka luas buat Arsenal untuk memburu gelaran Liga Perdana Inggeris selepas kekalahan Chelsea di tangan Tottenham hancur berkecai apabila The Gunners kalah mengejut 2-3 menerusi kebangkitan ajaib Wigan ketika mereka menjaringkan tiga gol dalam tempoh 10 minit terakhir perlawanan di Stadium DW malam tadi.

Dua jaringan awal sumbangan Theo Walcott dan Mikael Silvestre dilihat bakal menyaksikan dominasi Arsenal dalam perlawanan berkenaan, namun Ben Watson mengurangkan defisit itu pada minit ke-80 untuk memulakan babak kejatuhan anak buah Arsene Wenger.

Kesilapan memalukan oleh penjaga gol Arsenal, Lukasz Fabianski memberi ruang buat Wigan menyumbat gol penyamaan pada minit ke-89 yang berpunca kegagalan Fabianski menangkap kemas bola sehingga membolehkan Titus Bramble menanduk masuk ke gawang Gunners.

Kemudiannya pada minit terakhir, Charles N’Zogbia berjaya melepasi kawasan penalti Arsenal untuk melakukan rembatan cantik yang sekali lagi gagal diselamatkan Fabianski sekali gus menghancurkan para pemain dan peminat pasukan London itu.

Kekalahan berkenaan adalah kali ketiga berturut-turut buat Arsenal menjadikan The Gunners kini ketinggalan enam mata di belakang pendahulu, Chelsea dengan baki tiga perlawanan dan secara teorinya impian untuk merangkul gelaran EPL sudah pun berakhir.

Wenger gesa pemain Arsenal fokus EPL
ARSENE Wenger menggesa para pemainnya supaya segera melupakan kekecewaan, apabila tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara, semalam.

Pengurus Arsenal dari Perancis itu berharap supaya pengalaman pahit berkenaan segera dilupakan supaya mereka boleh memberi tumpuan penuh kepada saingan Liga Perdana England yang kini semakin sengit antara tiga kelab.

Arsenal tersingkir dari kejohanan berprestij kelab Eropah itu, pada peringkat suku akhir setelah tewas 1-4 di Barcelona.

Gunners turut dibelenggu masalah kecederaan beberapa pemain utamanya.

Ketika masih mempunyai baki lima perlawanan untuk diteruskan, Arsenal kini ketinggalan tiga mata di belakang peneraju liga, Chelsea.

“Apabila anda sudah tersingkir dari saingan Liga Juara-Juara, anda pasti akan melihat masa depan yang kosong.

“Oleh itu, anda harus bijak mengatasi kekecewaan tersebut dan berusaha memastikan pemain bersedia untuk perlawanan seterusnya,” kata Wenger.

Dalam pada itu, pengurus Arsenal itu percaya bahawa perlawanan menentang jiran tetangga, Tottenham mungkin boleh membantu kelab itu kembali mendapat fokus sebenar.

“Sejak beberapa tahun lalu, keputusan menunjukkan pasukan ini berjaya mencatat keputusan baik apabila berhadapan pasukan tersebut,” kata pengurus Gunners itu.

‘Magic’ Messi buat Arsenal putih mata
PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger menyifatkan empat gol yang dijaringkan oleh Lionel Messi, ketika Barcelona meleburkan harapan pasukannya ke separuh akhir Liga Juara-Juara, sesuatu yang hanya berlaku dalam permainan komputer.

Selepas seri 2-2 di Emirates, Nicklas Bendtner meletakan Gunners mendahului secara agregat, sebelum gerakan solo ajaib Messi, yang pertama kali menjaringkan empat gol – pemain keenam dalam sejarah Liga Juara-Juara, namun yang pertama selepas Andrei Shevchenko lima tahun lalu – ketika Barca menang 4-1 untuk mara dengan agregat 6-3.

“Tahniah buat Barcelona, mereka memang layak menang perlawanan kedua ini. Mereka pasukan yang bagus dan Messi memberi kelainan kerana dia boleh memenangi perlawanan walau dalam keadaan mana sekali pun.

”Dia ibarat pemain di dalam permainan Playstation, dia mampu mengambil kesempatan dalam setiap peluang.

“Kami melakukan terlalu banyak kesilapan di bahagian pertahanan ketika mengawal bola, dan inilah padahnya.

”Skuad ini masih muda dan mampu meningkat.

“Masa depan kami sangat positif, kami kurang matang pada perlawanan ini.

