Berita Bola Terkini » Sepanyol

Brazil rampas ranking no 1 Dunia, Malaysia kekal ke-147
BRAZIL merampas kedudukan Sepanyol sebagai pasukan bola sepak kebangsaan nombor satu dunia selepas mengutip 1611 mata berbanding juara Eropah itu (1565 mata) yang jatuh ke tangga kedua dalam ranking terbaru Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), semalam.

Turut berubah ialah Portugal (1249 mata) yang mengambil alih tempat ketiga daripada Belanda (1221 mata) yang jatuh satu tangga. Itali (1184) dan Jerman (1107) kekal di tangga kelima dan keenam manakala England (1068) jatuh ke tangga kelapan.

Tempat ketujuh diambil alih Argentina (1084) yang bulan lalu berada di tangga kesembilan.

Croatia (1052) dan Perancis (1044) melengkapkan senarai 10 pasukan bola sepak terbaik dunia ketika tumpuan kini terarah ke Kejohanan Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan pertengahan Jun nanti.

Australia (883) kekal sebagai pasukan terbaik Asia, jauh meninggalkan Japan (674) di tangga kedua manakala Korea Selatan (619) merampas kedudukan ketiga terbaik Asia daripada Arab Saudi (495) yang jatuh ke tangga kelima. Iran (521) naik tiga anak tangga untuk menghuni kedudukan keempat.

Thailand (294) pula kekal selaku kuasa bola sepak rantau Asia Tenggara diikuti Vietnam (231), Singapura (193), Indonesia (153) dan Myanmar (141).

Malaysia (123) mengekalkan kedudukan di tangga ke-147 dunia dan berada di tangga keenam Asia Tenggara. Di peringkat Asia Malaysia berada di tangga ke-28 di belakang Maldives (129).

Musim terbaik Barcelona lakar rekod unik Sepanyol
Rencah Sepanyol jelas menerbitkan segala tarikan global dalam kalendar bola sepak musim 2009 dengan majoriti bahan berita menarik hadir daripada negara yang kini disebut antara pilihan hangat menjuarai Piala Dunia, tahun depan.

Tahun ini, jelas akan masuk dalam lipatan sejarah sebagai tahun yang menyaksikan Barcelona menjulang treble buat julung kali, Real Madrid memecahkan rekod perpindahan dunia untuk menandatangani Cristiano Ronaldo manakala juara Euro 2008, Sepanyol itu menyamakan rentetan 35 perlawanan tanpa kalah bekas juara dunia, Brazil.

Ia sudah tentu tahun gemilang buat Barcelona tatkala jurulatih baru, Pep Guardiola menggunakan pengalamannya untuk mengemudi pasukan kelahirannya ke gelaran treble unik – Liga, Piala Raja-raja dan Liga Juara-juara yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana pasukan Sepanyol dan mereka melakukannya dengan menampilkan aksi bola sepak paling menarik sejak beberapa tahun.

Menjelang akhir tahun, mereka juga memenangi Piala Kelab Dunia menewaskan Estudiantes 2-1 di Abu Dhabi, kelmarin.

“Kami bukan pasukan terbaik dalam sejarah Barcelona tetapi kami melalui musim terbaik,” kata Guardiola.

Pemain Argentina, Lionel Messi adalah bintang musim lalu, menjaringkan gol dalam final Liga Juara-juara dan dua kemenangan Clasico ke atas Real dan dalam salah satu rahsia terbuka, mengutip anugerah Ballon D’Or bagi pemain terbaik dunia, awal Disember ini.

Skuad kebangsaan Sepanyol itu juga menempah tajuk akhbar selepas melalui rekod dunia kemenangan 15 perlawanan berturut-turut dan menyamai rentetan tanpa kalah 35 perlawanan Brazil, sungguh pun terlepas untuk memperbaiki tanda aras itu selepas kekalahan mengejut 2-0 kepada Amerika Syarikat dalam separuh akhir Piala Konfederasi pada Jun.