- Monday, January 11, 2010, 12:40
- Liga Perdana Inggeris, Manchester United
- 91 views
GELAGAT Sir Alex Ferguson, kelmarin sekadar memberi gambaran betapa dia mungkin terjebak sekali lagi dalam masalah dengan Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) selepas kecaman terbarunya ke atas pengadil.
Pengurus Manchester United itu berang dengan keputusan Mark Clattenburg menyingkirkan pemain tengah Scotland, Darren Fletcher pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berkesudahan seri 1-1 ketika menentang Birmingham City di gelanggang lawan, kelmarin.
Ferguson baru-baru ini menjalani penggantungan dua ...
Full story
- Friday, January 8, 2010, 23:10
- AC Milan, Inter Milan, Liga Serie A Itali
- 46 views
DAVID Beckham membuat penampilan semula bersama AC Milan dengan penuh bergaya apabila aksinya selama 76 minit membantu kemenangan besar 5-2 ke atas Genoa sekali gus kelabnya melonjak ke tangga kedua Serie A awal pagi semalam.
Dipinjamkan semula ke Milan untuk tahun kedua bagi mengekalkan kecergasan demi mendapat tempat dalam skuad England di Piala Dunia, Beckham yang bermain di bahagian serangan bersama Marco Borriello dan Ronaldinho hampir ...
Full story
LIMA minggu selepas harapan memburu gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) seakan musnah ekoran kekalahan kepada Chelsea 3-0, Arsenal kini bersaing hanya dibezakan satu mata sekiranya menang pada baki satu perlawanan dalam tangan menentang Bolton.
Skuad pimpinan Arsene Wenger ketinggalan 11 mata di belakang Chelsea dan enam mata di belakang Manchester United pulih daripada kemerosotan dengan empat kemenangan dan satu seri.
Harapan hanya dibezakan satu mata di belakang ...
Full story
- Friday, January 8, 2010, 22:19
- Liga Perdana Inggeris, Manchester City
- 110 views
PATRICK Vieira mengesahkan dia meninggalkan Inter Milan untuk menyertai Manchester City dalam memastikan dirinya sentiasa berada dalam kesebelasan utama bagi mengelak tercicir daripada skuad kebangsaan Perancis ke Piala Dunia.
Vieira, yang kerjaya bola sepaknya sering diiringi kecederaan mencatat penampilan antarabangsa ke-107 ketika Perancis menentang Nigeria pada perlawanan persahabatan Ogos lalu, tetapi penampilan rasmi terakhir bersama skuad kebangsaan itu ialah pada September 2007 dalam perlawanan kelayakan Piala ...
Full story
- Friday, January 8, 2010, 21:34
- Liga Perdana Inggeris, Liverpool, Pemain Terbaik
- 122 views
KETIKA impian Liverpool untuk mencabar kejuaraan kelihatan sudah berakhir, penyerangnya Fernando Torres memasang impian peribadi untuk memecahkan rekod di Anfield.
Pemain kelahiran Sepanyol itu sudah melakar sejarah awal di Anfield dengan kehebatannya menjaringkan gol demi gol buat pasukan Merseyside itu.
Gol kemenangan dramatik pada lewat permainan ketika kemenangan 1-0 The Reds di Aston Villa baru-baru ini menjadikannya pemain terpantas untuk menjaringkan 50 gol liga dalam sejarah kelab ...
Full story
- Monday, January 4, 2010, 20:41
- Liga Primera Sepanyol, Real Madrid
- 61 views
PENCABAR kejuaraan Liga Sepanyol, Real Madrid gagal memanfaatkan keputusan seri dialami Barcelona untuk memintas pendahulu liga itu apabila turut mencicirkan dua mata ketika menentang Osasuna, awal pagi tadi.
Sekali pun beraksi dengan kehadiran bintang termahalnya, Ronaldo, Real gagal menembusi gawang Osasuna yang menyaksikan kelab berpengkalan di Bernabeu itu kekal di tangga kedua liga dengan 38 mata, dua mata di belakang Barcelona.
Real Madrid yang menjaringkan 13 gol ...
Full story
- Monday, January 4, 2010, 17:58
- Liverpool, Piala FA England
- 64 views
PASUKAN yang dilanda krisis keyakinan, Liverpool nyaris menerima kejutan tersingkir awal dari saingan Piala FA sebelum mencatatkan keputusan seri 1-1 dengan Reading pada pusingan ketiga kelmarin.
Kapten The Reds, Steven Gerrard menyelamatkan maruah Liverpool apabila menjaringkan gol penyamaan pada aksi di Stadium Madejski itu. Sebelum itu, Reading berjaya mendahului hasil jaringan Simon Church pada minit ke-24.
Keputusan seri itu menyaksikan perlawanan ulangan terpaksa diadakan di Anfield pada ...
Full story
- Monday, January 4, 2010, 17:51
- Chelsea, Piala FA England
- 65 views
KETIKA juara 11 kali, Manchester United menjadi pasukan pertama menerima kejutan saingan Piala FA England, Chelsea tidak berdepan kesukaran untuk meneruskan saingan ke pusingan keempat selepas membenam Watford 5-0 di Stamford Bridge, malam tadi.
Daniel Sturridge menjaringkan dua gol pada minit ke-5 dan 68. Tiga lagi gol Chelsea disumbangkan oleh John Eustace (m-15, gol sendiri), Florent Malouda (m-22) dan Frank Lampard (m-64).
Skuad bimbingan Carlo Ancelotti itu ...
Full story
- Saturday, January 2, 2010, 17:26
- Chelsea, Piala FA England
- 56 views
PENGURUS Chelsea, Carlo Ancellotti akan menempuh kancah Piala FA Inggeris minggu ini dan warga Itali itu sedar ia mempunyai rentak yang berbeza di England berbanding negara asalnya.
Di Itali, saingan kalah mati domestik seolah-olah terpinggir, malah kelab seperti AC Milan dan Juventus, yang pernah dibimbing Ancelotti, sering beraksi di depan kumpulan penyokong yang kecil.
Ramai percaya Piala FA tidak lagi mendapat tempat di kalangan peminat bola sepak ...
Full story
- Saturday, January 2, 2010, 17:24
- Liga Perdana Inggeris, Manchester United
- 114 views
SIR Alex Ferguson melangkah ke tahun baru dan dekad baru sebagai pengurus Manchester United, dengan keyakinan masa depan kelab itu begitu cerah.
Generasi bintang barunya sudah diberi peluang untuk fasa pertama musim ini dan Ferguson berjanji akan mengekalkan dasarnya menggunakan pemain kurang berpengalaman dalam pertemuan separuh akhir pertama Piala Liga menentang Manchester City, minggu depan.
Ferguson yakin barisan bintang barunya adalah setaraf dengan pemain lain sepanjang 23 ...
Full story