Berita Bola Terkini » FIFA

Brazil rampas ranking no 1 Dunia, Malaysia kekal ke-147
BRAZIL merampas kedudukan Sepanyol sebagai pasukan bola sepak kebangsaan nombor satu dunia selepas mengutip 1611 mata berbanding juara Eropah itu (1565 mata) yang jatuh ke tangga kedua dalam ranking terbaru Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), semalam.

Turut berubah ialah Portugal (1249 mata) yang mengambil alih tempat ketiga daripada Belanda (1221 mata) yang jatuh satu tangga. Itali (1184) dan Jerman (1107) kekal di tangga kelima dan keenam manakala England (1068) jatuh ke tangga kelapan.

Tempat ketujuh diambil alih Argentina (1084) yang bulan lalu berada di tangga kesembilan.

Croatia (1052) dan Perancis (1044) melengkapkan senarai 10 pasukan bola sepak terbaik dunia ketika tumpuan kini terarah ke Kejohanan Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan pertengahan Jun nanti.

Australia (883) kekal sebagai pasukan terbaik Asia, jauh meninggalkan Japan (674) di tangga kedua manakala Korea Selatan (619) merampas kedudukan ketiga terbaik Asia daripada Arab Saudi (495) yang jatuh ke tangga kelima. Iran (521) naik tiga anak tangga untuk menghuni kedudukan keempat.

Thailand (294) pula kekal selaku kuasa bola sepak rantau Asia Tenggara diikuti Vietnam (231), Singapura (193), Indonesia (153) dan Myanmar (141).

Malaysia (123) mengekalkan kedudukan di tangga ke-147 dunia dan berada di tangga keenam Asia Tenggara. Di peringkat Asia Malaysia berada di tangga ke-28 di belakang Maldives (129).

Mali bangkit ikat Angola selepas ketinggalan 0-4
MALI mempamer kebangkitan luar biasa dengan menjaringkan empat gol ketika perlawanan berbaki 11 minit untuk mengikat Angola 4-4 dalam aksi pembukaan Piala Negara Afrika 2010, awal pagi tadi.

Selepas dibayangi insiden serangan, perlawanan pembuka tirai Piala Negara Afrika sebaliknya rancak dengan Mali bangkit untuk mencatat keputusan seri 4-4 dengan tuan rumah dalam saingan Kumpulan A di Luanda.

Angola melakukan asakan awal untuk mendahului 2-0 pada separuh masa pertama menerusi jaringan Flavio Armado pada minit ke-36 dan 42.

Ini diikuti jaringan dua penalti oleh Gilberto dan Manucho pada minit ke-67 dan 74.

Bagaimanapun, Mali tersentak apabila baki perlawanan sebenar hanya tinggal 11 minit lagi dengan melakukan kebangkitan mengagumkan.

Seydou Keita melakukan dua jaringan pada minit ke-79 dan masa tambahan manakala satu gol menerusi Frederic Kanoute dan Mustapha Yattabare bagi mengubah kedudukan menjadi terikat 4-4.

Jurulatih Angola, Manuel Jose berkata: “Keputusan seri ini bagi saya sama dengan kekalahan.

“Bagaimanapun, saya terpaksa terima keputusan ini walaupun ia pahit untuk ditelan.

“Bola sepak di Afrika masih dalam menimba pengalaman kerana mereka mempunyai kemahiran tapi amat sedikit semangat,” katanya.

Jurularih Mali, Stephen Keshi yang pernah bersama skuad kebangsaan Nigeria pada 1990-an dulu bagaimanapun juga mempunyai pandangan sama.

“Ia amat sukar untuk mempercayai kami bangkit untuk 16 minit terakhir (termasuk waktu kecederaan) dengan melakukan empat jaringan. Saya gembira kerana keputusan seri, tapi saya kecewa dengan persembahan pasukan saya sebenarnya,” katanya.

FIFA yakin keupayaan Afrika Selatan anjur Piala Dunia
PRESIDEN Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Sepp Blatter berkata bahawa dia yakin terhadap Afrika dan keupayaan benua itu untuk menganjurkan Piala Dunia 2010 di sebalik serangan ke atas bas pasukan Togo menjelang pusingan akhir Piala Negara-Negara Afrika di Angola.