“Selepas kami menjaringkan gol pertama, kami mempunyai peluang baik untuk menjaringkan gol lagi, cuma kami membuat keputusan buruk ketika cuba melakukan penyudah.

“Saya tidak tahu sama Barcelona bakal memenangi Liga Juara-Juara, bamun mereka berpeluang.

“Mereka pasukan yang lebih baik ketika ini, namun kami mampu memberi kesukaran kepada mereka,” katanya.

Arsenal mampu melegakan kekecewaan mereka dengan menumpukan perhatian kejuaraan Liga Perdana England, dengan perlawanan berikutnya menentang Tottenham Hotspur.

“Kami harus fokus pada Liga Perdana dan kami akan ke White Hart Lane, venue di mana kami mencatat prestasi baik sebelum ini.

“Kami harus fokus dan ia bakal menjadi pertembungan terbaik pada perlawanan derby,” kata Wenger.

Sementara itu, rakan sejawatnya, Barcelona, Pep Guardiola menekankan bahawa kejayaan tersebut adalah kemenangan kelab, tanpa menuding kepada mana-mana pemain tertentu.

“Tahniah kepada pasukan ini kerana kami mara ke separuh akhir sejak tiga tahun lalu.

“Ia perlawanan melibatkan dua pasukan handal, namun kami lebih menguasai bola di babak pertama dan itulah yang memberi kelainan.

“Kami amat gembira layak ke separuh akhir dan berjaya mencapai semua ini tanpa menjejaskan gaya permainan kami.

”Kami berusaha keras selepas 70 atau 80 minit perlawanan, inilah yang menjadi penentu perlawanan. “Messi berhak untuk semua pujian setelah apa yang diberikan di atas padang, dia contoh sempurna kepada pemain muda, walaupun mustahil untuk mereka meniru gaya permainannya.

“Menyifatkan Messi umpama pemain dalam permainan Playstation, ia satu perbandingan yang hebat, cuma saya tidak tahu dia berada pada tahap berapa.

“Kemenangan ini adalah prestasi pasukan, kami semua beraksi dengan sikap yang sama, iaitu menyerang,” katanya.

Dia meramalkan pertembungan separuh akhir sukar menentang Inter Milan, yang terlebih dahulu mengesahkan kemaraan selepas mengalahkan kelab Rusia, CSKA Moscow 1-0 di Moscow, untuk agregat 2-0.

Barcelona terlalu handal buat Arsenal
LIONEL Messi mempamerkan satu lagi fenomena luar biasa untuk mengukuhkan namanya sebagai pemain terbaik, malah dalam laluan yang betul untuk bergelar pemain terhebat sepanjang zaman.

Penyerang Argentina itu menjaringkan semua empat gol Barcelona ketika membelasah Arsenal 4-1, kelmarin mendorong juara bertahan itu ke separuh akhir Liga Juara-Juara buat kali ketiga berturut-turut.

Messi muncul pemain pertama yang menjaringkan empat gol pertandingan ini, menyamai Rivaldo sebagai penjaring utama kelab Catalan itu dengan 25 gol.

“Sudah tentu saya berharap mampu menambah gol lagi. Saya amat puas, amat gembira dengan kemenangan ini,” kata Messi.

Penyerang Arsenal, Nicklas Bendtner merumuskan prestasi Messi ‘luar biasa’ manakala Theo Walcott berkata, kadang kala anda hanya mahu duduk menonton Messi bermain.

“Seorang pemain seperti ini hanya menjelma setiap 25-30 tahun,” kata rakan sepasukan Xavi Hernandez.

Jurulatih Pep Guardiola percaya pemain berusia 22 tahun itu bakal pemain terhebat kelab Catalan.

“Perkara seperti ini anda tidak boleh jelaskan dengan kata-kata. Persembahan sebegini anda perlu saksikan,” kata Guardiola.

Bakat luar biasa Messi menyinar menerusi setiap gol yang dijaringkannya di Camp Nou.

Dia menjaringkan gol pertama menerusi sepakan lengkung, gol kedua dengan kaki kanan, melambungkan bola melepasi jangkauan penjaga gol Manuel Almunia bagi yang ketiga.

Untuk gol terakhir, Messi merembat rendah dan bola melepasi kaki penjaga gol itu sehingga pengurus Arsenal, Arsene Wenger berkata, hanya segelintir pemain yang mampu menjaringkan gol seperti itu.

“Yang terpenting ialah menjaringkan gol,” kata Messi.

