Berita Bola Terkini » Piala Dunia

FIFA yakin keupayaan Afrika Selatan anjur Piala Dunia
PRESIDEN Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Sepp Blatter berkata bahawa dia yakin terhadap Afrika dan keupayaan benua itu untuk menganjurkan Piala Dunia 2010 di sebalik serangan ke atas bas pasukan Togo menjelang pusingan akhir Piala Negara-Negara Afrika di Angola.

Dua anggota skuad bola sepak Togo mati dibunuh, kelmarin dalam serang hendap yang menyaksikan bas mereka dibedil dalam perjalanan ke kejohanan Afrika itu yang bermula, semalam.

Pemandu bas itu juga terkorban dan beberapa ahli skuad cedera selepas serangan itu di wilayah Cabinda. Togo berkata kelmarin ia mahu menarik diri daripada Piala Negara Afrika.

“Saya memiliki keyakinan terhadap Afrika dan berdasarkan keyakinan ini kami bersama-sama akan menganjurkan kejohanan terulung bola sepak dunia pada 2010,” kata Blatter dalam satu surat kepada Presiden Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF), Issa Hayatou.

“Insiden buruk ini tidak akan membuat kami melupakan bahawa bola sepak Afrika sudah menulis beberapa babak menarik dalam lipatan sejarah bola sepak dunia. Ia juga adalah asal usul mutiara tulen bola sepak.”

Sementara itu di CABINDA Skuad bola sepak kebangsaan Togo berlepas pulang ke tanah air awal hari ini selepas insiden serangan puak pemberontak menjelang sepak kejohanan Piala Negara Afrika, tiga hari lepas.

Dalam kejadian Jumaat lalu itu, kumpulan bersenjata api menyerang bas yang membawa pasukan itu menerusi jalan darat ke Angola. Kejadian itu menyebabkan dua dilaporkan terbunuh.