Dua anggota skuad bola sepak Togo mati dibunuh, kelmarin dalam serang hendap yang menyaksikan bas mereka dibedil dalam perjalanan ke kejohanan Afrika itu yang bermula, semalam.

Pemandu bas itu juga terkorban dan beberapa ahli skuad cedera selepas serangan itu di wilayah Cabinda. Togo berkata kelmarin ia mahu menarik diri daripada Piala Negara Afrika.

“Saya memiliki keyakinan terhadap Afrika dan berdasarkan keyakinan ini kami bersama-sama akan menganjurkan kejohanan terulung bola sepak dunia pada 2010,” kata Blatter dalam satu surat kepada Presiden Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF), Issa Hayatou.

“Insiden buruk ini tidak akan membuat kami melupakan bahawa bola sepak Afrika sudah menulis beberapa babak menarik dalam lipatan sejarah bola sepak dunia. Ia juga adalah asal usul mutiara tulen bola sepak.”

Sementara itu di CABINDA Skuad bola sepak kebangsaan Togo berlepas pulang ke tanah air awal hari ini selepas insiden serangan puak pemberontak menjelang sepak kejohanan Piala Negara Afrika, tiga hari lepas.

Dalam kejadian Jumaat lalu itu, kumpulan bersenjata api menyerang bas yang membawa pasukan itu menerusi jalan darat ke Angola. Kejadian itu menyebabkan dua dilaporkan terbunuh.

Lionel Messi Pemain Terbaik Dunia 2009
BINTANG bola sepak Barcelona dari Argentina, Lionel Messi dinamakan sebagai Pemain Terbaik Dunia 2009 oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), awal pagi ini.

Messi mengalahkan saingan terdekatnya, Cristiano Ronaldo dari Real Madrid selepas dipilih oleh kapten dan jurulatih daripada semua pasukan kebangsaan untuk anugerah paling berprestij itu.

Messi menjadi pemain tulang belakang yang paling berjaya bersama kelab gergasi Sepanyol, Barcelona, kini sudah mengumpul lima trofi, termasuk membantu Barcelona menjuarai Liga Juara-Juara Eropah dan Piala Kelab Dunia, minggu lalu.

Bakat pemain Argentina itu diangkat terutama awal bulan ini selepas dia dinamakan sebagai Ballon d’Or atau Pemain Terbaik Eropah 2009. Messi, 22, disenarai untuk anugerah tahunan FIFA itu bersama dua lagi rakan kelabnya iaitu Andres Iniesta dan Xavi, selain penyerang Brazil, Kaka yang mewakili Real Madrid yang juga pemenang anugerah sama pada 2007, selain penyandang tahun lalu, Ronaldo.

Terbaru Messi merangkul anugerah keenamnya sepanjang tahun yang paling dikenang dengan Barcelona selepas menyumbat gol kemenangan ketika mereka menang 2-1 ke atas Estudiantes dalam perlawanan akhir Piala Kelab Dunia, Sabtu lalu.

“Kami baru mengakhiri satu tahun bersejarah, satu tahun yang sempurna di mana kami memenangi setiap pertandingan yang disertai,” kata Messi yang melakukan jaringan secara mendada menarik dalam masa tambahan pada perlawanan akhir di Abu Dhabi itu.

“Kami hanya perlu mengambil langkah terakhir ini dan semuanya sudah berjalan seperti yang kami kehendaki. Ia menakjubkan. Ia sukar diucapkan. Jika anda bercakap tentang semua piala, justeru tiada pasukan lain yang telah mencapai apa yang kami buat tahun ini,” kata Messi dalam satu temu bual dengan laman web FIFA.

“Kami gembira mencipta sejarah tetapi jangan silap, kami akan keluar untuk memenangi segalanya tahun depan,” katanya.

Gandingan Real Madrid, Kaka dan Cristiano Ronaldo, penyandang anugerah itu dan pemain termahal dunia, melengkapkan senarai lima calon tetapi Messi ternyata menjadi pilihan jurulatih untuk mengatasi kedua-duanya.

Hanya satu catatan hitam pada tahun Messi ialah kesukaran yang diharungi Argentina dalam Kelayakan Piala Dunia 2010 tetapi mereka akhirnya lulus dan pertandingan di Afrika Selatan, musim panas depan akan memberikannya peluang untuk menyertai himpunan jagoan sebenar di samping jurulatih negaranya, Diego Maradona.