Messi sudah pun memperbaiki jumlah jaringan golnya berbanding musim lalu apabila menjaringkan gol kelapan pada musim ini, untuk 39 gol keseluruhan.

Dia mendahului senarai penjaring Liga Sepanyol dengan 26 gol daripada 27 perlawanan.

Dia meraikan jaringan terakhir dengan penjaga gol simpanan, Jose Pinto, apabila satu gol mengatasi jumlah jaringan yang dilakukannya musim lalu.

“Sebelum liga, Pinto bertaruh dengan saya, itu sebabnya. Saya tahu berapa banyak yang saya perlu jaringkan. Pinto beritahu, saya tidak mampu mengatasi bilangan gol yang saya jaringkan musim lalu,” dedah Messi. – Utusan Malaysia

Perebutan takhta EPL makin sengit
LIMA minggu selepas harapan memburu gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) seakan musnah ekoran kekalahan kepada Chelsea 3-0, Arsenal kini bersaing hanya dibezakan satu mata sekiranya menang pada baki satu perlawanan dalam tangan menentang Bolton.

Skuad pimpinan Arsene Wenger ketinggalan 11 mata di belakang Chelsea dan enam mata di belakang Manchester United pulih daripada kemerosotan dengan empat kemenangan dan satu seri.

Harapan hanya dibezakan satu mata di belakang pendahulu pada Rabu berkecai apabila perlawanan menentang Bolton ditunda kerana stadium diliputi salji tebal.

Tapi kini Gunners terpaksa terus menanti apabila ketinggalan dua dan empat mata di belakang United dan Chelsea dengan kelebihan satu perlawanan dalam tangan, ketika memburu kejuaraan liga yang kali terakhir dirangkul pada 2004.

Kemenangan di Emirates menentang Everton esok membolehkan mereka memberi tekanan kepada Chelsea yang berkunjung ke Hull City serta United ke Birmingham dengan misi menamatkan rekod 12 perlawanan tanpa kalah kelab yang berada di pertengahan liga itu.

“Kami tidak akan mengalah. Kami terus berjuang dan percaya dengan kekuatan kami,” kata Wenger.

Berkunjung ke Birmingham tidak menggentarkan Manchester United tapi pasukan bimbingan Alex McLeish itu mempamerkan aksi berkualiti sejak beberapa minggu berbanding juara bertahan yang tewas tiga perlawanan kepada Aston Villa dan Fulham dalam EPL selain kekalahan kepada Leeds United dalam Piala FA.

“Mereka tunjukkan kemajuan dalam liga. Anda boleh bayangkan bagaimana keadaan mereka ketika ini,” kata pengurus United, Alex Ferguson.

Perebutan tempat keempat makin sengit apabila Tottenham Hotspur berkunjung ke Anfield menentang Liverpool yang terdesak memulihkan prestasi mereka.

Portsmouth 1 Arsenal 4
EDUARDO, Samir Nasri, Aaron Ramsey dan Alex Song meletakkan diri pada senarai penjaring buat Gunners dalam perlawanan yang berlangsung di Fratton Park, untuk meninggalkan Arsenal menghampiri empat mata dengan pendahulu, Chelsea dengan satu perlawanan dalam tangan.

Namun, Wenger mengakui dia kekurangan ramuan di bahagian serangan dengan Nicklas Bendtner dan Robin van Persie cedera manakala Theo Walcott bergelut untuk kembali cergas ke tahap sepenuhnya.

Wenger berkata: “Saya masih membaca dan mendengar orang memberitahu saya bahawa kami perlu membeli seorang penyerang tetapi kami memiliki serangan terbaik jadi saya tidak tahu.

Portsmouth:

Nadir Belhadj (74)

Arsenal:

Eduardo (27)

Samir Nasri (42)

Aaron Ramsey (69)

Alexandre Song Billong (81)

Arsenal 3 Aston Villa 0
ARSENAL terus beraksi garang apabila membenam antara pasukan pencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini, Aston Villa 3-0 di Stadium Emirates malam tadi.

Cesc Fabregas hadir selaku pemain gantian untuk menyumbat dua gol membantu The Gunners menewaskan Aston Villa. Kejayaan itu menyaksikan Arsenal melonjak sementara ke tangga kedua buat beberapa jam sahaja dan kembali pada kedudukan asal (tempat ketiga) selepas juara bertahan, Manchester United menewaskan Hull City 3-1 di gelanggang lawan hasil jaringan Wayne Rooney (minit ke-44), gol sendiri oleh Andy Dawson (73) dan Dimitar Berbatov (82).

