Archive for the ‘Arsenal’ Category

Perebutan takhta EPL makin sengit

Perebutan takhta EPL makin sengit
LIMA minggu selepas harapan memburu gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) seakan musnah ekoran kekalahan kepada Chelsea 3-0, Arsenal kini bersaing hanya dibezakan satu mata sekiranya menang pada baki satu perlawanan dalam tangan menentang Bolton. Skuad pimpinan Arsene Wenger ketinggalan 11 mata di belakang Chelsea dan enam mata di belakang Manchester United pulih daripada kemerosotan dengan empat kemenangan dan satu seri. Harapan hanya dibezakan satu mata di belakang ... Full story

Portsmouth 1 Arsenal 4

Portsmouth 1 Arsenal 4
EDUARDO, Samir Nasri, Aaron Ramsey dan Alex Song meletakkan diri pada senarai penjaring buat Gunners dalam perlawanan yang berlangsung di Fratton Park, untuk meninggalkan Arsenal menghampiri empat mata dengan pendahulu, Chelsea dengan satu perlawanan dalam tangan. Namun, Wenger mengakui dia kekurangan ramuan di bahagian serangan dengan Nicklas Bendtner dan Robin van Persie cedera manakala Theo Walcott bergelut untuk kembali cergas ke tahap sepenuhnya. Wenger berkata: “Saya masih ... Full story

Arsenal 3 Aston Villa 0

Arsenal 3 Aston Villa 0
ARSENAL terus beraksi garang apabila membenam antara pasukan pencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini, Aston Villa 3-0 di Stadium Emirates malam tadi. Cesc Fabregas hadir selaku pemain gantian untuk menyumbat dua gol membantu The Gunners menewaskan Aston Villa. Kejayaan itu menyaksikan Arsenal melonjak sementara ke tangga kedua buat beberapa jam sahaja dan kembali pada kedudukan asal (tempat ketiga) selepas juara bertahan, Manchester United menewaskan Hull ... Full story

Arsenal belasah Wolves, rampas tangga kedua dari United

Arsenal belasah Wolves, rampas tangga kedua dari United
ARSENAL meneruskan rentak konsisten apabila menang selesa 4-1 ke atas Wolverhampton Wanderers di gelanggang lawan pada saingan Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi. Kemenangan berkenaan membolehkan Arsenal merampas kedudukan tangga kedua daripada Manchester United, berkongsi mata dengan juara musim lalu itu namun mempunyai kelebihan gol ke atas United. Kedudukan Arsenal mungkin kekal memandangkan United berdepan tugas sukar hari ini apabila menentang Chelsea di Stamford Bridge, kecuali jika ... Full story

Barisan muda Arsenal pamer watak juara

Barisan muda Arsenal pamer watak juara
ARSENE Wenger percaya barisan muda Arsenal bakal digeruni lawan selepas menyaksikan anak buahnya membelasah AZ Alkmaar 4-1 sekali gus semakin hampir untuk layak ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara Eropah. Selepas dikatakan bakal mengharungi musim suram akibat penjualan Emmanuel Adebayor dan Kolo Toure kepada Manchester City, skuad bimbingan Wenger itu kini kelihatan semakin bertenaga untuk menamatkan kemarau empat musim tanpa sebarang gelaran. Barisan The Gunners mengetepikan kelab ... Full story

Gol minit akhir hampakan Liverpool

Gol minit akhir hampakan Liverpool
JARINGAN Ryan Babel pada minit ke-83 dilihat mampu mengubah nasib Liverpool pada saingan Liga Juara Eropah, namun kegembiraan peminat The Reds tidak berkekalan apabila Lisandro Lopez menyumbat gol di minit akhir perlawanan untuk mengikat kedudukan sekali gus menyebabkan peluang kelab dari England itu untuk layak ke pusingan kalah mati berada di hujung tanduk. Selepas tewas 1-3 di tangan Fulham pada aksi Liga Perdana Inggeris, Rafael Benitez ... Full story

Barcelona, Liverpool terkulai di gelanggang sendiri

Barcelona, Liverpool terkulai di gelanggang sendiri
DUA kelab gergasi Eropah, Barcelona dan Liverpool kecundang di tempat sendiri pada saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah awal pagi tadi. Juara bertahan, Barcelona tewas 1-2 (lihat video) kepada kelab dari Russia, Rubin Kazan manakala Liverpool tumpas kepada Lyon (lihat video) dengan keputusan sama walau pun mendahului lawan dari Perancis itu pada babak awal perlawanan. Juara Itali, Inter Milan juga nyaris tersungkur di ... Full story

Arsenal berputih mata kealpaan benteng

Arsenal berputih mata kealpaan benteng
ARSENAL kekal mendahului Kumpulan H (lihat Carta Liga Juara Eropah) saingan bola sepak Liga Juara-Juara Eropah sekali pun diikat 1-1 Az Alkmaar apabila melepaskan jaringan pada lewat perlawanan untuk berkongsi mata dengan kelab dari Belanda itu. Wakil England itu pada awalnya tampak berada pada kedudukan baik untuk mencatat kemenangan ketiga berturut-turut tetapi jaringan saat akhir David Mendes da Silva ... Full story

Wenger bidas aksi bek Birmingham

Wenger bidas aksi bek Birmingham
TERJAHAN keras Liam Ridgewell ke atas pemain sayap kiri Arsenal, Theo Walcott dalam aksi Liga Perdana Inggeris Sabtu lepas menaikkan kemarahan pengurusnya, Arsene Wenger yang menyelar tindakan pemain pertahanan Birmingham City itu. Walcott diasak teruk oleh Ridgewell pada separuh masa pertama ketika membantu Gunners mencatat kemenangan 3-1 ke atas Birmingham di Stadium Emirates.... Full story

Arsenal kerja keras atasi Olympiakos

Arsenal kerja keras atasi Olympiakos
(30 Sept 2009) - PENJAGA gol Greece yang membantu negara itu menjulang Piala Eropah (EURO 2004), Antonis Nikopolidis beraksi cemerlang menjaga benteng Olympiakos namun ia tidak cukup untuk menghalang Arsenal menang 2-0 dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah. Robin van Persie dan Andrei Arshavin menjaringkan gol pada minit terakhir perlawanan bagi membolehkan wakil England itu menang 2-0 dalam saingan dalam Kumpulan H. Nikopolidis, benteng terakhir pertahanan Greece yang ... Full story
Copyright © 2010 Berita Bola Terkini. All rights reserved.
Powered by Sokernet.com, Berita Bola Terkini and Info Bola Sepak Teams.