<object width="575" height="455"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/1fZA8U6qeCE&hl=en_US&fs=1&rel=0&color1=0x006699&color2=0x54abd6&border=1"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/1fZA8U6qeCE&hl=en_US&fs=1&rel=0&color1=0x006699&color2=0x54abd6&border=1" type="application/x-shockwave-flash" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="575" height="455"></embed></object>

Musim terbaik Barcelona lakar rekod unik Sepanyol
Rencah Sepanyol jelas menerbitkan segala tarikan global dalam kalendar bola sepak musim 2009 dengan majoriti bahan berita menarik hadir daripada negara yang kini disebut antara pilihan hangat menjuarai Piala Dunia, tahun depan.

Tahun ini, jelas akan masuk dalam lipatan sejarah sebagai tahun yang menyaksikan Barcelona menjulang treble buat julung kali, Real Madrid memecahkan rekod perpindahan dunia untuk menandatangani Cristiano Ronaldo manakala juara Euro 2008, Sepanyol itu menyamakan rentetan 35 perlawanan tanpa kalah bekas juara dunia, Brazil.

Ia sudah tentu tahun gemilang buat Barcelona tatkala jurulatih baru, Pep Guardiola menggunakan pengalamannya untuk mengemudi pasukan kelahirannya ke gelaran treble unik – Liga, Piala Raja-raja dan Liga Juara-juara yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana pasukan Sepanyol dan mereka melakukannya dengan menampilkan aksi bola sepak paling menarik sejak beberapa tahun.

Menjelang akhir tahun, mereka juga memenangi Piala Kelab Dunia menewaskan Estudiantes 2-1 di Abu Dhabi, kelmarin.

“Kami bukan pasukan terbaik dalam sejarah Barcelona tetapi kami melalui musim terbaik,” kata Guardiola.

Pemain Argentina, Lionel Messi adalah bintang musim lalu, menjaringkan gol dalam final Liga Juara-juara dan dua kemenangan Clasico ke atas Real dan dalam salah satu rahsia terbuka, mengutip anugerah Ballon D’Or bagi pemain terbaik dunia, awal Disember ini.

Skuad kebangsaan Sepanyol itu juga menempah tajuk akhbar selepas melalui rekod dunia kemenangan 15 perlawanan berturut-turut dan menyamai rentetan tanpa kalah 35 perlawanan Brazil, sungguh pun terlepas untuk memperbaiki tanda aras itu selepas kekalahan mengejut 2-0 kepada Amerika Syarikat dalam separuh akhir Piala Konfederasi pada Jun.

Ashley Cole terlepas aksi menentang Brazil
BEK kiri Chelsea dan England, Ashley Cole terpaksa berehat lebih tiga minggu akibat kecederaan kaki yang memaksanya melupakan aksi persahabatan antarabangsa menentang Brazil di Qatar, Sabtu ini.

Keretakan tulang tibia Cole dikesan sebelum perlawanan Ahad lalu, yang menyaksikan Chelsea menang 1-0 ke atas Manchester United di tempat sendiri. – kemenangan membantu pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu memiliki kelebihan lima mata berbanding juara bertahan, United.

Cole terlepas tiga perlawanan selepas mengalami kecederaan itu ketika The Blues menang, 4-0 ke atas Atletico Madrid dalam Liga Juara-Juara Eropah di Stamford Bridge, bulan lalu. Dia beraksi semula ketika aksi timbal balik menentang Atletico dalam Kumpulan D, minggu lalu namun memerlukan suntikan ketika berdepan United.

Cole turut digugurkan daripada skuad England diumumkan jurulatih kebangsaan, Fabio Capello, Ahad lalu dengan Stephen Warnock dari Aston Villa menggantikannya.

“Dia (Cole) mengalami keretakan tibia, kecederaan dialami ketika aksi tempat sendiri menentang Atletico Madrid, bulan lalu. Dia ditimpa masalah itu sebelum menentang Manchester United dan memerlukan suntikan untuk beraksi. Bagaimanapun, kecederaannya makin serius ketika beraksi dalam perlawanan itu hingga terpaksa digugurkan daripada skuad England, minggu ini,” kata jurucakap Chelsea.