Arsenal belasah Wolves, rampas tangga kedua dari United
ARSENAL meneruskan rentak konsisten apabila menang selesa 4-1 ke atas Wolverhampton Wanderers di gelanggang lawan pada saingan Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi.

Kemenangan berkenaan membolehkan Arsenal merampas kedudukan tangga kedua daripada Manchester United, berkongsi mata dengan juara musim lalu itu namun mempunyai kelebihan gol ke atas United.

Kedudukan Arsenal mungkin kekal memandangkan United berdepan tugas sukar hari ini apabila menentang Chelsea di Stamford Bridge, kecuali jika anak buah Sir Alex Ferguson itu berjaya menundukkan The Blues atau sekurang-kurang mencatat keputusan seri.

Arsenal kini memungut 25 mata daripada 11 perlawanan dengan kaptennya, Cesc Fabregas sekali lagi menyinar dengan membuat jaringan kesembilannya musim ini. Dua jaringan awal Arsenal diperoleh menerusi jaringan sendiri oleh pemain Wolves.

“Ia satu prestasi yang amat baik. Kami memulakan permainan dengan menguasai mereka dari mula hingga akhir,” kata pengurus Arsenal, Arsene Wenger.

Wolves kini jatuh di tempat ketiga tercorot. Mereka bermula dengan baik tetapi gol sendiri menerusi Ronald Zubar dan Jody Craddock memusnahkan penguasaan mereka.

Pada separuh masa kedua, Fabregas memperoleh jaringannya diikuti Andrei Arshavin untuk gol keempat Arsenal. Gol sagu hati Wolves diperoleh menerusi Craddock.

Barisan muda Arsenal pamer watak juara
ARSENE Wenger percaya barisan muda Arsenal bakal digeruni lawan selepas menyaksikan anak buahnya membelasah AZ Alkmaar 4-1 sekali gus semakin hampir untuk layak ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara Eropah.

Selepas dikatakan bakal mengharungi musim suram akibat penjualan Emmanuel Adebayor dan Kolo Toure kepada Manchester City, skuad bimbingan Wenger itu kini kelihatan semakin bertenaga untuk menamatkan kemarau empat musim tanpa sebarang gelaran.

Barisan The Gunners mengetepikan kelab juara Belanda, Alkmaar dengan gaya yang cukup dramatik di Stadium Emirates awal pagi semalam dan mereka hanya memerlukan satu mata daripada baki dua perlawanan Kumpulan H menentang Standard Liege dan Olympiakos untuk layak ke kelompok 16 pasukan terakhir.

Cesc Fabregas menjaringkan gol pembukaan buat The Gunners sebelum Andrey Arshavin mencuri tumpuan dengan mencipta peluang gol untuk Samir Nasri, Fabregas dan juga Abou Diaby.

Ketika Wenger mengakui cabaran lebih getir menanti pasukannya dalam peringkat kalah mati, beliau bagaimanapun gembira dengan persembahan meyakinkan yang ditonjolkan pasukan mudanya.

“Saya percaya pasukan kami semakin kuat daripada satu perlawanan kepada yang lain. Adalah penting untuk mengekalkan semangat sebegitu, Pertandingan ini akan menjadi semakin sukar selepas ini tetapi saya yakin kami mempunyai kualiti yang cukup untuk menanganinya. Sebelum musim ini bermula, saya pernah berkata bahawa saya yakin dengan pasukan ini tetapi terpulang kepada kami untuk terus konsisten.

“Kami perlu percaya dan yakin dengan masa depan kami. Ketika ini, sukar untuk meramal sejauh mana kami akan pergi. Kami perlu menumpukan perhatian kepada permainan kami dan cuba sebaik mungkin. Kami perlu memikirkan corak permainan yang bagaimana kami mahukan. Kami perlu beraksi seperti kami sayangkan sukan ini dan kami perlu terus mempamerkan bakat yang kami ada.”

Dengan Cesc Fabregas, Andrey Arshavin serta Robin van Persie berganding baik selain dibantu pergerakan Eduardo, Tomas Rosicky dan Theo Walcott, adalah tidak mengejutkan apabila pengurus Gunners itu mengharapkan sesuatu yang lebih gemilang.

Fabregas membuka jaringan sebelum ditambah pemain tengah Perancis, Samir Nasri. Fabregas meledak gol peribadi keduanya selepas rehat manakala Abou Diaby menjaringkan gol keempat Arsenal. Cubaan lewat babak oleh Jeremain Lens menghasilkan gol sagu hati buat pelawat.