Berita Bola Terkini » Piala Asia

Piala Asia: Pasukan pilihan lepasi pusingan kelayakan
CHINA, Iran, Jepun, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) layak ke pusingan akhir Piala Asia kelmarin tapi Australia perlu menunggu selepas gagal mempertahankan dua gol yang diraih awal sebelum seri 2-2 dengan Kuwait.

Jepun berjaya melepaskan diri di Stadium Ali Mohsen Al Muraisi di Sana’a selepas jaringan hatrik Sota Hirayama berjaya mengetepikan Yaman 3-2, selepas pasukan tuan rumah mendahului menerusi Basem Al Aqel dan Sami Karama.

Hirayama berjaya mencuri satu gol sebelum tamat separuh masa, sebelum cubaan Khaled Baleid terkena palang dan rembatan penyerang Samurai Biru itu dari jarak dekat, 11 minit sebelum masa penamat memastikan mereka kekal mendahului Kumpulan A yang turut menyaksikan Bahrain layak selepas membelasah Hong Kong, 4-0.

Nasib Australia masih belum pasti selepas seri 2-2 dengan Kuwait. Kemenangan Oman terhadap Indonesia 2-1 di Jakarta bermakna mereka masih berada dalam saingan dengan tujuh mata tapi Indonesia sudah tersingkir.

Australia masih perlu melayan pasukan Indonesia manakala Kuwait akan berkunjung ke Oman.

China pula berjaya menempah tiket selepas bertarung sengit untuk keputusan seri tanpa jaringan di Zhejiang menentang Syria dalam Kumpulan D.

Iran, gergasi tradisi Asia yang gagal melayakkan diri ke Piala Dunia di Afrika Selatan, memastikan mereka melakukan sepak mula di Doha, Januari 2011 hasil kemenangan meyakinkan 3-1 ke atas Singapura.

Singapura masih boleh layak ke Piala Asia buat pertama kali sejak menjadi tuan rumah kejohanan itu pada 1984 apabila pasukan Thailand yang dibimbing Bryan Robson seri tanpa jaringan dengan Jordan.

Uzbekistan dan Syria sudah pun melayakkan diri untuk perlawanan di Qatar bersama negara tuan rumah dan Iraq, Arab Saudi dan Korea Selatan, tiga pasukan teratas dalam edisi kejohanan 2007.

India turut layak selaku juara Piala Cabaran AFC 2008. Gol saat akhir daripada pemain gantian, Ahmed Khalil membawa pasukan UAE ke peringkat berikutnya selepas dia menjaringkan gol kemenangan 1-0 ke atas Malaysia dalam Kumpulan C di Stadium Al Shabab.

Iran tempah slot ke Piala Asia 2011
IRAN menempah tempat ke pusingan akhir Piala Asia 2011 di Qatar selepas mengalahkan Singapura 3-1 dalam perlawanan kelayakan Kumpulan E di Stadium Nasional malam tadi.

Mendahului 2-1 pada waktu rehat, Iran memastikan kemenangan dengan gol ketiga pada minit ke-63.

Singapura turun menerusi formasi 4-3-3 dengan jurulatih, Radojko Avramovic, menurunkan tiga penyerang, iaitu Mohd Noh Alam Shah, Aleksandar Duric dan Fazrul Nawaz.

Iran pula hanya meletakkan seorang penyerang di atas – Milad Midavoodi – dan mempunyai lima pemain midfield.

Tuan rumah memulakan perlawanan berkenaan dengan begitu semangat kerana menyedari berpeluang ke Piala Asia jika berjaya menundukkan pasukan pilihan itu.

Tetapi Iran yang terlebih dahulu membuka jaringan. Precious Emuejeraye kehilangan bola dalam kawasan Singapura dan dalam usaha mendapatkan balik bola, beliau menjatuhkan pemain midfield lawan, Mehrzad Madanchiardekani.

Pengadil dari China, Sun Baoijie, kemudian mendapatkan pandangan penjaga garisannya yang memutuskan bahawa pemain pertahanan Singapura itu telah melakukan kesalahan dalam kotak penalti.

Pemain pertahanan Iran, Hadi Aghily, maju untuk menyempurnakan penalti tersebut dengan menewaskan Hassan Sunny untuk meletakkan negaranya di hadapan.

Dua minit kemudian pada minit ke-12, Singapura menerima tamparan kedua apabila Iran menggandakan jaringan.

Kesilapan Mustafic Fahrudin, yang cuba membuat hantaran, dipintas Mehrzad.

Pemain midfield itu mengawal bola dengan baik, menggelecek seorang pemain pertahanan Singapura sebelum membuat rembatan leret ke gawang Singapura.

Selepas mendahului 2-0, Iran lebih banyak menyimpan bola, menolak ke kiri dan ke kanan, ke depan dan ke belakang mengundang Singapura untuk mendapatkan bola.

Meskipun ketinggalan 2-0, Singapura tidak menyerah kalah dan sesekali melancarkan serangan ke kubu Iran yang dikawal ketat.

Namun pada minit ke-31, kubu Iran ditembusi juga. Shaiful Esah membuat tendangan sudut dan dalam keadaan yang kelam-kabut di hadapan gawang Iran, penyerang dan kapten, Mohd Noh Alam Shah, menanduk masuk untuk menghidupkan peluang Singapura.

Iran meningkatkan permainan mereka dalam separuh masa kedua dan kali ini lebih banyak melihat mereka melancarkan serangan-serangan bahaya.

Pada minit ke-63, daripada mempertahan gawangnya daripada tendangan sudut, Iran melancarkan serangan kilat yang menyaksikan mereka mendapatkan gol ketiga.

Ia satu gol yang sungguh cantik yang melibatkan tiga pemain dengan pemain gantian, Gholamreza Rezaei, menyediakan sentuhan terakhir yang menewaskan Hassan buat kali ketiga.

Pada lewat permainan, Iran nyaris mendapat gol keempat daripada serangan kilat yang sama jika Mehrzad tidak tergelincir semasa hanya berdepan dengan Hassan.

Singapura juga berpeluang memperoleh gol sekiranya tandukan pemain gantian, Mohd Khairul Amri, lebih tepat dan tidak terkena palang gol Iran sejurus selepas rehat.

Kelayakan Piala Asia: Malaysia tewas 0-1 kepada UAE
MALAYSIA terlepas peluang untuk mengutip mata sulung dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2011 apabila jaringan pada masa kecederaan membolehkan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) menang tipis 1-0 ke atas skuad kebangsaan di Dubai, awal pagi tadi.

Pemain gantian, Ahmed Khaleel menjaringkan gol kemenangan pada minit ketiga masa tambahan selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan sehingga tamat masa sebenar perlawanan.

Keputusan itu bermakna Malaysia menamatkan aksi pusingan kelayakan di tangga terbawah tanpa memungut sebarang mata.

Piala Asia 2007 Final: Iraq 1-0 Arab Saudi

Piala Asia AFC 2007 – Koleksi Gol Terbaik